Saturday, May 02, 2015
BUKU BASIKAL UNTUK DIBAWA KE KOREA
HARI ini saya akan mengambil beberapa buah buku Pedalling Around The Penisula dari rumah penulisnya. Buku ini akan saya bawa ke Korea Selatan untuk dipromosikan bersama Kota Buku.
Penulis buku ini, Sandra loh bersetuju untuk bersama-sama MobileBookCafe (MBC) hadir ke SMK Seri Garing pada 6 Mei untuk sesi bersama pelajar.
Tentunya menarik.
Friday, May 01, 2015
BUKU BASIKAL
SUDAH agak lama juga saya tidak baca dan habiskan membaca buku dengan sekali hadap sahaja.
Semalam beli buku Advantura Pulang Ke Malaya di PBAKL. Hari ini baca dan habiskan pembacaannya.
Thursday, April 09, 2015
BAGAIMANA MENARIK MURID BELI BUKU?
DALAM entri yang terdahulu, saya tekankan betapa pentingnya flyers atau senarai buku. Ia perlu diedarkan kepada murid untuk ditunjukkan kepada ibu bapa. Ibu bapa kemudiannya melihat senarai buku tersebut dan jika berkenan, mereka akan berikan duit kepada anak mereka untuk membeli buku.
Saya fikir flyers masih lagi releven.
Walau bagaimanapun ada juga sekolah yang tidak mahu flyers. Pihak sekolah tidak mahu dilihat oleh ibu-bapa sebagai bersekongkol dengan pihak penjual dalam menjual buku. Di sini, kos penghasilan flyers dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun bagaimana dengan jualan?. Ada yang OK. Maknanya ada faktor lain selain flyers.
Mungkin harga?.
Sekali-sekala Puan Ainon tercuit dan mencuit, ha... itu dia ratusan pembaca dapat dikumpulkan.
Saturday, April 04, 2015
PEJABAT ATAU RUMAH ?
SEKARANG saya tercari-cari ruang pejabat untuk dibeli. Beberapa buah pejabat dilihat dan kebanyakannya tidak berkenan sebab ruangnya sempit. Harganya pula boleh tahan.
Kemudian saya terfikir, lebih baik saya beli rumah dan buat pejabat dari rumah tersebut. Saya bukan ingin jual barang. Saya bukan perlu orang ramai datang ke pejabat/kedai tersebut. Ia sekadar sebuah tempat pertemuan para pekerja, rakan bisnes dan juga rakan-rakan. Ia tidak akan mengganggu jiran-jiran dengan aktiviti sedemikian. Rasa-rasanya ia tidak menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan (rasanyalah).
Setelah pulang dari Dusun Buku, ia itu sebuah perpustakaan persendirian di Kuala Terengganu, saya berpendapat rumah yang bakal saya beli itu boleh juga dijadikan perpustakaan. Ia boleh digunakan oleh penduduk taman tersebut untuk memenefaatkannya.
Setelah pulang dari Studio Cenderawasih di Kuantan, saya terfikir, mengapa tidak rumah atau pejabat atau perpustakaan yang akan saya buat itu nanti menjadi tempat karyawan bertemu dan bertamu?.
Cool rasanya ...

Selfie di Studio Cenderawasih, Kuantan
Tempat pelukis berkarya di Studio Cenderawasih.
Sepuluh ekar terlalu mewah dan tidak mungkin dapat saya sediakan.
Pekan Buku. Perpustakaan persendirian di Kuala Terengganu.
Thursday, March 12, 2015
SUDAH ADA FB, KENAPA PERLU TERUSKAN BLOG?
[Saya Sudah Ada Facebook, Kenapa Perlu Buat Blog?]
“Tiada siapa komen pun!”
“Malaslah mahu post di blog, kena masuk dashboard. Facebook boleh terus post di hujung jari.”
“Buat blog mahal, kena keluar duit untuk domain dan hosting.”
“Siapa yang baca blog zaman sekarang ni?”
“Saya tak tahu bagaimana nak setup blog”
Alasan, Malasan!
Bila dicadangkan buat blog untuk marketing, macam-macam alasan yang keluar. Kemudian beberapa bulan kemudian datang balik kata sudah susah dapat pelanggan melalui Facebook. Keluar duit beribu-ribu untuk FB Ads pun tidak balik modal. Set target audiens Kuala Lumpur pun banyak like palsu.
Pertama-tama, sedarlah bahawa kita sebenarnya menumpang sahaja di Facebook. Ibarat penjaja kecil yang meniaga di tanah kosong milik orang. Kita memang tak keluar sebarang duit sewa tetapi bila-bila masa sahaja kita boleh disekat, diganggu gugat dan akhirnya dihalau keluar begitu sahaja.
Facebook Yang Semakin Memeras & Menghimpit
Dahulu setiap post dari profil Facebook kita dibaca setiap friend. Begitu juga dengan post dari FB Page, reach setiap post adalah 100%. Asalkan orang tersebut sudah like page sudah pasti dapat post dari kita. Kemudian makin ramai orang menggunakan Facebook. Pada awalnya purata jumlah friend adalah sekitar 200 orang, kini sudah jadi 1000 orang.
