Labels

Sunday, February 19, 2006

SIBUK

SEMUA orang, khususnya orang yang menyara kehidupan dengan 'makan gaji' akan berkata sibuk. Sibuk sana, sibuk sini dan kadang-kala menyibuk. Mengapa kita sibuk?. Mungkin sibuk disebabkan oleh tidak tahu mengurus masa. Sibuk juga mungkin sebab tidak tahu berkata tidak. Sibuk boleh jadi disebabkan oleh memang sibuk. Namun tidak kurang juga yang sibuk hanyalah sebagai alasan. Alasan sibuk supaya dapat melarikan dari tugas. Ah sibuknya!.

Sibuk juga banyak martabatnya. Bos saya dulu jika sibuk dia akan cakap 'saya terlalu sibuklah sekarang, minggu ni saya sekalipun tak main golf lagi, sibuk sangat... banyak benda kena buat.

Bos kepada bos saya pula sibuk bila dia tak sempat baca akhbar harian. Biasanya dia baca hingga 7 akhbar sehari, jika dia sibuk mungkin dia baca 2 akhbar saja kot. Wah bos memang sibuk, baca surat khabarpun tak ada masa.

Kawan saya memang sibuk. Dia memang tak ada masa untuk makan tengahari dan memang tidak pernah buang masa untuk keluar makan pagi. Saya respek kesibukan dia.

Itu sibuk orang, sibuk kita pula bagaimana?. Semalam saya ada dua mesyuarat dari 10am hingga 7pm (ya, semalam hari Sabtu, hari yang telah diberikan cuti). Pada hari sebelum itu juga (Jumaat ler), saya ada meeting pagi petang. Namun yang jelesnya ialah ada kawan saya (yang lain), boleh hilang dari ofis dan pergi main golf lagi. Mengapa saya pula yang menyibuk? Moga-moga dia baca entri ini dan semoga insaf. Sebabnya majikan bayar gaji bulanan untuk lakukan tugas dan amanah, bukan untuk bermain. Jika tak ada kerja sekalipun, duduk sajalah kat ofis, belek-belek apa yang patut, bukan dok belek kayu golf. (kayu golf tu sebenarnya besi/keluli, tapi tatap dipanggil kayu - besi punya kerja, kayu dapat nama). Dosa tu....


Mengikut Kamus Dewan sibuk bermakna:
1. banyak yg dikerjakan atau diuruskan/ asyik mengerjakan sesuatu/ giat dan rajin mengerjakan sesuatu.
2.menyibuk/ mengintai/ mengintip.



OK.... saya sibuk sehingga tak sempat nak kemaskini blog ;-)

7 comments:

Berisman said...

Sibuk macam mana sekali pun,MBA datang juga ke BTM.

Thank you,
Abedib yg ribut untuk menyibuk

abdullahjones said...

sibuk betul tu, sampai tetap jadi tatap. :)

mba2u said...

Itu pasal dtg BTM kejap aja Abedib. Drebar tunggu time dah cukup....

tatap: mmg sibuk tu AJ ;-)

Anonymous said...

Tak salah kalau main golf gunakan cuti tahunan sendiri.

Kalau asyik kerja sahaja tanpa rehat.. kurang produktif.

Anonymous said...

Ehemm!! Jomm layan teaterrrr Coffee and Toast!!! Aku ajak yang seriyes nihh. Jommmmmmmmm!!! Hehehe.. meh usha details kat http://coffeeandtoast.s0lidmind.com

zino said...

dah jadi bos kena lah sibuk.. itu kan dah jadi trademark hehe

Anonymous said...

Hahahah...alasan yang logik kalau lambat update blog.