25.8.2008
Assalamualaikum wrt wbt
Semoga tuan sehat sejahtera dan dilindungi Allah SWT
Pada 28 Julai 2008, saya sudah menghantar emel yang menyatakan pihak PTS bersetuju untuk tuan meneruskan penulisan manuskrip bagi siri buku buat duit dengan kamera. Jadi bagaimana perkembangannya? Diharap tuan sudah memulakan penulisan tuan dan pihak kami tidak sabar untuk menerimanya.
Sekian Wassalam
[JAWAPAN]
Waalaikumsalam wrt;
Semoga tuan juga dalam keadaan sihat walalafiat dan sejahtera selalu.
Terima kasih ke atas e-mel yang dikirimkan. Saya sedang menulis manuskrip tersebut. Saya berhasrat untuk mengemukakan deraf pertama sebelum bulan Ramadhan ini. Walau bagaimanapun pada masa ini saya masih belum berkesempatan untuk menemuduga/ mengenalpasti tokoh-tokoh dalam fotografi yang bersesuaian (dan sudi) untuk buku tersebut.
Selain daripada itu, rasanya tidak ada sebarang masalah.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment