Thursday, July 26, 2012
BUDAK BAIK KENA MARAH
SEMENJAK kecil lagi saya memang seorang budak yang baik. Pujian kepada diri sendiri ini adalah sangat berasas dan ada testimonialnya. Jika budak-budak ingin bermain dan berpergian, emak mereka akan memberi kebenaran sekiranya mereka bermain dan berpergian dengan saya. Kadang-kala nama saya disalah gunakan oleh budak-budak yang tidak bertanggungjawab.
Baik dalam dunia kanak-kanak bermakna, saya bangkit sendiri di waktu pagi. Pergi mandi, berpakaian dan bersiap-siap untuk ke sekolah tanpa disuruh. Pulang dari sekolah, beg disimpan rapi. Pakaian sekolah direndam untuk dibasuh sendiri. Selepas mandi dan makan, saya telah bersiap-siap untuk pergi mengaji. Semuanya dilakukan secara automatik.
Saya mesti pulang ke rumah sebelum Maghrib. Tidak keluar di malam hari dan tidur awal.
Cukup baik bagi kategori budak. Saya tidak perlu disuruh setiap hari untuk melakukan rutin harian. Apatah lagi jika dimarah. Tidak perlu semua itu. Ini bukan bermakna saya tidak pernah kena marah. Budak baik pun ada kalanya juga buat salah dan kena marah. Itu memang hakikat hidup. Jika kita buat salah, kita kena marah.
Tapi kini...... saya kena marah pada setiap hari dan atas perkara yang 'tidak salah' sama sekali...
Hari ini saya cuti sebab kepala sakit berdenyut-denyut...
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment