Labels

Sunday, March 14, 2010

60 IPTS DITUTUP ?

BERITA akhbar menunjukkan bahawa lebih 60 buat IPTS (Institut Pengajian Tnggi Swasta)telah dibatalkan pendaftarannya. Antara sebabnya ialah kerana kekurangan pensyarah.

Pembatalan dan penutupan IPTS ini sudah tentu merugikan banyak pihak. Barangkali kekurangan pensyarah boleh diatasi dengan banyak cara. Di antaranya ialah dengan berkongsi pensyarah sesama IPTS ataupun IPTA. Selain daripada itu, saya fikir sudah tiba masanya agar pekerja di sektor awam mahupun swasta yang berkelayakan diberi peluang untuk mengajar di IPTS. (Amalan pegawai kerajaan mengajar secara sambilan di IPTA talah lama dilakukan). Para pegawai profesional seperti jurutera, arkitek, juruukur bahan dan pegawai ICT yang berkelayakan misalnya boleh ditawarkan untuk mengajar di IPTS secara sambilan. Mereka dibolehkan untuk mengajar 2-3 kali sebulan atau sekali seminggu contohnya. Ia seperti lokum yang diberikan kepada pegawai perubatan dan pergigian.

Dengan cara ini IPTS tidak akan kekurangan pensyarah dan penjawat awam mahupun swasta dapat berkongsi ilmu di samping mendapat sedikit imbuhan 'lokum'.

Moga-moga dapat dipertimbangkan di masa hadapan.

No comments: