Labels

Sunday, April 21, 2019

KENDURI KAHWIN ORANG MELAYU ZAMAN AKAN DATANG

1. Kenduri kahwin orang Melayu sudah mula berubah dari dulu hingga sekarang. Dulu kenduri di rumah dan jemputan saudara-mara dan jiran dekat sahaja.  Jamuan dulu dimasak secara gotong royong. Kini kenduri dibuat di dewan atau hotel. Jika buat di rumahpun masakannya ditempah dari katerer.

2. Dulu jempu sendiri atau wakil guna mulut. Kemudian guna kad. Sekarang jeputan sudah guna e-kad atau whatsapp sahaja.

3. Dulu jemputan seribu, kini masih seribu (atau beribu). Dulu tumbang seekor-dua lembu atau kerbau. Sekarang melayang 50-60 ribu ringgit.

4. Kenduri sekarang ialah tempat kawan-kawan bertemu. Sungguh pun begitu, biasanya banyak halangan berlaku seperti banyaknya kenduri pada tarikh yang sama dan jalan raya yang sesak. Jem.

5. Saya fikir, pada masa hadapan orang Melayu akan buat kenduri kahwin di alam maya sahaja. Buat live. Masing2 makan sendiri di rumah atau lokasi masing-masing. Pengantin dan keluarga mereka di lokasi lain. Buat live wedding. Makan. Ucap selamat. Bergambar bagai.

Itu agakan saya sahaja lah .....  banyak yg boleh jimat!.


No comments: