Labels

Monday, March 13, 2006

MENCARI BLOGGER DARI SARAWAK

SAYA ingin mencari blogger dari Sarawak, atau blogger Semenanjung yang ingin ke Sarawak.

myJICA akan menganjurkan satu bengkel penulisan weblog untuk ahli-ahlinya di Kuching, Sarawak. Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu dalam masa terdekat. Tempat bengkel mungkin INTAN Sarawak atau MKM Sarawak atau hotel (pilihan terakhir). Peserta sekitar 10-15 orang sahaja.

Mengapa perlukan blogger dari Sarawak?.
- Untuk menjadi tenaga pengajar dalam bengkel tersebut.

Mengapa tidak ambil orang Semenanjung saja?
- Nak jimat kos. Jika ambil orang semenanjung, saya kena beri mereka tambang belon dan juga penginapan. Jika begitu lebih baik saya saja yang pergi. Betul tak?.

Oooo nak blogger Sarawak, Nak free ke?.
- Bukan free, kita bayarlah sikit elaun mengajar. Ala kadar.

Blogger dari semenanjung pulak macamana?
- Kalau yg memang ada urusan di Kuching, boleh kita uruskan.
- Kita boleh beri tambang atau penginapan

Menginap kat mana tu?
- Kalau bukan di hotel, masakan kita beri rumah panjang!
- Rumah persatuan pun ada kat Kuching

Silibus macamana nak ajar?
-Itu kita boleh bincang, ala... ajar macamana nak buat blog, macamana nak tulis ala kadar.... sonang ba ito!.

Bila?
-Sabtu yg terdekat (boleh bincang).

==> OK yang berminat bolehlah hubungi saya.

3 comments:

Sri Diah said...

Errr... bawaklah sorang photojournalist dari kksb.
- tak payah, nanti blogger boleh taip dan hantar gambar.

mba2u said...

KKSB ada tak photojournalist dari cawangan Sarawak?. Bawa boleh.....

Unsunghero said...

Tuan MBA...saya blogger yang berasal dari Kuching, Sarawak tapi kini menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. Saya berminat juga dengan tawaran tuan. mungkin kita boleh berunding mengenainya. sebelum terlupa, saya juga boleh mengambil gambar sekiranya diperlukan