Labels

Thursday, March 09, 2006

DARI KK KE LABUAN

(posting kali ke2, setelah yang pertama terpadam sendiri oleh diarist)

CHECK OUT dari Magelan Sutera seawal 8 pagi. Kami menuju Kundasang, ke entry point gunung kinabalu, terus ke ranau dan dalam perjalanan pulang menaiki jambatan gantung tamparuli.

Tiba semula di KK jam 3. Singgah di pasar Filipina dan transit sebentar di JPP sebelum ke airport. Penerbangan ke Labuan jam 8.50. Namu sebaik tiba di airport, penerbangan jam 6 masih berbaki, nah terbang awal kitak ke Labuan.

Dibalai berlepas, ketemu Zur yang sama-sama menuntut di Leeds dulu (dia di Huddersfield sebenarnya). Tiba di Labuan, azan maghrib berkumandang. Zur menawarkan diri untuk hantar ke hotel dengan kereta jabatan yang menunggunya. Ah... orang mengantuk disorongkan bantal. Tiba kitak di hotel Waterfront Labuan ini.

Sememangnya untuk ke sini, tidak ada menghubungi sesiapa. Saja tak mau susahkan sesiapa. Hajat nak naik teksi saja. Ia adalah lebih murah berbanding naik kereta ofis. Jimat duit kerajaan, jimat duit sendiri. Mengapa?. Jika naik teksi, hanya tambang sahaja yang perlu dibayar berbanding dengan kos-kos lain yang perlu diserap jika menggunakan kereta ofis. Drebar teksi juga tak tuntut elaun kerja lebih masa.

Semasa di KK semalam, ramai kenalan yang mencadangkan agar ambil bot saja ke Labuan ini. Perjalanan 2 jam bersama ayam-itik dalam bot tentunya terasa terlalu lama...

Tiba di Waterfront malam tadi, terasa malas nak makan. Namun takut juga kelaparan tengah-tengah malam. Cari mee maggi kita di mall berhampiran.

labuan ini
pulau kecil yang sibuk
kapal berlabuh

2 comments:

zino said...

along zino baru je balik dari KK..

mba2u said...

berselisihlah kita dgn Along.