Labels

Wednesday, October 19, 2005

NUJUM PAK BELALANG

DULU saya pernah meramalkan ala-ala Nujum Pak Belalang, bahawa kedai-kedai gambar tradisional yang tidak mengikuti perkembangan teknologi, bakal ditutup dengan munculnya kamera digital. Ramalan ini berasaskan kepada penutupan pawagam setelah wujudnya VCD, DVD (halal dan haram) dan canggihnya home cinema.

Namun rasanya kedai-kedai gambar ini tidak ditutup. Maknanya ramalan tersebut adalah meleset. Namun begitu kebanyakan kedai gambar yang masih tetap dapat bertahan rata-ratanya adalah yang telah beralih kepada kemudahan digital.

KINI entahlah apa yang hendak diramal dengan munculnya telefon berasaskan Internet atau IP Telephony. Adakah syarikat telekomunikasi yang berasaskan telefon tradisional ini akan bungkus dengan munculnya IP telephony yang murah (kadang-kadang percuma), canggih, mudah guna, mesra pengguna dan serba-serbinya ada?.


Hai belalang.... oh belalang....

No comments: