Labels

Tuesday, November 07, 2006

KENANG-KENANGAN SEORANG GEISHA



BARANGKALI inilah rekod kepada diri saya sendiri. Saya berjaya menghabiskan buku setebal melebihi 700 muka surat hanya dalam masa 2-3 minggu sahaja.

Mungkin ramai di antara pembaca, seperti saya juga yang beranggapan bahawa geisha adalah seorang pelacur. Setelah berada di Jepun saya mula memahami bahawa geisha bukanlah seorang pelacur, tetapi adalah merupakan seorang artis profesional ataupun seorang penghibur. Martabatnya jauh lebih tinggi berbanding dengan seorang GRO di Malaysia.

Namun selepas selesai membaca buku ini (saya belum menonton VCDnya), anggapan saya adalah di sebaliknya. Sesungguhnya sebarang pekerjaan di Jepun adalah profesional dan ada piawaiannya. Seorang geisha adalah profesional. Ahli sumo adalah profesional. Pelayan adalah profesional. Pelacur juga adalah profesional.

Daerah Gion yang menjadi lokasi latar bagi kisah geisha ini adalah begitu asing, dan tidak pernah saya dengari sebelum ini. Kini timbul angan-angan untuk saya singgah di Gion bila saya berkesempatan ke Jepun suatu masa nantyi.

Adakah geisha seorang pelacur?.
- Kacamata Jepun: TIDAK
- Kacamata Melayu: ENTAH (ya kot)
- Kacamata Islam: HARAM

Seorang geisha bukan seorang pelacur dari kacamata Jepun. Pelacur memakai kimono dengan obi (tali ikatan) yang ribennya di depan (supaya mudah dibuka ketika menjual perkhidmatannya), sedangkan geisha mengenakan obi dengan ribennya di belakang. Itu satu perbezaan yang nyata. Pelacur menerima imbuhan dengan perkhidmatan sex. Geisha menerima imbuhan dengan melayan tetamu.

Walau bagaimanapun:-

Seorang geisha pelatih atau perantis biasanya tidak akan melakukan persetubuhan demi untuk menjaga keperawanannya (bahasa canggih bagi dara). Mengapa?. Tidak lain tidak bukan kerana keperawanan (dipanggil mizuage) akan ditender untuk dinikmati oleh orang kaya yang mampu dan berkehendakkannya. Wow hebatnya sistem di Jepun!.

Di samping itu, setiap geisha mesti ditaja oleh seorang lelaki kaya yang menjadikannya sebagai seorang perempuan simpanan. Kehidupan seorang geisha dan lelaki ini adalah bagaikan seorang suami isteri, namun tidak terikat dengan ikatan perkahwinan.

Jadi, saya simpulkan seorang geisha adalah .......... (isi tempat kosong).


p.s Membaca buku ini paling seronok, kerana ia tidak berbelit-belit, tidak ada imbasan (flashback) yang bukan-bukan, tidak ada khayalan dan yang seiras dengannya yang banyak didapati dalam novel Melayu mutakhir. Barangkali kerana ia adalah merupakan sebuah memoir (kenang-kenangan) dan bukannya sebuah novel.

7 comments:

areyoung said...

Dalam konteks 'dunia haram', memang perempuan simpanan tu dianggap tinggi sikit 'darjatnya' daripada pelacur kan ; )

mba2u said...

areyoung;

begitulah barangkali.

Atok said...

Memoirs of a Geisha was written based on an interview with a real famous geisha, Mineko Iwasaki. She broke the golden rule of geisha by telling her story to Arthur Golden. Mineko was so furious when the novel came out pasal dia kata Arthur tulis byk benda2 yg salah dan terpesong, and furhermore, she agreed to tell her story with condition Arthur tak reveal herself. So, she sued Arthur and was settled out of court in 2003. Mineko dikecam, dicemuh malah diancam bunuh oleh institusi geisha atas novel Arthur ini.

To counter-argue, Mineko tulis her own account, bukunya bertajuk 'Geisha of Gion', juga menjadi bestseller and sold millions of copies. To be honest, I read her book first a couple of years ago, then baru Arthur's. Indeed, the tradition is an overwhelming one... I was really fascinated.

I think I told you before, my wish is to live in Japan for a while and experince the culture at first hand. One day... one fine day, God willing :)

mba2u said...

atok: oooo lepas ni kena cari pulaklah 'Geisha of Gion' dan..... saya terpanggil untuk ke daerah Gion bila melawat Jepun lagi April nanti.

Insyaallah Atok.... akan dapat merasai pengalaman kebudayaan Jepun tu nanti...

Atok said...

pada pihak saya pula, saya lebih terpesona dgn ciri-ciri budaya geisha beserta dengan its intricate and delicate meaningful details, rather than how it sits on the morality scale .... lagipun, saya tidak quality utk 'menghukum' :)

Unknown said...

assalammualaikum.. saya teringin sangat memiliki novel kenang kenangan seorang geisha .. Dimanakah awak membelinya? saya sangat bebesar hati membeli buku ini jika awak ingin menjualnya kepada sya .. saya sanggup bayar berapa pon kepada awak..

kn said...

ada tak website yang bolehkan saya baca novel ni?