Bila sudah 1000 orang, Newsfeed sudah terlalu semak untuk memaparkan semua update dari friend dan page. Maka algorithm mula dipasang untuk menapis dan memaparkan post yang paling relevan untuk anda.
Kemudian Facebook disenaraikan di bursa saham dan memecah rekod IPO. Sekarang mereka mempunyai ramai pelabur yang mahu pulangan segera. Mark Zuckerberg dan kawan-kawan ditekan untuk pantas membawa keuntungan. Jadi cara paling senang adalah dengan mengenakan bayaran untuk perkara yang selama ini percuma. Sebab itulah adanya boost post untuk meningkatkan reach setiap post dari FB Page.
Bina Blog = Bina Aset
Marketing di Facebook ni macam memancing, memang dapat cepat tapi hari-hari kena buat. Buat blog pula macam bina kolam ikan, memang lambat dapat hasil tapi bila sudah beroperasi hasil berpanjangan.
Facebook cenderung menaikkan konten terkini dan sensasi kepada para pengguna. Search engine pula akan cenderung untuk menaikkan konten yang sudah matang, banyak dibaca dan menerima link dari website lain. Inilah sebabnya Facebook perlu dijaga hari-hari tetapi blog boleh dibiarkan bila sudah matang.
Oleh kerana blog adalah aset milik anda, maka anda boleh save segala posting yang sudah anda tulis dan bawa ke platform lain. Kebanyakan platform blog utama seperti Blogspot dan WordPress mempunyai fungsi Import dan Eksport posting yang mudah. Facebook memang bagi anda download data anda tetapi apa social network lain yang boleh proses data tersebut?
Blog adalah tapak anda sendiri, jadi macam-macam boleh dibuat. Konten lebih teratur dan anda boleh memandu pengunjung untuk mengikuti susunan maklumat tertentu. Perkara ini dibuat supaya mereka faham betul apa yang anda hendak sampaikan. Kalau di Facebook nasiblah mereka hanya nampak posting-posting terkini anda sahaja.
Blog = Cari Pakar | Facebook = Cari Kawan
Audiens blog betul-betul mencari apa yang anda perkatakan. Mereka mencari maklumat, bukannya baca sebab mereka sekadar kenal anda. Bezanya seperti cari anda sebab anda pakar dan bukannya layan anda gebang sebab mereka kawan anda. Tulis blog adalah seperti menulis buku sedikit demi sedikit. Bikin heboh di Facebook pula ibarat sembang di kedai kopi sahaja.
Tak salah sembang di kedai kopi, kadang-kadang boleh juga jual produk anda atau dapat projek. Namun selalunya anda akan dapat menjual produk jika betul-betul mempromosi di kedai. Dapat projek pula kalau betul-betul pergi pitching depan klien.
Blog boleh berfungsi seperti kedai yang berdiri sendiri dan bukannya satu dari berjuta-juta dalam pasar malam infiniti yang bernama Facebook. Bukankah orang lebih yakin beli di kedai berbanding di tepi jalan.
Sekiranya anda menawarkan khidmat profesional, blog boleh jadi duta yang menjual kepakaran anda kepada prospek-prospek klien. Duta yang kerja 24 jam tanpa rehat!
Untuk Mereka Yang Komited Sahaja
Namun ini bukan untuk semua orang. Blog bukan untuk buat duit cepat tetapi untuk buat duit lama. Juga bukan untuk cepat popular tetapi untuk membina reputasi.
Bersedia untuk melaburkan masa dan usaha membina aset marketing?
Jika belum ada blog sendiri, daftar percuma di Blogspot.com kemudian reply email ini dan berikan alamat blog anda.

Dalam minggu-minggu yang akan datang saya akan berikan panduan apa yang patut ditulis di blog.
Wassalam
Firdaus Ariff
Sunday, March 01, 2015
MOBILEBOOKCAFE (MBC) DI DATARAN MERDEKA
SEMALAM dan hari ini, MBC berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Kami menyertai Buku & Bazar anjuran Perbadanan KotaBuku.
Lokasi MBC ialah di hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur.
Jelas kelihatan Bandaraya Kuala Lumpur
Buku-buku kami
Perpustakaan Kuala Lumpur
Lokasi strategik. Teduh. Hampir dengan gerai makan-minum. Santai.
Jiran kami, Penerbit Adiwarna.
Santai sahaja jual buku dari van. Sesiapapun boleh lakukan begini. Mahu?.
Saturday, February 21, 2015
MBA & MBC KEMBALI KE SEKOLAH
1. Dalam siri jelajah MBC ke Kemaman, kami dijemput ke SESMA di Kuala Terengganu. Oleh itu kami tambah lagi seminngu jelajah ini bagi tujuan itu. Di SESMA, saya dijemput sebagai perasmi NILAM dan juga penamaan semula Perpustakaan SESMA.
