Labels

Saturday, May 03, 2008

HOSPITAL BENTONG




HARI ini saya melawat hospital Bentong di Pahang. Hospital ini seluas 7.8 ekar. Di sini terdapat 20 jawatan doktor, namun hanya 8 sahaja yang diisi. Hospital ini mempunhyai 152 katil. Purata pesakit luar ialah 187 orang sehari. Kes kecemasan pula ialah sebanyak 112 kes secara purata sehari.

Jumlah penduduk Bentong ialah 114,900 orang.

SOALAN 1: Adakah wajar bagi hospital ini melaksanakan sistem ICT? Sila berikan komen anda dan jawapan terbaik akan diberikan hadiah.

soalan 2:
Di Bentong terdapat 1 hospital, 4 klinik kesihatan dan 9 klinik swasta.

Hospital Bentong dibuka sehingga 9.30pm untuk pesakit luar (24 jam untuk kecemasan). Saya perhatikan hospital kosong sahaja, sedangkan di klinik swasta, penuh sesak. Kenapa ya?

A. Penduduk Bentong kaya
B. Perkhidmatan H.Bentong tiada kualiti
C. Klinik swasta lebih baik
D. Lain-lain (nyatakan)

2 comments:

sophia_qis said...

Boss, sistem ICT perlu dilaksanakan tidak kira bagaimana keadaan hospital tersebut. Kenapa orang lebih ramai ke klinik swasta? Jawapannya, bukan kerana orang Bentong kaya tetapi mungkin tak sabar menunggu/perkhidmatan tiada kualiti. Sepertimana terjadi kepada ipar saya di Hospital Serdang beberapa waktu yang lalu. Orang tak ramai namun di Wad Kecemasan perlu menunggu beberapa jam sedangkan sakit yang teramat sangat ditanggungnya.

merpati putih said...

soalan 2 tu statistik anda menggunakan "pemerhatian' sahaja.. berapa hari pemerhatian yang dibuat dalam setahun? jangan sebab sehari hospital lengang, anda da boleh katakan hospital bermasalah atau alasan yang lain.

kadang-kadang yang buat klinik penuh sebab nakkan mc cepat. kalau di hospital memang susah sikit. lagi pun kalau kes kronik, klinik akan refer hospital juga. jd jangan bangga bila lihat klinik penuh.

sebelum berkata-kata, sila buat pemerhatian yg lebih telus lg.