Labels

Wednesday, February 18, 2009

SAYA DISERANG LAGI


SETELAH sekian lama berada dalam zon selesa, kini saya diserang lagi dan terus GO OUT. Petang semalam, pelipatan sebelah kiri terasa sengal dan saya sudah mengetahui serangan datang lagi. Malam tadi dia mula berdenyut dan pagi tadi satu suntikan penahan sakit diberikan. Alhamdulillah bolehlah bertahan untuk melawannya.

Ramai orang berkata bahawa gout adalah penyakit orang kaya. Raja segala penyakit dan penyakit raja-raja. Kononnya sebab makan yang sedap-sedap dan berlebihan protin, sebab itu dapat sakit. Semuanya saya nafikan, sebabnya saya tidak begitu. Latarbelakang saya tidak langsung sedemikian. Namun tadi saya temui satu pernyataan baru mengenai penyakit ini. Badan terlalu gemuk (obes), banyak minum minuman keras dan tidak cukup makanan dari segi kuantiti dan kualitinya. Saya tidak obes dan saya tidak minum arak. Apa yang tinggal ialah .... tidak cukup makan dari segi kuantiti dan kualiti. Ini saya akui sangat. [Saya akan menulis secara panjang lebar dan tanpa berselindung akan kehidupan silam saya dalam sebuah jibunsyi nanti]

Jadi sekarang adalah masa untuk berehat dan GO OUT ..... gara-gara gout.


Gout dari Wikipedia:
The high levels of uric acid in the blood are caused by protein rich
foods. Alcohol intake often causes acute attacks of gout and
hereditary factors may contribute to the elevation of uric acid, e.g.
inborn errors of purine-pyrimidine metabolism. Typically, persons with
gout are obese, predisposed to diabetes and hypertension, and at
higher risk of heart disease. Gout is more common in affluent
societies due to a diet rich in proteins, fat, and alcohol. It is not
rare, however, to find gout among the poorer classes, who drink large
quantities of malt liquors, and whose food is insufficient in quantity
and quality. This is known as "poor man's" gout.

3 comments:

Unknown said...

Salam,

Selamt berehat & Moga segera sembuh.

Alhamdulillah, saya dah lama juga tak kena serang. Setahun ada, rasanya.

Apapun, painkiller sentiasa ada di rumah dan dalam beg. Jika sendi mula rasa sengal-sengal saya akan telan du biji indomethacine.


Hanya pengidap gout yang tahu betapa siksanya... :)

mba2u said...

TQ Jiwa Rasa.

Anonymous said...

betul tuh.. bila kena serang perghh tuhan jek yang tau macamano sakitnya. saya pon dah lama tak kena serang.