Labels

Tuesday, May 15, 2012

BERAS HADIAH UNTUK BESAN JEPUN

Ini contoh teknik marketing yang kreatif dari syarikat beras Jepun, Yosimiya. Produk beras Yosimiya dibungkus dengan gambar bayi, berserta nama dan tarikh lahir. Bentuk plastik beras ni pun comel sangat, hampir-hampir sama dengan badan bayi yang berselimut. Yang menambah kecomelannya, berat beras ini betul-betul sama dengan berat bayi yang di dalam gambar. Bayangkan kalau kita beli dan peluk beras ni, betul-betul rasa macam kita sedang dukung bayi ini. Comel, kan?

Idea ini muncul, bila marketer team Yosimiya mengkaji macam mana orang beli dan bawa beras. Rupanya majoriti orang Jepun tidak pikul beras di bahu. Mereka peluk beras tu, tanpa diletakkan ke dalam troli, kerana mereka 'hormat' kepada beras=nasi. Sebab itulah mereka sebut beras sebagai お米 (Okome). O+kome = O+beras. O itu adalah tanda hormat.
-- Dari FB https://www.facebook.com/JomContohiJepun


Sebelum saya melawat besan saya di Jepun, saya tertanya-tanya "apakah buah tangan yang paling baik untuk diberikan?".

Seorang sahabat saya, Jubey Yanaiki memberikan cadangan supaya saya hadiahkan beras. Beras itu hendaklah sama beratnya dengan menantu saya sewaktu bayi. Contohnya jika ia dilahirkan seberat 3.3kg, maka belilah beras seberat itu juga untuk dihadiahkan kepada besan. Kelak, emak dia akan memeluk beras tersebut dengan rasa terharu apabila mengingatkan anaknya yang telah dilepaskan.

Sungguh menarik adat ini. Saya bertanya kepada rakan-rakan Jepun, kebanyakannya tidak mengetahui atau tidak pernah mendengar mengenai perkara ini. Jepun moden!.

Kedai-kedai di Jepun http://www.yosimiya.com/ ada menyediakan beras ini, lengkap dengan gambar baby. Kita boleh membuat tempahan. Oleh itu saya menyuruh anak saya buat tempahan dan ia telah dihantar ke pejabat pos di Kobe untuk diambil pada keesokan hariny


a.

No comments: