Labels

Wednesday, October 26, 2005

LUMBA FOTO MALAYSIA-JEPUN

ANDA nak hadiah?. Khabarnya Beberapa biji kamera digital dan yang sewaktu dengannya akan didermakan. Jika berminat, bolehlah baca seterusnya:-

JICA Alumni Malaysia bercadang untuk mengadakan satu "Lumba Foto" untuk sesiapa sahaja.. HADIAH menarik akan disediakan kpd pemenang. Jadi..... masa anda balik kampung beraya nanti, 'tangkaplah' gambar banyak-banyak. Pergilah ke Taman Jepun. Suruhalah anak sedara pakai kimono. Masaklah tempura. Pakailah Yukata yg mak angkat bagi. Ambil gambar banyak-banyak. Atau......... carilah semula album lama semasa anda di Jepun....... mana2 yg cun tu, hantarkan kepada kami, mana tau anda berpeluang mendapat digital kamera baru sebagai hadiah!. Oh ya.... bagi yang dah berada di Jepun tu, lagilah senang... fotokan saja apa-apa gambar di sana yang ada kaitan dengan "Malaysia-Jepun":-


PERTANDINGAN LUMBA FOTO myJICA


Syarat-syaratnya

1. Foto mestilah mempunyai tema "Malaysia-Jepun", khususnya kerjasama (teknikal, budaya, pelajaran, ekonomi dll) Jepun-Malaysia. Foto boleh diambil di Jepun atau di Malaysia atau di mana-mana sahaja. Alaa…. Bukannya susah, kat Malaysiapun ada taman Jepun, ada orang pakai kimono di Malaysia, ada gadis Jepun pakai kain batik dan macam-macam lagilah.

  1. Foto mestilah mempunyai pixel yang mencukupi untuk kelihatan jelas pada cetakan kertas A4.

  1. Foto-foto boleh dihantar melalui e-mel myjica@gmail.com ATAU dalam CD (format yang boleh dibaca oleh PC) ke alamat:


myJICA – Pejabat JICA Malaysia.
Suite 29.03, Level 29, Menara Citibank, 165 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

4. Foto hendaklah asli. Bukan dicuri.

5. Foto hendaklah beradab sopan. Gambar bogel tidak diterima.

6. Admin berhak menyingkir mana-mana foto yang tidak bersopan.

7. Tiada had maksima penghantaran foto. Peserta boleh menyertakan seberapa banyak foto yang diingini. Walau bagaimanapun setiap peserta hanya berhak memenangi tidak lebih dari satu hadiah sahaja.

8. Foto yang keterlaluan penyuntingan via photoshop (atau apa-apa perisian) akan ditolak. Kami tidak mahu gambar Siti disuperimpose dengan kepala arnab.

  1. Foto tidak boleh dilukis atau ditulis atau ditanda dengan sebarang nama atau hak cipta. Anda masih mempunyai hakcipta terhadap foto anda, walau bagaimanapun myJICA adalah berhak untuk menggunakan foto ini bagi apa-apa tujuan bukan komersial.

  1. Foto yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

  2. Tarikh akhir penerimaan foto ialah 30 November 2005
  3. Foto-foto yang diterima akan disaring untuk menilai tema kejepunannya. Setelah itu ia akan diserahkan kepada panel hakim untuk memilih pemenang. Keputusan hakim adalah muktamad.
  4. Hadiah-hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga serta sepuluh hadiah saguhati akan diberikan kepada misteri: (Dari puji-pujian hinggalah ke tambang pergi balik ke Jepun). Terpulang kepada penaja.
  5. Setiap penyertaan mestilah diikuti dgn: Tajuk Foto.

nota: Sebahagian daripada peraturan ini diambil dengan sengaja dari 'lumba foto' GEJU.

No comments: