Labels

Sunday, September 21, 2008

BAHASA KITA - BANGSA KITA


MALAM tadi saya melaksanakan tugas berbuka puasa dengan warga Jepun (yang tidak berpuasa). Demi tugas (yang ala-ala wajib), maka ibadah sunat tarawikh terpaksalah dikorbankan. Moga-moga sekali ini sahajalah di bulan Ramadan ini. Pada 1 Syawal saya bertugas lagi secara sukarela mengadakan rumah terbuka hari raya untuk mereka semua bersama keluarga.

Majlis berjalan cukup santai dan dalam penuh muhibah serta perasaan ingin tahu daripada kedua-dua belah pihak. Salah seorang daripada mereka sangat fasih berbahasa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sepanjang sesi berjalan.

Dia: Mengapa orang Melayu sesama Melayu tidak bercakap Melayu?

Kami: Kami bercakap Melayu

Dia: Baru sebentar tadi saya dengar anda cakap Inggeris. Jika tidak penuhpun, Melayu campur Ingeris

Kami: Mana yang lebih senang, bahasa Melayu atau bahasa Inggeris

Dia: Saya mula kenal bahasa Inggeris semenjak sekolah rendah. Saya belajar bahasa Melayu hanya tiga bulan. Bahasa Melayu lebih senang. Sangat Mudah.

(Kami sedang mereka-reka apakah jawapan yang mahu diberikan kepada soalan Dia)

Kami: Negara kami dijajah oleh Inggeris lebih 100 tahun. Sebab itu kami cakap Inggeris atau campur Melayu dengan Inggeris

Dia: Negara Indonesia dijajah oleh Belanda lebih 400 tahun. Mereka masih bercakap Bahasa Indonesia.

Kami: (Cuba mengalih perhatian). Anda belajar bahasa Indonesia atau Bahasa Malaysia semasa di Jepun?

Dia: Saya belajar Bahasa Melayu

Kami: Bahasa Melayu Indonesia atau Bahasa Melayu Malaysia?

Dia: Bahasa Melayu sahaja. Cikgu saya orang Malaysia.

Kami: Bahasa Indonesia lebih mudah daripada Bahasa Malaysia. Bahasa Indonesia straight forward sahaja, Bahasa Malaysia ada banyak penambahan Ke ... an

Dia: Bahasa Melayu mudah dan senang

Kami: (cubaaan kedua mengalih pandangan). Isetan ada sales sebanyak 70%

Dia: Jualan itu untuk ahli sahaja. Saya sudah pergi. Harganya agak murah berbanding dengan di Jepun walaupun sebelum diskaun.

Kami: OKlah, sebabnya Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris

Dia: Sudah berapa tahun?. Anda semua belajar dalam bahasa Inggeris?. Angkasawan Malaysiapun belajar dalam Bahasa Melayu dan sudah naik sampai di angkasa. Masakan anda belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris kerana mahu naik ke bintang.

Kami: Alamak... kamipun tidak pastilah mengapa. Rasa-rasnya sebab MALAYSIA BOLEH!!!

11 comments:

ainon mohd said...

kah kah kah (gaya blog Tukar Tiub)....

kah kah kah... padan muka orang Melayu...

kah kah kah... tak payahlah nak ke bintang...

kah kah kah... bukankah bulan sudah ada... kah kah kah....

mba said...

ha ha ha ha

Dia juga memberitahu kami bahawa orang Jepun tidak memerlukan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain dalam semua bidang kecuali pelancongan sahaja.

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Ini memang percubaan mengalih pandangan yang bersungguh-sungguh demi negara. Memang pandangan 'berani mati' oleh Dia....

Saya terus terbaring membaca entri ini. Umpama tiga peluru melencong, satu peluru masuk dada.

(Bagus dibuat permulaan artikel rencana juga)

ZAMRI MOHAMAD

mba said...

Kebetulan pada malam tersebut pensyarah kpd angkasawan tersebut juga ada bersama. Dialah yg mengesahkan bahawa pelajaran asasnya hingga ke peringkat pakar adalah dalam BM

Hasnah said...

Salam Tuan MBA

Memang saya turut berdekah ketawa sorang-sorang depan laptop ni.. Boleh saya salin utk hiburan sesama kawan?

mba said...

Salam Hasnah san;

Kami semasa berbuka tu, berkerut dahi nak fikir jawapan yg terbaik. Si Jepun ni pakar memasak dan lulusan dalam bidang prosesan makanan.

Saya jemput dia datang rumah saya awal sehari untuk tolong memasak. Dia Setuju !!!

NAk buat salinan?. Persilakan....

Bunga Rampai said...

:D

Nak minta kebenaran juga untuk salin - untuk hiburan juga diskusi.

Salam.

mba said...

OK

Azemi Ali said...

Salam,

Raya dengan Jepun?
Tak balik kampung ke?

mba said...

Salam;

Tahun ini giliran Perak. Pas tu Mak Perak kata "kome jangan balik, aku nak raya ghumah kome". Dia dah datangpun.

So tak dapatlah balik. Cadangnya lepas sehari kat Perak, nak balik Trg. Kini tak dapatlah balik. Cutipun x ambil langsung.

Dah beritahu Mak Trg. Kirim salam kat Mak ya...

Anonymous said...

Learn english. Aman terlanggar seorang pelancong dari luar negara,lalu berkata,

Aman: i'm,sorry.

pelancong: i‘m sorry too

Aman: i'm sorry three

pelancong: what are you sorry for?

Aman: i'm sorry five.

Pelancong: ????????????