Labels

Tuesday, April 29, 2008

PROGRAM MENGENANG BUDI



SEORANG juruperunding ICT telah membeli buku saya. Beliau tidak perlu membaca buku tersebut kerana jawatannya sudah memang hebat dalam ICT. Beliau tidak mempunyai anak remaja untuk membaca buku tersebut. Beliau membelinya untuk mengenang budi dan menebus rasa bersalah. Semasa bersekolah dahulu, beliau tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Lantaran itu dia ambil buku perpustakaan untuk dijadikan hak miliknya sehingga dia lepas SPM. Tanpa buku-buku perpustakaan tersebut mungkin dia bukanlah dia yang sekarang. Lantaran itu dia beli buku ini untuk dihadiahkan kepada sekolahnya, supaya budak-budak sekolahnya dapat mengetahui apa itu kerjaya dalam bidang ICT.

Saya tahu, anda tidak mencuri buku-buku sekolah seperti dia. Namun apa salahnya beli sebuah buku ini dan berikan kepada perpustakaan sekolah anda sebagai tanda mengenang budi. Bagi program mengenang budi ini:-
1. Anda boleh memesan buku ini melalui e-mel (muhamadbinali@gmail.com)
2. Buat bayaran melalui Maybank2u dengan harga RM18.50 (no akaun 564155050253)
3. Melkan catatan/pesanan anda kepada sekolah.
4. Melkan alamat sekolah anda
5. Saya akan poskan buku tersebut bersama tandatangan penulis & kata-kata anda terus ke sekolah tersebut. Belanja pos saya tanggung.

Jom Kenang Budi Sekolah Kita.

[Kemaskini] Resit rasmi akan dikeluarkan ke atas setiap pembelian.

2 comments:

zahra said...

saudara, kalau beli straight dgn saudara, resit utk tolak LHDN boleh bagi kpd saya kah?

mba said...

sdri zahra;

Terima kasih atas respond yang diberikan.

Ya, resit rasmi akan diberikan samada melalui pos atau e-mel (fail PDF) bergantung kepada permintaan/keselesaan.