Labels

Monday, March 21, 2011

PELUK ATAU SEKEPING NOTA?

BULAN lepas dua bos besar meninggalkan pejabat kerana bersara wajib. Ada dua acara dan dua agenda berbeza bagi kedua-dua bos besar ini. Yang pertama diadakan pertemuan akhir dengan ucapan dan ketik kad perakam terakhir. Bos besar bersalaman dan ada juga yang dipeluk sebaik acara akan berakhir. Saya adalah salah seorang yang menerima pelukan. Teharu juga. Bos sebak.

Perpisahan bos besar lagi satu dibuat secara ad-hoc. Majlis ingkas sahaja. Saya berada di luar kawasan. Pulang ke ofis, sekeping surat penghargaan diterima dari bos tersebut. Ucap teima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. Mendoakan masa depan yang cemerlang.

Yang mana satu lebih berkesan di hati staf yang ditinggalkan?. Peluk cium atau sekeping nota?

Wassalam

1 comment:

Anonymous said...

nota penghargaan
tanda ingatan
berkekalan.