Labels

Tuesday, February 26, 2008

M.A.A.F.K.A.N K.A.M.I

HAMPIR seminggu blog ini tidak dk.ikemaskini. Bukan sibuk. Bukan merajuk. Bukan, bukan, bukan. Saya berada di luar kawasan liputan. Saya berada dalam dunia realiti. Saya tengok masyarakat. Saya tengok iron-man dan iron-lady.

Di mana-mana saya ternampak kabel. Di mana-mana saya terpandang kabel. Rupa-rupanya dalam dunia nyata di luar sana juga penuh dengan kabel. Dulu orang kata kabel ini tidak bagus, ia menghalang kemajuan, ia menggalakkan nepotisma, ia membenihkan rasuah. Kitab sekarang panggil kabel sebagai networking. Kita perlu ada networking yang kuat. Lagi kuat lagi bagus.

Contoh ayat mengenai kabel:
1.Jiran saya marah-marah kat isteri saya sebab rumahnya tidak dapat dipasang telefon sedangkan jiran yang lagi satu dapat dipasang. Katanya saya ada kabel.

2.Jiran belakang rumah suka beli barangan kat Giant sebab dia ada kabel

3. Kabel?. Alamak, saya saya gunakan talian tanpa wayar!.

1 comment:

sebol said...

tak semestinya "guna kabel" ni tak bagus.
kalau kabel tu ada kaitan saudara,itu mungkin tidak adil

akan tetapi kalau kita usaha untuk dapatkan kabel sebelum dapatkan sesuatu, bagi saya tak mengapa.

sebagai contoh, kabel saya itu ialah org yg saya kenal di blog.
so adalah tak bagus?

walhal semua org ada peluang yang sama