SUATU ketika yang tidak berapa lama dulu, kami pernah beli handphone kepada sekumpulan pegawai kerana menjalankan satu projek. Kira-kira 80 buah semuanya
Belum lagi bayaran dibuat, Audit telah datang membuat semakan. Adakah pembelian mengikut peraturan?. Adakah semuanya teratur? Adakah mendapat kelulusan? Banyak lagi. Macam-macam. Khabarnya ada pegawai yang lebih tinggi, lebih kanan tidak dibekalkan dengan handphone tersebut. Anak buah dia dapat. Sebabnya? Justifikasi pembelian adalah bagi mereka yang terlibat dalam projek, bukan ikut kekananan.
Penyemakan mendapati semuanya teratur. Ikut peraturan. Tidak kes.
Dalam hal begini, adakah ia (laporan) dibuat atas rasa tanggungjawab atau atas perasaan yang lain?. Seorang kawan ada menyebut, dalam buat kerja, kita hendaklah jangan bersifat lurus sangat, kena ada sikap tidak percaya juga kepada orang lain. Betul ke?.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment