Labels

Monday, February 04, 2008

RUMAH NOMBOR SEMBILAN


SAYA menjemput beberapa orang rakan datang makan pagi di rumah nombor sembilan. Matsumura-san baru enam bulan tinggal di Malaysia, namun beliau telah boleh bercakap Melayu pada tahap yang hampir memuaskan.

+ "Saya ingin jemput saudara datang breakfast di rumah baru saya"
- "Di waktu pagi ya?"
+ "Ya. Breakfast memang waktu pagi"
- "Saya ingat ada juga breakfast waktu petang, iaiatu di bulan Ramadhan"
+ "Oh anda betul barangkali, breakfast tidak semestinya waktu pagi. Saya jemput dari jam 7.30am hingga 11am"
- "Ini rumah baru anda. Rumah nombor berapa?"
+ "Rumah nombor sembilan"
- "Wah anda seorang yang sangat kaya, ada 9 buah rumah. Selain daripada boleh beristeri 4, orang Malaysia memang banyak rumah kah?"
+ "?@##$$%^**%%$@"
- "Berikan alamat rumah anda, nanti saya pergi"

Nota: Saya ingatkan "rumah nombor berapa" itu adalah sama dengan "apa alamat rumah anda". Ha ha ha ha ..... Jangan perkecilkan orang yang baru belajar bahasa kita.

5 comments:

mba2u said...

Salam Harera;

Inilah rumah saya, No.9 (bukan rumah yang ke-9)

Leyla Shuri said...

salam pagi isnin,
tak cukup, saya ingin tengok ruang tamu, dapur dan bilik tidur hem, hem...

sakurasa said...

sakura pun nak tumpang tengok landskap MBA pasti cantik coz kucing jiran yang selalu datang ke laman tu he he he

Anonymous said...

rumah nombor 9. banyak tu. disamping bini nombor 4. ha...ha...ha. very funni

Zareda Norman said...

rumah zar no 78.. aduhai, banyak sungguh rumahku..