Labels

Sunday, September 25, 2011

SAYA INGIN JADI PENERBIT BUKU

SAYA ingin jadi penerbit buku. Apa yang perlu saya lakukan?. Seorang pakar dalam bidang ini menggariskan empat langkah utama.

1. Cari Pasaran. Adakah mana-mana pihak yang ingin memasarkan buku yang anda terbitkan.

2. Cari Pencetak Ada atau tidak pihak yang ingin mencetak buku yang akan anda terbitkan. Mencetak buku perlukan duit, lantas itu ada atau tidak pencetak yang mahu mencetak dahulu dan dibayar kemudian. Ia itu setelah buku laku dijual.

3. Cari Perekabentuk Buku Manuskrip buku yang diterima perlu dibuat design dan layout. Ada atau tidak orang persaorangan atau pihak yang sanggup melakukan kerja ini untuk anda?. Jika anda ada duit, sudah tentu ia tidak menjadi persoalan. Maksudnya adalah orang yang mahu membuat kerja dahulu dan menerima upahnya kemudian.

4. Setelah kesemua tiga perkara tersebut diperolehi, barulah dicari manuskrip atau pengarang yang mahu bukunya diterbitkan.

KERJA penerbit adalah mengusahakan manuskrip daripada penulis sehingga menjadi buku dan dapat dijual di pasaran. Segala modal dan risiko perlu ditanggung oleh penerbit. Oleh itu biasanya penerbit hanya memberi royalti sekitar 10% sahaja kepada penulis. Penulis pula hanya menulis sahaja modalnya. Jika buku langsung tidak laku, penulis tidak rugi apa-apa, malahan telah untung kerana bukunya telah diterbitkan. Jika bukunya laku sedikit, maka sedikitlah royaltinya. Jika bukunya laku banyak, maka banyaklah royaltinya. Jika bukunya laku terlalu banyak, maka terlalu banyaklah royaltinya. Namun tertakluk kepada hak maksima 10%. Dengan itu ada penulis yang ingin menerbitkan sendiri bukunya. Dia perlu menanggung rugi 100% ataupun mendapat untung 100%. Kini penulis ada dua pilihan untuk menerbitkan buku:

1. Guna Penerbit - Tidak perlu modal - Dapat royalti sekitar 10%

2. Terbit buku sendiri - modal 100% - urus sendiri (pemasaran, kutip hutang dll) - Royalti 100%

KINI saya ingin menjadi penerbit antara kaedah 1 dengan kaedah 2. Ia itu melalui KOPERASI PENULIS. Kaedah penerbit yang akan saya pelop[ori adalah begini: - Modal 50-50 antara penulis dan koperasi - Untung 50-50 - Rugi 50-50 - Urusan kerja: koperasi Di samping memodali buku sendiri, penulis juga boleh menjadi pemodal (50%) kepada buku-buku penulis lain. Ada apa-apa komen?

No comments: