Labels

Thursday, March 06, 2008

KM: RELA ATAU TERPAKSA?



[KM di sini ialah Knowledge Management ataupun Pengurusan Pengetahuan]

SAYA pernah menjadi Ketua Jabatan di sebuah hospital kira-kira lima tahun yang lalu. Seperti mana-mana jabatan kerajaan, apabila kita melapor diri, perkara biasa yang perlu kita buat ialah mengisi borang itu dan ini. Menyerahkan gambar bagi tujuan rekod dan pelbagai jenis pas. Memperolehi pelekat untul parkir kereta dan segala yang rutin sebagai orang baru. Seperkara yang ekstra ialah, bagi setiap orang baru, mereka mesti mengisi borang untuk mendapatkan ID dan alamat e-mel. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa sahaja. Doktor pakar, doktor perunding, doktor pelatih, pelawat dan sebagainya yang ingin bekerja di hospital tersebut perlu mempunyai ID. Tanpa ID komputer ini, memang bagaikan doktor tanpa statuskop atau misi tanpa jarum penyuntik.

Mengikut sejarah, saya adalah ketua yang ke-lima bagi jabatan tersebut. Nota serah tugas daripada ketua jabatan yang terdahulu cuma sehelai kertas mengandungi catatan ringkas sahaja. Selebihnya semuanya terdapat dalam dalam komputer. Saya boleh membaca semua cerita bermula daripada ketua jabatan yang pertama hingga yang terkini dalam komputer. E-mel menjadi hak hospital dan tidak dihapuskan. Semua urusan perhubungan melalui e-mel dapat diketahui dari awal hingga akhir.

Inilah yang saya takrifkan sebagai KM atau pengurusan pengetahuan. Para doktor yang membuat penyelidikan dan yang seumpama dengannya perlu menyimpan kertas kajian dalam server hospital. Tidak ada kandungan CD atau thumdrive dibenarkan dibawa masuk atau dibawa keluar daripada hospital tanpa kebenaran. Kebenaran khas diperlukan untuk mengaktifkan CDROM ataupun port USB.

Penggunaan kertas dalam urusan harian adalah amat minima dan secara berhemah. Ada kuota tertentu. Segala-galanya saya nampak adalah kerana 'tidak cukup kertas' ataupun bajet lebih elok disalurkan untuk membeli ubat berbanding dengan pembelian aksesori ICT.

Namun segala-galanya berjalan dengan lancar. Persoalannya, adakah KM ini perlu dirancang dan dilaksanakan secara terancang ataupun secara kebetulan atau terpaksa?.

1 comment:

Anonymous said...

Pegawai kerajaan di Malaysia memang gitu.. Semua kerja kena paksa dan pemaksanya ialah nombor satu dlm organisasi. Saya cadangkan forward paper cadangan kepada KSU dengan strategi dan pelan tindakan. Kerja memang teruk mulanya, tapi siapa yang akan memulakan kalau tidak Tuan MBA sendiri. Faedah mungkin tidak nampak dalam setahun dua, akan ada kemudian hari