Labels

Wednesday, November 23, 2011

PEMANDU PELANCONG SUKARELA

INI adalah Yoko San. Berusia 70+ tahun. Mempunyai anak dan juga cucu. Juga suami. Beliau adalah sukarelawan di daerah Kyoto, Jepun. Beliau mendaftar dengan Persatuan Pemandu Pelancong dan memberi khidmat sukarela kepada pelancong, khususnya pelancong asing untuk melawat Kyoto.

Beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan sangat mahir dengan selok-belok Kyoto.

Apabila ditanya, mengapa dia membuat kerja sukarela?. Banyak sebabnya, seperti sayangkan sejarah Kyoto dan seumpamanya. Namun yang paling mengesankan beliau adalah sejarah lampau dirinya.

Semasa masih menuntut, beliau ingin membeli suatu barang. Namun barang ini tidak dijual, melainkan dengan menggunakan kad kredit sahaja. Beliau tidak mempunyai kad kredit dan tidak dibenarkan membeli barang tersebut. Beliau sangat kecewa. Beliau sudah mempunyai cukup wang untuk membayar harga barangan tersebut, cuma tidak mampu mempunyai kad kredit. Hinggalah ada seorang asing yang memberi bantuan kepada beliau dengan menggunakan kad kreditnya. Akhirnya beliau berjaya memiliki barangan tersebut.

Semenjak dari itu, beliau berazam untuk membantu mana-mana orang asing yang datang ke daerahnya. Salah satu caranya ialah dengan menyertai sukarelawan.

DFomo arigato Yoko-san.

No comments: