Labels

Saturday, February 28, 2009

KAYUHAN GAZA : PCM TERAKHIR





Date: 27 February 2009
Venue: Palace of Justice
Meeting time: 8.30 PM SHAAAAAAAAAAAAAAAAARP!
Ride time: 9.00 PM

Distance: About 20km
Ride speed: 15-25km/h

Apakah maknanya "sharp"?.
8.30pm tidak ada seorangpun di POJ. Pihak penganjurpun tiba selepas jam 9pm. Sharp?.
Dipendekkan cerita, PCM kali ini (sama seperti yang dulu-dulu juga), hanya bermula selepas jam 10pm. Jika begitu elok sangatlah ubah sahaja waktu, kepada berkumpul 9.30pm dan berkayuh 10pm. Dulu memang sudah elok mengapa ditukar menjadi lebih awal?. Jika 9.30 dan 10, bukankah sempat kita solat Isya terlebih dahulu?.

PCM kali ke-11 barangkali adalah merupakan PCM terakhir untuk saya sekiranya pihak penganjur masih tidak mampu untuk menggunakan jam. Mengapa lewat? Siapa yang kita tunggu?. Jika memang sudah dijangka lewat (sudah 10 kali, malam tadi kali ke-11), mengapa masih mempercepatkan waktu?.

Malam tadi juga menyaksikan beberapa orang basikalis pulang ke rumah sebaik sahaja PCM bermula ...

11 comments:

Cat Cat said...

That's the trend in Malaysia lah... Always not on time - LAMBAT... Lain kali cakap dengan penganjur jika nak start 8 pm sharp, kena berkumpul pukul 6pm.

Mr Apam said...

salam...
hahaha.....biasa lah tu...dh jd trend dh pon kt mana2 events di m'sia..baik sekolah..universiti...government punya events pon sama jer...

tp bagus jugak..ada kesedaran sivik utk join activity ni...

Daoh Darko said...

Salam MBA,
Saya bagi pihak PCM, ingin meminta maaf kalau tuan agak kecewa kerana kelewatan PCM.

Tapi saya harus nyatakan di sini niat saya letakkan pukul 8.30pm bukan lagi 9.00pm.

Kalau saya letak 9pm orang datang 9.30pm. Kalau saya letak 8.30pm saya berharap orang dapat hadir selewat-lewatnya 9pm. Dan seterusnya saya berharap kita boleh mulakan PCM seawal mungkin.

Saya tidak pernah bermimpi PCM akan menjadi sebegini besar. Tapi saya sangat terharu dan tangan terbuka menerima sebanyak mana pun cyclists yang ingin terus datang ke PCM. Biarpun 2 orang sahaja yang datang saya suka dan seronok.

Tuan mesti ingat, sebesar mana pun sesuatu upacara tidak semua akan jadi sempurna. Saya sangat2 teringin mulakan ride ini secepat dan setepat masa yang mungkin. Ini benar2 luar kawalan saya dan kawan-kawan organiser saya.

Saya bukan ingin berkurang ajar atau berbalah dengan tuan, sesungguhnya saya selalu berterima kasih dengan sokongan PERs. Sekiranya saya menyinggung perasaan tuan, saya ingin meminta maaf kerana kelewatan saya hadir, kerana kelewatan PCM dan kata2 saya di sini dan semasa di PCM.

Untuk pengetahuan tuan, malam PCM saya baru saja pulang dari Sime Darby Medical Centre. Saya terlambat kerana isteri saya baru sahaja keguguran kandungan 3 bulan dan sesungguhnya saya berasa tanggungjawab terhadap PCM ini, saya tetap hadir untuk bersama2 cyclist yang lain dan sebaik mungkin bantu dalam ride PCM ini.

Sekali saya ingin meminta maaf.
Salam.

fat2fit_mum said...

I'd have to agree with MBA on this one. I work till late night, and for PCM, I had to take half day leave to attend. I rushed back from office, and immediately cycled out to be at the Dataran on time. I was actually late to meet the PERs at our RV at the mosque, but I understood it was my fault on being late, and therefore moved on to the Dataran meeting point.

I think the reason we inform people on the route, is so that latecomers can catch up. The problem with consistently not starting on time, leads to people having the perception that each and every PCM will not start on time.

When I joined my first PCM in January, I was worried that I'd be late, but I was told PCM never starts on time anyway. And it was true. How disappointing for PCM to 'live up' to that standard.

