Monday, April 01, 2013
MALUNYA MANDI BOGEL DI ONSEN
Miura San pesan "Jika malu untuk mandi bogel di onsen, pergilah ke onsen untuk kaki sahaja. Ia bagus untuk kesihatan kaki awak".
Setelah turun dari pergunungan ski, kami singgah di sebuah "onsen kaki" awam. Ada beberapa orang Jepun sedang berendam kaki di situ. Kami cuba. Sungguh enak. Kesannya buat beberapa hari kaki atau tumit saya tidak sakit. Alhamdulillah. Tapi kini sakit tumit datang kembali...
Air panas ini datangnya dari perut bumi. Disedut menggunakan paip khas.
Setelah pulang ke Hakuba, kami berdiskusi secara serius dengan pihak "Muslim Friendly Project" mengenai "Muslim Onsen".
Mereka: "Adakah Muslim tidfak boleh mandi onsen?"
Kami: "Boleh. Sebab tidak bercampur lelaki dan perempuan. Cuma kami malu"
Mereka: "Mengapa malu?. Kami fikir barang yang hendak dimalukan itu saiznya sangat kecil, sebab itu malu :) "
Kami: "oh tidak..... barang kami berbeza. Tentunya barang kamu hanya satu, sebab itu kamu tidak malu. Kami boleh kahwin empat, sudah tentu barang kami berbeza, sebab itu kami malu".
Perbincangan kian rancak antara kami dengan Setiausaha Agung Muslim Friendly Project dan tuanpunya hotel. Pekerja datang lagi membawa air kopi walaupun cafe sudah ditutup sebenarnya.
Kami: "Ramai Muslim ingin ke onsen. Tidakkah kamu berminat untuk buat Muslim onsen?".
Mereka: "Bagaimana?".
Kami: "Benarkan kami masuk onsen guna tuala".
Mereka: "Bolehkah?"
Kami: "Boleh, kami perlu tutup antara pusat dan lutut sahaja. Ia sudah memadai".
Mereka: "Sebenarnya onsen dikawal ketat oleh peraturan dan akta yang ketat. Tidak ada benda asing boleh dibenarkan masuk onsen. PH air mungkin berubah. Pengusaha onsen boleh didakwa".
Kami: "Mengapa dalam iklan onsen, perempuan pakai tuala?".
Mereka: "Itu iklan sahaja. Lagi pun tuala itu disediakan oleh pihak onsen".
Kami: "ya.. ya... kami mahu tuala yang disediakan oleh pihak onsen".
Mereka: "tapi tuala itu perlu dibuka setelah badan masuk ke onsen. Tuala letak atas kepala boleh..."
Kami: "Boleh...boleh.... tapi air jangan jernih sangat, kerugkan sikit supaya tidak jelas sangat ya...".
Mereka: "Kami akan bawa perkara ini ke jawatankuasa onsen untuk membuat keputusan".
Kami: "Kami harap ada jawapan yang positif untuk Muslin onsen ini".
Mereka: "kami juga begitu".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dah sejam saya tunggu... perempuan dalam gambar 2 tu masih belum bangun2... jantan gambar 3 pulak bangun... ceh
Post a Comment