Sunday, April 03, 2011
PERTAMA KALI DIHANTAR POLIS KE RUMAH
PAGI ini, saya berkayuh seorang diri lagi di highway SILK. Baru 3km meninggalkan rumah, tayar belakang sudah bocor akibat melanggar (bukan terlanggar) geriji longkang. Nasib baik ia berhampiran dengan tempat rehat Plaza Tol. Pam ada, tiub juga ada, nasib baik. Apa yang tidak ada ialah tools. Saya teringat ada kawan yang buka tayar dan tiub hanya gunakan tangan sahaja. Saya cuba dan berjaya. Tiub berjaya ditukar.
Sementara itu datang sekumpulan pengayuh dalam lima ke enam orang bertanya khabar dan ingin menghulurkan bantuan. Selesai memasang semula tayar, ia bocor semula. Pam lagi dan bocor lagi. Alamat kayuhan tidak boleh diteruskan kerana sudah kehabisan tiub spare. Cadangan seterusnya ialah tolak basikal balik ke rumah.
Salah seorang dari pengayuh tadi memanggil polis peronda dan minta hantar saya pulang. Komuniti servis katanya. Polis bersetuju dan basikal dimuatkan ke bonet Pajero dan saya pulang dengan pajero polis. Pertama kali peristiwa begini berlaku. Terima kasih polis.
Saya tanya polis ini "salah ke jika berkayuh di highway?".
Dia menjawab "tidak salah, tetapi tidak digalakkan".
Senang hati saya mendengar jawapan tersebut dan selepas ini saya akan kayuh lagi di highway ini...
Dia menyambung lagi "tapi berkayuh di PLUS salah. Pihak PLUS telah gazetkan kenderaan yang tidak dibenarkan lalu, ia itu basikal, kenderaan roda tiga dan traktor. Jika nak lalu juga mesti ada pengiring yang diluluskan".
"OK terima kasih encik"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bangga dengan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh PDRM!
MBA kena buat kayuhan 'tribute' untuk PDRM.
Selain PLUS adakah highway lain yang di gazette kan basikal tak boleh lalu. Setiap malam Sabtu kami tumpang lalu tanpa bayar tol di highway KESAS dan LKSA. Kalau tak boleh, nampaknya kena naik kereta peronda lak nanti.
PLUS sahaja yg telah dikenalpasti.
AKLEH juga tidak boleh, baru sahaja dihalau keluar dari AKLEH.
Post a Comment