Labels

Wednesday, February 06, 2008

WAKAF @ RUMAH NO.9



SAYA langsung tidak terfikir untuk membina sebuah wakaf, atau kata orang sekarang gazebo di rumah nombor sembilan. Namun setelah terlihat satu iklan dan gambar wakaf yang diberi diskaun sebanyak 50%, hati saya sangat tertarik untuk memilikinya. Apatah lagi apabila wakaf tersebut dibuat daripada kayu cengal. Setakat yang saya tahu, kayu cengal adalah kayu yang paling keras dan spesis kayu cengal hanya terdapat di Malaysia sahaja. Di Malaysia pula, Terengganu adalah negeri utama pengeluar kayu cengal.

Kayu cengal menjadi nostalgia untuk saya kerana arwah ayah saya menebang sendiri kayu cengal daripada hutan. Memotongnya. Mengangkutnya. Mengetamnya. Daripada kayu cengal itulah menjadi rumah di mana saya dilahir dan dibesarkan.

Kini saya mampu memiliki hanya sebuah wakaf daripada kayu cengal.

2 comments:

Leyla Shuri said...

salam tuan rumah,
saya tidak ada apa nak beri untuk merasmikan rumah rasmi itu tapi terimalah haiku yang amat berharga ini.

Pepohon cengal
keturunan mengakar
di laman baru.

Leyla Shuri said...

TAFSIRAN SECARA MENDALAM (deep interpretation): pembaca biasa tidak buat begini.Lapisan ini dapat dihayati oleh pembaca tertentu sahaja, yang melihat secara batin sesebuah karya itu.

Watak insan yang utuh/cekal/gigih (kayu cengal) tetap bertahan dalam keadaan apa cabaran sekali pun. Insan ini tidak mudah tewas oleh canaran hidup (seperti tahannya kayu cengal itu).

Bila insan itu berpindah ke tempat lain, dia bisa menyesuaikan diri, hidup dalam lingkungan, mampu menyelesaikan permasalahn hidup dan meneruskan kelangsungan hidup dan yang paling penting mencipta kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

(keturunan mengakar) : Di tempat barunya itulah dia mengembangkan zuriatnya, membentuk keluarga yang bahagia dengan mempertahankan nilai-nilai budaya asalnya dengan nilai-nilai budaya tempat barunya. Di tempat barunya itulah dia terus
mempertahankan martabat dirinya, keluarga dan agama anutannya.

Demikian pendapat saya.

-Darma Mohammad-Jan. 7, 2008