Another suggestion I want to make is to assess the cylists' abilities prior to starting a ride. Get the beginners, children, and women to the front. The rest of the group should follow that pace. In that way, we can ride more in a critical mass that was intended. Half the fun is the camaraderie, and this is one of the strategies to promote the fun of cycling.

My humble opinion.

anthem3rider said...

Soal ketepatan 'masa berlepas' PCM, bagi saya ada perkara yang subjektif. Terlalu strict, akan menyaksikan ramai peserta akan tertinggal dan terlalu longgar akan menyebabkan komplen seperti ini akan timbul.

Bagi saya, walaupun ketepatan masa adalah penting, tetapi, memberi ruang untuk PCM terus hidup adalah lebih penting.

Ada peserta yang berhempas pulas cuba datang menyertai PCM walaupun terlewat. Tetapi jika kita terlalu tegas menyatakan PCM perlu dimulakan pada masa yang telah dijadualkan, ramai yang akan kecewa.

PCM kali ini sebenarnya bermula dan berakhir lebih awal dari mana-mana PCM yang pernah diadakan dan juga yang paling teratur dari sebelumnya.

Saya berharap MBA dapat 'menyemak' kembali keputusan tentang 'PCM Terakhir' dan memberi ruang dan juga peluang kepada PCM untuk terus hidup.

Daoh, sorry to hear about your wife. Sabar bro, setiap yang berlaku tu ada hikmah yang kita tak ketahui.

Anonymous said...

Hi,

Rilek lah brader2 semua. jangan penin2 sampaikan kita susah nak bergerak terus. Janganlah bersikap seperti kebanyakan orang yang setiap usaha belum lagi buat dah kata itu tak boleh ini tak boleh. Rileks...jangan buat gelabah macam mamat lagenda negeri melaka (dia kata dia lah legend pernah naik MTB pakai aero barlah..penaung kelab berbasikal Malaysia lah,..pengadil basikal lah). Balik balik pada topik ini. Benar pada daoh punya konsep letak awal supaya kesudahan dapat orang gerak lewat2 pukul 9..tapi seperti biasalah masyarakat kita dengan konsep "tidak apa". First things first...pegang pada prinsip. Kalo kata 9..9 lah jalan kerana hormatilah pada yang pegang pada janji. Tak perlulah nak tunggu sampai nak ada semua ada. Displin adalah kata kunci. Memang lah benar Mass ini bukan nak buat seperti perlumbaan tapi lebih pada keseronokan. Yang penting have fun. lagipun ini kan Mass..so route dah ada semua dah ada...9 jalan sambil santai...bukan ada 500usd pun siapa lewat or siapa jalan dulu or siapa tepat..rilek2..bak kata mamat besar lepak..ikut Koji 40-50 (sambil hembus rokok kat muka aku)....keep it ya..

Unholy Alliance

Anonymous said...

Hi,

Apa nak di susahkan.. cakap je starting ride from 9-10pm...dah nama pun mass. siapa nak jalan2 jalan lah. tapi jangan lah ngarut plak sampai kan 100 orang dah tunggu ada plak sorang cakap tunggu sorang kawan kat bangsar walhal jam dah pukul 1015...heheheeh...apa pun lu orang memang best ada jugak berkayuh dari basikal buat avatar and jadik pengadil...

Sharizan Shaari
Ampang

Anonymous said...

Assalamualaikum all,

This is my 2nd PCM. First one I arrived early so I can get parking spot and can be there on time for the roll-out. We started at 10pm, I thought it was OK considering Friday is a working day and some came from as far as Nilai, Gombak, Subang etc. after rushing from work, praying maghrib and loading stuff into the car.

Some who chose to pray isya' first will have only mere 15 mins to gear up and be ready. So '9pm sharp' may need to be re-visited. Maybe, maybe not.

Alternatively, the mass can be split into two groups, one will start at 9pm and the second batch to start at 9:30pm. Of course the second group will have one of the organizers to lead and make sure they catch up with the 1st group.

If there is a need for a 3rd group at 10pm for those who are super late, then a 3rd leader is appointed to lead. And being super late they need to be super fast.

The checkpoint systems in last PCM is good in making sure all 2 (or 3) groups are eventually able to merge and form the one big group when the ride ends.

Just my 2 cents. Bro MBA maybe can still join...

