Labels

Thursday, May 22, 2008

RAYUAN TERAKHIR ...



SEKALI lagi myJICA akan menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Fuji atau Fujiyama di Jepun pada 13 Julai nanti. Ekspedisi ini adalah kali yang ke-3 kami anjurkan. Dengan penuh bangga (bercampur riak) diumumkan bahawa pakej mendaki Fujiyama ini hanya dibuat oleh myJICA sahaja di Malaysia ini. Tidak ada pasukan lain yang melakukannnya.

Ada soalan?
1. Apa seronoknya mendaki Fujiyama?
2. Gunung Kinabalupun belum panjat, ada hati nak naik Fujiyama
3. Naik bukitpun nak semput, jangan beranganlah Fujiyama
4. Saya tak tahan sejuk...
Ada jawapan ....

Setakat ini kami sudah ada 11 orang pendaki dan pelawat (tidak semua ingin mendaki). Kami perlukan minima 4 orang sahaja lagi untuk mencukupkan kuota penerbangan.

Berikut adalah pakej kami:

Day1: Bertolak dari KLIA ke Tokyo
Day2: Tiba di Tokyo. Bermalam di Hakone
Day3: Mula mendaki. Bermalam di stesen 8. Mt.Fuji
Day4: Turun. Bermalam di Tokyo
Day5: Acara bebas di Tokyo
Day6: Balik


Harga: RM4888. Ia meliputi segala benda dan tidak ketinggalan satu perkara pun (kecuali duit saku untuk membeli belah).

Berminat?. Hubungi Azhar 019-2739390

1 comment:

sol-jah said...

Hakone sangat cantik. Tasik apa tu... aaa... lupa dah nama dia. Oh ya, ada Open Muzeum (Galeri Seni Lukis) di Hakone. Watashi suka.