Labels

Saturday, November 22, 2003

Melayu Berniaga


HAJAT hati dah nak tutup kedai kerana cuti raya, namun bila masih ada pelanggan datang, kita kenalah layan juga. Inilah cara kita berniaga, walaupun tengah malam buta ada orang datang ketuk pintu nak beli sekilo gula atau sekampit garam, kita akan buka kedai dan berjual juga. Berniaga ni bukan untuk dapat untung semata-mata, tetapi adalah fardhu kifayah, untuk membantu orang lain yang memerlukan.



gambar hiasan


Insyaallah hari ini adalah berbuka terakhir di KL sebelum balik beraya besok, jadi tadi suruh anak belikan juadah berbuka dan ikan bakar. Fuh... menyelerakan nampaknya. Tapi bila dicubit nampak semacam je ikan tu, bila hidu, masyaallah ikan busuk yang entah berapa lama dah dijual untuk berbuka!. Inilah perniagaan orang Melayu (bukan semua) yang hanya ingin mencari keuntungan dunia semata-mata. Agaknya perniagaan mereka ini boleh dihalalkan sekadar dengan akad "saya jual ya" (bukan lengkappun akad tu). Penjual begini tidak langsung memikirkan yang di akhirat nanti dia terpaksa memikul ikan-ikan tersebut yang dalam bentuk api mungkin pergi mencari pembeli-pembeli yang telah tertipu olehnya untuk mendapat kemaafan. Na'uzubillah. Dengar cerita kalau kat negeri Arab sana, peniaga selalu mengelat dari timbangan dan sukatan dan tidak mengembalikan duit lebihan dan akan berkata "halal... halal". Jika betul begitu, agaknya halal ke perniagaan mereka di sisi Allah?

Dipendikkan cerita dua ikan bakar tersebut dimasukkan dalam tong sampah dan kami makanlah ayam goreng yang dibeli oleh isteri di carefour. Terlalu banyak bezanya perniagaan makanan oleh kedua-dua kelompok peniaga ini... Orang-orang Melayu yang umumnya beragama Islam nampaknya tidak akan ke mana dalam perniagaan makanan halal sekalipun nampaknya. Dengar cerita pelbagai juruperunding telah dipanggil dan digunakan oleh peniaga bukan Islam untuk menceburi perniagaan makanan halal untuk orang Islam. Ini nampaknya macam perniagaan takaful dan bank Islam oleh bank asing atau bukan Islam yang nampaknya lebih berdaya saing berbanding dengan bank Islam sendiri.

Pokoknya adalah kerana mengejar keuntungan dunia semata-mata secara jangka pendik

Wallahualam

No comments: