Labels

Tuesday, February 19, 2008

PILIHANRAYA 1 MAC

KEPADA semua ahli myJICA (dan juga bekas pelatih JICA yang belum menjadi ahli), saya jemput ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Jalan Semarak pada 1 Mac 2008 (Sabtu) mulai jam 4 petang. AGM ini bertujuan untuk memilih kepimpinan baru bagi myJICA. Datanglah beramai-ramai dan pilihlah pemimpin anda yang dirasakan boleh menggerakkan myJICA ke hadapan. AGM ini akan disertakan dengan majlis makan malam tahunan di lokasi yang sama dengan gratis (oops Percuma).

Saya sekadar teringat semasa mula-mula menghadiri kursus JICA pada tahun 1989. Peserta Indonesia transit di LTAB Subang dan melihat-lihat sekitar lapangan terbang dan merasa hairan kerana banyaknya kertas-kertas yang bertulis "percuma" yang bererti "sia-sia" dalam bahasa Indonesia. 'Mengapa ya bapak, di Malaysia banyak sekali yang percuma?"

OK, kembali kepada AGM, datanglah, jangan tak datang. Lagi ramai lagi meriah. Hari terbuka myJICA di JUPEM Sabtu lepas telah menarik minat lebih 400 orang pengunjung. Lebih 30 peserta telah mendaftar untuk mendaki gunung Fuji, Julai dan Ogos ini. Ini merupakan kejayaan besar bagi myJICA. Datang, jangan tak datang.

Sesekali saya teringat pepatah orang-orang tua "cubit paha kanan, paha kiri terasa jua". Kini ia lebih kurang berbunyi begini "potong kaki kanan, kaki kiri tidak terasa". Mengap ya?. OH.... kerana ubat bius diberi sebelum kaki dipotong!. Jangan begitu ya, jangan sampai kita bagaikan dibius. Datang, jangan tak datang. Undi jangan tak mengundi.

4 comments:

Leyla Shuri said...

salam tuan rumah,
jadi dalam fahaman saya yang cair ini, sebelum pergi mengundi MyJica kena bius kaki kanan ke?

ara maaaa...ini Jepun oba-san wakaranai yo!

mba2u said...

salam kembali harera,

Jika sudah dibius, nanti tidak boleh berjalan & macamana nak mengundi? ;-)

Anonymous said...

ngundi hanya angkat tangan, bukan angkat kaki

Anonymous said...

adakah undi itu rahsia.. zar tak sureler zar ahli JICA atau tidak tapi rasanya ahli sebab selalu dapat surat dari JICA.. boleh mengundi jugak ker?