Labels

Monday, September 10, 2018

CUTI PANJANG: STAF SUKA, MAJIKAN DUKA

SEKARANG sedang cuti panjang. Cuti bersambung-sambung. Inilah peluang bagi pekerja untuk berehat, balik kampung, pergi berkelah dan sebagainya.

Staf memang suka bila cuti, namun majikan tentulah tidak suka, sebab bila staf bercuti, gaji tetap berjalan tetapi produktiviti adalah sifar. Jika bayar gaji hari atau ikut jam pun, majikan masih tidak gemar apabila staf cuti. Sebabnya banyak kerja yang perlu disiapkan.

Begitu jugalah halnya dengan saya. Hari cuti pun saya datang ke ofis @kedai untuk buat kerja.

Staf atau pelatih yang ada, semuanya tidak mahu datang kerja walaupun diberikan imbuhan lumayan mengikut jam semasa cuti. Ini sangat memeranjatkan saya. Rupa-rupanya "tidur" lebih berharga daripada duit atau ilmu bagi generasi muda sekarang.

Masa saya muda dahulu, di tahun 1983, saya minta bos saya untuk datang kerja pada hari Ahad (hari Sabtu memang hari kerja). Sebabnya ialah kerana bos saya datang kerja pada hari Ahad, tetapi lebih santai dan dia ada banyak masa. Jadi bolehlah saya tanya itu-ini dan belajar serba sedikit dari beliau. Beliau setuju supaya saya datang hari Ahad jika inginkan beliau beri serba sedikit tunjuk ajar.

Berbeza sungguh generasi dulu dan sekarang.

No comments: