Labels

Monday, August 31, 2015

KAWAN LAMA

SAYA jumpa beliau pada tahun 1989 di Okinawa, Jepun. Pada masa tersebut, beliau telah bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia, sedangkan saya baharu saya tiba. Beliau menyerahkan "Album Malaysia" kepada saya sebagai 'watikah' perlantikan'Penghulu Malaysia' kepada saya selama tempoh saya di OIC (Okinawa International Center).

Khabarnya beliau banyak mengharumkan nama Malaysia ketika menjadi penghulu. Selepas saya ambil alih, tidak banyak yang saya lakukan. Status-quo sahaja. Cuma saja ingin dicatat bahawa pada tahun 1989/90 itu, jika tidak silap saya, Malaysia mengalahkan Indonesia dalam Piala Thomas. Maka warga Indonesia di OIC tidak begitu senang hati. Mereka menganjurkan pertandingan badminton Indonesia Vs. All Over the World (kecuali Malaysia) dan mereka menang. Maka tibalah pula giliran Malaysia Vs. Indonesia di OIC. Dan..... Kami menang. Ya Menang!. Memang benarlah Malaysia memang pinter!, bukan sekadar nasib sahaja.

Setelah pulang ke Malaysia, saya berjumpa dengan beliau beberapa kali. Khususnya apabila bapa angkat kami, Pakcik Higa (Kyogi Higa) datang bertandang ke Malaysia selama 3 bulan. Kami bawa beliau keliling Semenanjung. Tempat-tempat nostalgia beliau terdahulu. Sehinggalah Pakcik Higa bertemu dengan Makcik Fatimah melalui rancangan "Jejak Kasih TV3". Itupun saya usahakan.

Semalam saya ke rumah beliau kerana kenduri kahwin anak tunggalnya. Saya bukan pergi makan kenduri, tetapi pergi makan pagi. Sebabn ya kami ada urusan lain di Pasir Salak pada tengaharinya.

Berpuluh tahun tidak berjumpa...



Zainori Abd Raman.




No comments: