Labels

Thursday, April 28, 2011

GOLDEN LOUNGE


SAYA mempunyai satu angan-angan (belum sampai tahap cita-cita), iaiatu untuk membuka Golden Lounge di luar lapangan terbang. Golden Lounge saya ini akan beroperasi di kompleks membeli belah ataupun di kawasan restoran yang ekslusif dan ada kelas yang tersendiri.

Walaupun "everybody can fly", namun tidak ramai yang berpeluang untuk memasuki Golden Lounge. Dalam perkiraan saya, dalam 300 orang penumpang domestik, cuma 8 sahaja adalah kelas perniagaan. Mereka ini sahaja yang diberikan peluang masuk ke Golden Lounge. lapan dari 300 bermakna cuma 2.6% sahaja.

Dulu, jika saya menaiki kapalterbang bersama staf, saya naik kelas busines dan staf naik kelas ekonomi. Saya tidak bolehpun mengajak staf saya untuk masuk ke Golden Lounge. Kini saya sudah mempunyai kemudahan tersebut kerana fasiliti untuk saya telah dipertingkatkan. ia itu boleh membawa orang lain ke Golden Lounge.

Kembali kepada angan-angan saya semula. Saya yakin sangat ramai penumpang kapalterbang yang ingin merasa berada dalam Golden Lounge. Memandangkan dalam airpot ia sangat terbatas, maka saya akan buka Golden Lounge di luar. Lebih ramai orang boleh masuk dan menikmati kemudahan yang ada, sebiji macam dalam airpot.

Golden Lounge saya ini kemudiannya akan dibesarkan ke kota-kota lain ke seluruh dunia. Ala-ala hard Rock cafe begitu..

Apa macam?.

5 comments:

Unknown said...

Tuan, kalau buka Golden Lounge di luar bagaimana org nak mengisi masa sebelum berlepas? Kalau buka di airport saya pun nak cuba..
Kelas penerbangan saya belum layak masuk ke Golden Lounge...tambahan pula sekarang kena naik AA. Kalau pergi bersama pegawai yang layak tidak pula mereka mengajak saya bersama..wonder how it feels to be in there.

mba2u said...

Mimie;

Konsep Golden Lounge saya tidak semestinya untuk penumpang kapalterbang sahaja, ia dibuka kepada semua umat manusia, asalkan meraka ada $$.

Hmmmm..... one day jika kebetulan kita terbang sama, insyaallah saya akan jemput Mimie masuk Golden Lounge di lapangan terbang.

Cat Cat said...

Tuan MBA...

Hmmmm, have you ever thought about copy-right thingy..?? I'm sure a Airline Association or some sort will interfere... but it's a VERY SMART IDEA. I like it. If your project "jalan", can I be your partner...???

mba2u said...

Cath;

I'll make it copy-left ;-)

Anonymous said...

betul tak ramai yang berpeluang masuk ke golden lounge, apatah lagi dengan duit sendiri..kalau ade pun yang berpeluang masuk sebab ditaja (kerajaan)