Labels

Thursday, March 16, 2006

PRODUK HALAL DARI IBM



IBM adalah singkatan daripada International Business Machine. Jadi apa kena mengenanya dengan produk halal?. Mesin perlu halal dan disahkan oleh JAKIM ke?.

Dalam tahun 1980an dulu, saya mendengar cerita ada sebuah agensi yang mewajibkan produk yang ditender mendapat sijil halal. Nak tahu apa produk tersebut?. Hmmmmm .... microfish (dieja microfische rasanya). Sebabnya? pegawai yang menjaga tender tidak faham akan produk. Dia ingatkan itu adalah makanan, iaitu ikan. Samalah halnya dengan cip (chip) kot. Jika nak dibekalkan microchip, juga dikehendaki ada sijil halal kerana disangka potato chip. Itu dulu.

Tapi 2 minggu lepas saya memang terima sampel produk halal dari IBM. Lihatlah gambar (kurang jelas perkataan halalnya, tapi ia dari JAKIM).
:)

3 comments:

abdullahjones said...

hahaha.

ep said...

Apakah benda itu buatan daripada kulit? Ep tak berapa nampak. Kalau ia maka kulit itu berstatus - halal.

mba said...

ep;
eceli kat dalam tu ada cokelat.... cokelat IBM!.