Labels

Friday, July 18, 2014

ORANG KITA: LAGI TINGGI PANGKAT, LAGI LIAT MENULIS


1. DUA hari lepas saya terdengar perbualan wakil sebuah majalah dengan DJ radio. Beliau mempromosi majalahnya yang antara artikelnya ditulis oleh seorang pakar. Pakar itu tidak akan menulis lagi sebab sudah dinaikkan pangkat. Dengan pangkat baharu nanti, pakar itu sudah tidak ada masa lagi untuk menulis.

2. Semasa saya berkerja dahulu, saya pernah dipanggil mesyuarat dari pagi Sabtu hingga pagi Ahad hanyalah untuk menyemak beberapa perenggan teks ucapan. Bayangkan sepuluh orang JUSA menghabiskan masa sepuluh jam hanya untuk menyemak teks ucapan. Berapa agaknya harga ucapan tersebut?.

3. Bekas ketua saya garu-garu kepala yang tidak gatal (tetapi separuh botak), merungut mengapa ulama sekarang tidak banyak menulis, sedangkan ulama dahulu kitabnya beratus-ratus. Ulama sekarang satu kitab pun tidak ada.


BAIKLAH, ini adalah cadangan saya kepada pakar yang naik pangkat, ketua-ketua segala pengarah dan orang-orang besar yang kelihatannya sibuk dan tidak sempat untuk menulis bagi menurunkan ilmu sebagai amal jariah mereka. Tan Sri dan Dato' semua boleh gajikan (dengan wang sendiri) pegawai khas untuk menulis. Ajak pegawai khas ini ke mana-mana, memasuki apa-apa program dan duduk perhatikan dan cari bahan untuk menulis. Selepas waktu pejabat, beri pegawai khas ini kerja rumah untuk menulis. Bila tulisan sudah boleh dibukukan, diterbitkan dan dijual, royalti bahagikan juga kepada pegawai khas. Saya fikir ia tidak salah, dengan syarat jangan gunakan harta dan masa kerajaan. Luangkan sejam dua sahaja di luar waktu pejabat bagi tujuan ini.

Selamat mencuba.


No comments: