SAYA kerap memerhatikan delegasi Jepun apabila mereka hadir mesyuarat. Mereka akan hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan. Dalam mesyuarat mereka akan duduk mengikut keutamaan kekananan. Kecualilah jika tempat mesyuarat telah ditandakan dengan nama.
Semasa mesyuarat berjalan, pegawai paling senior atau ketua delegasi akan bercakap. Pegawai junior tidak akan bercakap ataupun menjawab soalan. Jika ada pun jawapan kepada soalan, ia akan diberikan kepada pegawai senior. Lainlah jika pegawai senior yang minta dia yang menjawab.
Walau pun pegawai senior cakap salah, pegawai junior tidak akan membetulkannya di dalam mesyuarat. barangkali setelah habis mesyuarat dan dibuat post-mortem baharulah mereka bersuara. Agaknya.
Akan tetapi lain sekali halnya dengan pegawai Malaysia. Susunan tempat duduk, masih OK lagi. Apabila tiba bab bercakap, pegawai junior tidak akan melepaskan peluangnya untuk bercakap bagi pihak delegasi. Kadang kala apa yang dicakap itu tidak semestinya betul pun ...
No comments:
Post a Comment