Bersama Puan Pengerua dan staf SESMA di Dewan SESMA
Bertukar-tukar hadiah antara MBC dan SESMA. MBC hadiahkan RM1000 buku kepada SESMA.
Wah..... wajah saya bersama Puan Pengetua pada banting pelancaran....
Merenung masa silam di SESMA
Acara potong riben di Perpustakaan SESMA
Friday, February 20, 2015
MBC BALIK KAMPUNG & KEMBALI KE SEKOLAH
1. Semasa di Kuantan, tim MBC terjumpa Cikgu Hamzah yang memberi ceramah di SMA al-Falah. Beliau menjemput MBC datang ke rumah beliau di Kuala Terengganu. Beliau akan berikan RM2,000 kepada MBC dan akan menjemput guru-guru dari sekolah lama beliau supaya pilih buku dari MBC.
Rumah Cikgu Hamzah di Padang Miding
Cikgu Hamzah (tengah)
Cikgu2 sedang pilih buku.
.... Bersambung
Thursday, February 19, 2015
LAWATAN MOBILEBOOKCAFE KE TERENGGANU I
KAMI menerima jemputan daripada 20 buah sekolah sepanjang bulan Februari 2015. Ini bermakna kami perlu berada di Terengganu selama sebulan. Ia itu 5 sekolah seminggu. Ia sangat mencabar walaupun belum bermula. Akibat bangjir besar yang melanda Pantai Timur, akhirnya bilangan sekolah tinggal 10 sahaja. Dua minggu dilihat munasabah.
Jadual diatur dan berlaku sedikit pindaan di sana sini.
+ Ada pengetua yang tidak benarkan jualan buku diadakan. Hanya aktiviti untuk pelajar sahaja.
+ Ada sekolah yang peruntukkan 2 jam sahaja. 1 jam aktiviti dan 1 jam jualan
+ Ada sekolah yang anggap MBC adalah perpustakaan bergerak dan tidak benarkan jualan diadakan
Kesemuanya kami tolak dan sekolah dicarikan sekolah lain sebagai ganti. Memandangkan Terengganu cuti pada hari Jumaat, maka setiap Jumaat kami ke sekolah di Kuantan.
Kawasan berbumbung. Bagusnya.
Riang ria bersama MBC
Jom bergambar dengan MBC
Bersama Penulis yang kami bawakan khas.
Suasana yang sangat kondusif
Pelajar
| SMK Mak Lagam | 466 | ||
| SMK Bukit Kuang | 514 | ||
| SK Seri Jaya | 517 | ||
| SMA AlFalah | 1200 | ||
| SMJ Tg Lumpur | 837 | ||
| SMK Banggol | 554 | ||
| SMK Cukai | 1000 | ||
| SK Rantau Petronas | 528 | ||
| SK Seri Iman | 856 | ||
| SK Fakeh | 1200 | ||
| SESMA | 500 | ||
| SK Bukit Sekilau | 885 | ||
Wednesday, January 14, 2015
BOOKMOBILE @BUKU BERGERAK
TERINGIN sekali ronda-ronda negara sendiri sambil santai sambil berbakti sambil buat duit. Pergi dari satu sekolah ke satu sekolah di setiap ceruk. Buat program & aktiviti. Jual buku dan menginap dalam bas sendiri. Ia sebuah bas. Ia sebuah kedai buku. Ia sebuah pejabat. Ia juga tempat tidur.
Inilah rupa bas. Tidak besar sangat. Ala-ala bas mini sahaja.
Suasana sebalah dalam. Ofis, kedai buku dan Zzzzzzz
Van ini bagi versi yang lebih kecil. Comel juga.
Bahagian belakang van. Sarat dengan rak buku. Semak. Tiada lagi ruang.
Suasana dalam. Masih menarik.
Ini jika guna lori.
Tuesday, January 13, 2015
MOBILEBOOKCAFE (MBC) DALAM MALAYSIA HARI INI TV3
SAYA mendapat panggilan dari penerbit MHI semasa saya berada di Singapura. Meminta supaya kami hadir ke studio MHI pada hari Rabu (panggilan dibuat pada hari isnin). Saya tidak membuat sebarang pengesahan dan berjanji akan telefon semula. Dalam perjalanan pulang ke Kajang, saya singgah di Rembau. Menghantar pesanan buku di sekolah di sana. Beberapa panggilan rindu (miss call ;) diterima. Akhirnya penerbit tersebut membuat panggilan kepada rakan-kongsi saya, sdra Azam.
Beberapa tarikh dicadangkan dan dipinda kerana beberapa agenda mustahak dan segera yang perlu didahulukan. Saya juga demam, batuk dan sakit kepala yang amat sangat. Akhirnya tanggal 9 Jan (Jumaat) kami muncul di TV3 dalam hujan renyai.
Subscribe to:
Posts (Atom)