Labels

Friday, March 10, 2006

SEMOGA TIDAK BEGITU

THE SPINNAKER

Di hujung sana kelihatan seorang lelaki separuh umur. Barangkali sama usia dengan aku. Dari cara dia berpakaian, overall biru aku rasa dia adalah pekerja kapal. Mungkin kelasi, mungkin juruteknik atau apa saja. Sudah tentu dia bukan seorang kapten mahupun pemilik kapal. Dari raut wajahnya, nampaknya dia seorang Melayu dan Melayu sudah tentu berugama Islam tentunya. Cuma aku berharap dia bukannya berbangsa Melayu dan bukan Islam tentunya. Andai kata tekaan pertama aku itu betul, sudah tentu sudah rosak binasalah bangsaku.

1211

Sudah lima hari bermalam dan bersiang di bilik hotel. Kalau nak ikutkan kelayakan, memang dah lama layak. Semua pakaian busuk yang ada ni perlu dihantar dobi di hotel ini saja. Tapi aku ni sedikit malas barangkali. Apalah perlu dobi-dobi? Basuh sendiri sajalah!. Dan akupun basuhlah sendiri baju-baju aku. Pelik ke? Alahai, kat rumahpun basuh sendiri (tapi mesinlah yang basuhkan). Jangan susahkan diri sendiri dengan kehidupan yang complicated. (bukankah harga minyak dah naik 30 sen?).

PORT YANG DITINGGALKAN

Masuk hari ini sudah 10 hari ofis ditinggalkan. Ini dapat mesej lagi supaya ke Langkawi pula lepas ini. Lepas ni in-tray rasanya sudah melimpah ler. Aduhai…… malasnya aku. Kadang-kadang tu bila berada di luar pejabat, lagi banyak kerja yang jalan. Keputusan boleh dibuat melalui SMS sahaja dan boleh jalan. Jika kita berada di ofis, kena perlu lalui mesyuarat demi mesyuarat, perbincangan demi perbincangan dan hasilnya tidak juga jalan. Oleh kerana nak jimatkan duit minyak, mesej dalam SMS juga pendek saja. JALAN.

8 comments:

Anonymous said...

hmm..
bagi yang boleh kata jalan tu.
bolehlah..
tapi kalau mana mana yang nak kena sign tu. kan payah.
tambah tambah kami kat negeri.
kalau boss keluar lama lama.
jawapnya, klaim lambatlah dpat bulan ni.

RON97
http://ron97.mygj.net

mba2u said...

Ron;

Ngapa tak implement claim online saja?. Kita dah tak perlu sain-sain lagi, janji boss klik saja, dimana2pun boleh.

Anonymous said...

kalau boss macam mba kira ok, kalau boss buta it, pc pun pa yang buka macam mana

Anonymous said...

opis kami tak pasang lagi apa, sppkb. apantah tu. tak jalan lagi.
lagi pun, mcm mak minah ckplah, kalau dia celik it. takpa.

RON97
http://ron97.mygj.net

abdullahjones said...

mba, patutnya naik kapal ke Labuan bersama ayam itik. atau kamu takutkan selsema burung?

abdullahjones said...

takut air laut? mung memang. duduk ddungung,takut lauk. lupe daratang.hahhahaha.

zino said...

bos zino dulu.. PC dalam bilik dia naik kerawang labah labah hehe tak penah usik la tu..

email PA yg urus.. access ke tenet PA yg guna .. bos macam ni ramai ke? hehe

mba2u said...

Zino;

Itulah bos sebenar namanya ;-)
Kita ni berkulikan PC :-(