Labels

Saturday, December 09, 2017

PASAR BUKU BANGI (PABUBA)

HARI ini kami semua seisi pejabat sertai PABUBA. Sebenarnya penganjur telah hubungi kami supaya buat aktiviti di PABUBA ini. Mula-mula saya terfikir untuk bawa Uneh, Raja Pensil Warna. Lepas itu dia sudah ada komitmen lain, maka saya tukar pelan. Beri cadangan Blind Date With A Book kepada penganjur. Mereka setuju dan sanggup dermakan 200 buku bagi tujuan tersebut. Kami caj RM1 untuk seorang peserta untuk maksima 200 penyertaan. Selepas itu eSastera pula bersetuju untyuk sumbangkan beberapa lagu dari GLP (Grup Lagu Puisi).

Beberapa hari jugalah kami buat persediaan. Budak-budaj intern kat sini semua boleh diharap. Beri arahan ringkaskan mereka boleh buat. Hendak seribu daya kan!. Mereka balut buku, buat poster, sediakan hadiah, bahagi-bahagi tugas dan lain-lain lagilah.

Bila tiba masa nak pergi, Hmmmm kereta Dayah meragam. Jadi 6 orang kena naik satu kereta. Macamana ekk?. Jika jauh naya juga,  nasib baik Kajang-Bangi itu berjiran. Dengan tidak semena-mena Azreen tawarkan diri untuk duduk belakang. "Sebenarnya saya suka duduk belakang". Memang powerlah anak askar ni. Adik askar juga dan anggota wata (wataniah) juga. Power !.

Tiba di PABUBA, En. Halim sudah ada di sana. Penjual tidak berapa ramai hari ini. Sebelah atas agak ramai juga di pesta buku lelong. Intern dibantu boleh Faiz siapakan meja jualan, susun buku dan apa-apa kerja yang patut. Selepas itu pakai maskot untuk menarik pengunjung. Is juga tiba untuk menjayakan Blind Date.

Penjual tidak banyak. Pengunjung tidak ramai, maka Blind Date juga tidak dapat sambutan seperti mana persediaan yang dibuat. Penulis yang janji nak datang ambil buku sendiripun tidak muncul. Hijas dari GLP menyanyikan tiga buah lagu puisi. Bagus suaranya. Selepas Hijas selesai menyanyi, kerusi-kerusi disusun untuk forum pula. Hajatnya selepas berakhir forum, hendak diteruskan dengan Blind Date pula. Walau bagaimanapun sampai ke sudah, forum tidak ada. Sebenarnya ia dibuat di atas. Maka kami teruskan Blind Date di bawah. Adalah satu famili yang ambil bahagian.

Jikalah (saya rezabkan yang inilah).

maskot

intern semua






Poster-poster yang kami buat dan war-war kan

"Ini adalah sebahagian daripada buku yg akan diberikan dengan bayaran hanya RM1 sahaja. Hanya pada 9 Disember 2017 (Sabtu). Cara nya? Pergi ke Pasar Buku Bangi (PABUBA). Dari jam 10-11am, MBC akan adakah aktiviti Blind Date With A Book. Dengan bayaran RM1, peserta akan dapat buku2 ini secara PERCUMA. Terhad 200 peserta pertama.

Blind Date ini sesuai untuk seisi keluarga. Kami akan pilih buku yg bersesuaian dengan usia peserta."

Hijas dari GLP sedang menyanyi

En. halim tekun di MBC




No comments: