Labels

Thursday, October 20, 2011

NAMA SAYA ENCIK BASRI

DALAM mesyuarat jabatan, Aling diperkenalkan kepada staff yang lain.

Aling: Nama saya Aling. Juruanalisa Sistem. Berasal dari Pantai Timur.

Basri: Nama saya Encik Basri. Saya seorang jurutera. Saya adalah graduan dari UK.

Selepas selesai mesyuarat, Aling bersembang dengan Leong.

Aling: Mengapa Basri memanggil nama dia sendiri sebagai Encik Basri?

Leong: Dia baru balik dari UK. Orang Putih biasanya panggil dia Mr. Basri. Jadi dia panggil diri dia sendiri Encik Basrilah.

Abdah: Bukan itu sebabnya. Sebab sebenarnya ialah dia seorang lulusan kejuruteraan. Jawatannya ialah jurutera. Walau bagaimanapun dia belum lagi mendapat kelayakan ikhtisas sebagai jurutera daripada Lembaga Jurutetra Malaysia. Oleh itu dia tidak boleh gunakan gelaran Ir. Sekiranya dia sudah disahkan, makan nama dia ialah Ir. Basri, bukan lagi En. Basri.

Aling dan Leong hanya mengangguk faham.

1 comment:

Unknown said...

Hahahahha...."Nama saya Cik Maria"..Cik adalah untuk memberitahu status saya...hahahaha, boleh ek mcm tu?