Labels

Monday, February 28, 2011

GRAMAFONE


SEMALAM saya ke Armcorp Mall, Petaling Jaya untuk melihat jualan barangan antik. Ia dibuka setiap Ahad.

Ramai betul penjual di sini. Barangkali ada penjual yang tidak mendapat sebarang hasil jualanpun sepanjang hari. Namun semangat dan barangkali hobi mereka untuk berniaga, begitu kuat sekali. Saya terfikir.... alangkah elok jika barangan antik begini dijual melalui kedai on-line sahaja. Pasarannya ke seluruh dunia dan tidak perlu berpenat lelah mengangkat, mengatur dan menunggu barang dibeli.

Gramafone, ia itu barang yang menjadi idaman isteri saya semenjak sekian lama, akhirnya bertukar tangan dengan harga kurang seribu ringgit. Gramafone ini saya lihat beberapa kali di London dan Reading, UK. Harganya jauh lebih mahal berbanding di sini. Seperkara lagi, aia agak sukar untuk dibawa pulang jika dibeli dari luar negara.

4 comments:

Anonymous said...

MBA San ... Gramophone tu masih berfungsi ?

mba2u said...

masih berfungsi dengan baik.

Anonymous said...

Bagus tu... nanti boleh jadikan prop untuk aktiviti aktiviti JICA ke PERJASA ke MOH ke .... ttg evolusi ...

Anonymous said...

nanti jaga elok2 ya, lap selalu mahal tu RM1000.

Kadang manusia terlupa menyediakan sebanyak-banyak bekalan untuk akhiratnya.. Rezeki yang banyak tidak digunakan untuk kehidupan yang kekal nanti.