Ahmad Fairuz B. Abdul Aziz said...

salamualaikum,
buat tuan punya blog, izinkan saya mencelah. apa pun... saya ucapkan terima kasih diatas kesudian tuan untuk turut serta dengan aktiviti sihat yang dianjurkan oleh rakan kami.

perihal ketidak tepatan masa...
secara jujurnya saya bersetuju dengan pihak tuan tentang perkara ini, tetapi pada masa yang sama, saya kira ianya boleh dipandang sebelah mata. janganlah dipandang terlalu serius apetah lagi ianya sekadar masa beriadah dan melibatkan ramai orang dan janganlah ditunding pada pihak organizer sahaja, tetapi saya harap ada ruang yang boleh diberi pada mereka terutamanya yang bekerja jauh dari kawasan putrajaya dan juga warga kerja seperti saya, yang terpaksa menghambakan diri pada kerja untuk mendapat sedikit lebihan imbuhan pada setiap hujung bulan.

juga ambil faktor rakan kayuh yang berada jauh seperti dinilai, senawang, mantin dan sebagainya. apakah perasaan mereka yang datang dari jauh tetapi, tidak dapat bersama-sama kayuh dengan rakan PCM kita. setelah berjam-jam memandu dilebuhraya, menghabiskan sedikit wang untuk tol dan juga petrol, tetapi kesudahannya terpaksa berkayuh seorang diri atau mungkin dengan rakan2 kayuh mereka yang sama pada hujung minggu walupun pada dasarnya tujuan kedatangan itu adalah untuk merasakan suasana kayuha beramai-ramai atau untuk meramaikan lagi aktiviti kita.

tentang waktu solat, saya rasa janganlah dijadikan isu disini. kerana antara kita juga menjalankan amal ibadah yang sama dan tetap memberi sedikit masa untuk beriadah. dan saya juga hadir pada malam tersebut dan saya kira saya antara yang terawal kerana sampai jam 7.50pm di palace of justice dan sempat untuk menunaikan solat maghrib di masjid putrajaya. dan isyak dirumah selepas selesai beriadah. saya agak segan untuk membicarakan perihal takwa dan iman ini kerana saya tidaklah sewarak seperti sesetangah orang termasuk tuan empunya blog.

keputusan untuk kayuhan terakhir bersama pcm...
bergantung kepada tuan yang punya diri. kami tidak pernah menghalang bagi mereka yang ingin bersama, dan tidak pernah menghalau bagi mereka yang tidak ingin turut serta. keputusan ditangan individu. apa yang pasti, kami cuba untuk berkayuh bersama setelah 5 hari penat bekerja. dan objektifnya adalah satu. untuk memberi pendedahan kepada rakan kayuh yang lain terutama pada mereka yang biasanya berkayuh bersendirian atau pun rakan kayuh yang baru untuk mencari dan berjumpa rakan kayuh yang berada disekitar kawasan kediaman mahupun sekitar kawasan kerja mereka agar dapat kayuh bersama bagi meramaikan lagi aktiviti sihat ini.
saya mengambil senario diri saya sendiri, setelah 7 tahun tidak berkayuh dan ingin memulakannya semula... permulaan yang paling susah adalah mencari rakan kayuh bercampur dengan perasaan segan sewaktu ingin kayuh bersama dengan warga kayuh yang saya bertembung ditengah jalan. maklum sajalah, dengan prestasi fitness dan juga jentera kayuhan yang ditunggang agak jauh ketinggalan, ia merupkan sesutu yang sukar walaupun setinggi mana keinginan..

kesimpulan...
saya berharap, janganlah disebabkan perkara yang kecil dijadikan sesuatu yang besar. bagi yang tidak ingin bersama kami tiada halangan untuk tidak bersama, tetapi bagi yang ingin bersama... kami alu-alukan. saya tiada tujuan untuk bersikap defensive, kami mampu menerima sebarang comment tetapi biarlah comment itu diaju secara sopan dan bijak. setiap manusia ada hati dan perasaan. takut ianya disimpan didalam hati dan menjadi hasad. saya rasa perkara ini tidak perlulah saya uraikan lebih panjang kerasan tuan empunya blog agak tinggi ilmu dakwahnya. akhirkata... janganlah kerana sedikit hitam terpalit didinding putih, habis dinding dicat semula. jangalan kerana salah sedikit, terguris hati rakan kayuh kita. maaf kiranya coretan saya terlalu panjang dan jika tersinggung adanya. maaf jugalah yang saya pinta.

Wassalam.

flatfinger said...

read mine here

http://mba2u.blogspot.com/2009/03/putrajaya-e-riders-pers-vol-3.html

Taufik said...

MBA,

Kalau hang dah taknak join PCM, apa nak buat, tiada siapa boleh halang. Tapi aku akan terus join PCM.

:-p