Labels

Wednesday, March 05, 2008

eeePC



DENGAN cuma RM1299 anda boleh membeli sebuah notebook yang comel, lengkap dengan segala perisian asas yang diperlukan oleh seorang pengguna biasa. Notebook comel ini didatangkan dengan 4 warna dan beratnya kurang daripada 1kg. Saya sudah menguci cuba notebook ini dan ia memang sangat berbaloi. Mengapa ia murah?. Teknologi yang digunakan adalah berlainan sekali dengan teknologi notebook sedia ada di pasaran dan ia menggunakan Sistem Sumber Terbuka (OSS) sepenuhnya.

KINI saya menggunakan notebook Sony Vaio. Baterinya dah rosak. Harga sebuah bateri Vaio di Malaysia ialah RM1300. Adakah saya patut tukar bateri atau beli eeePC?. Fikir punya fikir. Timbang punya timbang. Akhirnya saya buat keputusan membeli bateri Vaio di ebay dengan harga UKP17 dan belanja pos UKP13. Dengan membelanjakan UKP40 dalam tempoh 3 hari sahaja bateri tersebut telah selamat saya gunakan. Syukur ...

3 comments:

JahRera said...

salam tuan rumah,
taat betul tuan dengan jenama Jepun, kalau saya dah lama "operate" pc lama itu.

Oh, tahniah...pangkat Naib-Presee MyJica kekal lagi.

mba said...

SALAM

Beli Vaio guna duit JICA, sbb itu kena pandai bodek supaya guna jenama Jepun juga.

terima kasih.

Firdaus said...

Hehe, saya baru saja operate Vaio Ayah. Ingatkan nak gantikan Hard Disk tapi saiznya tak standard pula. Kecil betul, entah ada dijual di Low yat atau tidak.

Tapi memang kagum dengan engineering VAIO, setiap mm dipenuhi dengan komponen dan memang solid. Tapi nak buka punyalah seksa, ada 14 skrew! PC saya pun tak sebanyak tu.