Labels

Monday, June 13, 2005

KONDOM DAN JARUM PERCUMA

HEBOH satu Malaya orang-orang kita berbincang samada patut atau tidak patut kerajaan membekalkan kondom dan/atau jarum penyuntik percuma kepada penagih dadah.

Alasan bagi yang bersetuju ialah, penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan untuk menyuntik dadah ke badan mereka akan menyebabkan penyakit AIDS dan/atau HIV positif merebak kepada orang lain. Begitu juga dengan penagih dadah atau manusia yang telah dijangkiti AIDS dan/atau HIV positif ini juga akan merebakkan penyakit mereka kepada orang lain yang mereka tiduri/setubuhi sekiranya mereka tidak memakai kondom.

Lantaran itu, jarum penyuntik dan/atau kondom perlu dibekalkan oleh kerajaan secara percuma kepada mereka supaya penyakit ini tidak berjangkit.

AIDS dan HIV ialah sejenis penyakit yang biasanya (tidak semestinya) dihidapi oleh penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan dan manusia (tiada kajian pula pada binatang) yang mengamalkan seks dengan banyak pasangan @ seks rambang (bukan poligami)serta tidak memakai kondom. Oleh itu untuk menghalang dari penyakit ini merfebak, dicadangkan berikan jarum penyuntik kepada mereka (supaya tidak berkongsi) dan juga kondom turut diberikan. Itu sahajalah rasanya alasannya. Oh cukup mudah bunyinya.

Andai kata selepas menerima dan menggunakan jarum dan kondom subsidi ini, mereka masih dijangkiti AIDS/HIV, rasanya mereka boleh mendakwa kerajaan. Kaya sakan peguam mereka rasanya. Jika bekalan jarum dan kondom tidak mencukupi atau kualitinya tidak menepati ISO, mereka juga berhak untuk meminta pampasan agaknya. Atau barangkali memang sudah ada orang yang bakal bergelar jutawan kerana dapat kontrak membekal jarum dan kondom?

Selepas jarum diberi, penagih ini perlulah mendapatkan dadah pula. Jika dadahnya sukar diperolehi, pihak berwajib rasanya patut pula membekalkan dadah kepada mereka. Jika tidak mungkin akan berlaku masalah sosial lain pulak. Fuh... tidak senang juga untuk menghalalkan benda haram ni ya?

AIDS/HIV ialah suatu penyakit dan Tuhan dah kata, setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati. Menyalahgunakan dadah adalah suatu kesalahan negara dan dicegah oleh ugama. Hubungan seks tanpa nikah (dengan satu pasangan atau pelbagai pasangan,dengan kondom atau tanpa kondom) mungkin tidak salah dalam hukum negara (jika tiada paksaan, suka sama suka, dll), namun ia tetap BERDOSA mengikut hukum ugama. Jadi adakah logik untuk menghalang AIDS/HIV aktiviti penggunaan dadah dan seks bebas begini digalakkan dan diiktiraf? Oh sungguh tak faham.

berita terkini
Sekarang besi kerap dicuri. Pagar besi, penutup longkang besi, hatta depan rumah sekalipun kerap dicuri. Nanti tentu ada cadangan untuk membekalkan 1kg besi sehari kepada pencuri besi supaya pencuri tidak susah-susah lagi nak mencuri dan penduduk juga tidak risau lagi besi mereka hilang.

No comments: