Labels

Friday, April 11, 2008

SONETA

TADI ketemu Pak Samad bersama Soneta

7 comments:

JahRera said...

salam MBA-san,

tadi baru balik dari rumah kawan yg beralamat No. 68, Gingko-dori (Jln Gingko).
serius, tak tipu!

mba said...

salam Harera;

Jika ada fotonya, saya ingin berikan kpd Pak Samad.

JahRera said...

permintaan ini dibatalkan.
Nanti datang pak samad, ambil foto depan rumah, nanti datang Krew TV3 buat berita hangat, nanti datang pegawai DPB buat jenguk-siasat, nanti datang pak mahathir masuk campur, last-last pak lah pun nak datang berkenalan dgn kawan saya yang terlalu low-profail...jgn, jgn.

mba said...

Puan Hajah Harera;

Dari segi bahasa "permintaan ini dibatalkan" adalah tidak salah, namun dari segi kuasa ia adalah salah:-

1. Saya yang "meminta" dan puan yang berkuasa untuk "melulus" atau tidak. Jadi, terma yang betul ialah:-
- Permintaan ini tidak diluluskan, atau
- Permintaan ini tidak dapat dipertimbangkan

2. Membatalkan sesuatu adalah "hak" yang memulakannya. Permintaan hanya boleh dibatalkan oleh yang meminta, bukan yg memberi. Puan boleh menasihatkan saya supaya 'membatalkan permintaan' atau 'melupakan' sahaja permintaan tersebut kerana banyak risikonya.

3. Samada permintaan 'dibatalkan' ataupun tidak, yang empunya kuasa boleh melulus atau menggagalkan permintaan tersebut.

Oops.... jangan marah, kita cuma berbahasa ;-)

Terima kasih atas ulasan.

JahRera said...

baiklah....ini bahasa melayu yang kelas habis.

Saya membatalkan permintaan itu.

Saya nak lantik jadi juru penterjemah dalam projek baru saya boleh? Tak bayar gaji!

mba said...

Jika terjemahan daripada bahasa Melayu/Malaysia kepada bahasa Melayu/Malaysia bolehlah, jika dari bahasa asing ke BM atau sebaliknya, saya tidak pandai.

JahRera said...

ada kah terjemahan daripada bahasa melayu/malaysia kepada bahasa melayu/melaysia? (garuk kepala).

Kalau begini, untuk kali ke-2 dalam satu entri, saya kata...

Saya batalkan permintaan itu.
Jangan mare...lekas beruban...