Labels

Thursday, August 22, 2013

PERJALANAN KE JEPUN: SYUKUR DAPAT MEMBANTU


Terima kasih Encik MBA.

Percutian kali ini sangat seronok walaupun kami berdepan dengan beberapa keadaan yang sukar memang lumrah bercuti ke negara orang. Kami sempat menaiki shinkansen dari Tokyo kami pergi ke tempat yang paling jauh sekali iaitu Kobe kemudian ke Kyoto dan Osaka seterusnya ke Yokohama dan balik semula dalam masa satu hari. Kami mulakan perjalanan seawal 6am dan balik ke Tokyo sebelum pukul 12am.

Cuma yang sedikit kekurangan kami tidak sempat ke Mount Fuji kerana berlaku salah faham komunikasi menyebabkan kami tidak dapat sampai ke sana.Tinggal satu perhentian lagi tetapi kami tertidur dan silap turun ke fujikland akhirnya kami sepakat untuk terus ke Gotemba outlet dan kembali ke Tokyo untuk berlepas balik Malaysia. InsyaAllah ada rezeki kami akan kembali untuk melihat Mount Fuji.

Selain itu,kami banyak menggunakan JR Line kerana ianya percuma. Saya dan suami sempat singgah di Asakusa,Shinjuku-Shibuya,Odaiba-palette town,ferris wheel,toyota etc, Ueno, Harajuku, Ginza dan lain-lain.

Terima kasih sekali lagi kerana membantu.



gambar hiasan: Promosi BUku Travelog Jepun

2 comments:

Anonymous said...

Saya bakal melancong ke jepun pada bulan disember ini. Tp sy tidak mempunyai kenalan atau ilmu tentang negara jepun. Boleh beri sy sedikit maklumat/tips tentang kemana sy perlu melawat dan bagaimana?

muhamadbinali san said...

Salam,

Saya perlu tahu tarikh pergi dan tarikh pulang, berapa orang supaya senang menyediakan itinerari.

boleh hubungi saya di mba4ever@gmail.com

Terima kasih.