Date: 27 February 2009
Venue: Palace of Justice
Meeting time: 8.30 PM SHAAAAAAAAAAAAAAAAARP!
Ride time: 9.00 PM
Distance: About 20km
Ride speed: 15-25km/h
Apakah maknanya "sharp"?.
8.30pm tidak ada seorangpun di POJ. Pihak penganjurpun tiba selepas jam 9pm. Sharp?.
Dipendekkan cerita, PCM kali ini (sama seperti yang dulu-dulu juga), hanya bermula selepas jam 10pm. Jika begitu elok sangatlah ubah sahaja waktu, kepada berkumpul 9.30pm dan berkayuh 10pm. Dulu memang sudah elok mengapa ditukar menjadi lebih awal?. Jika 9.30 dan 10, bukankah sempat kita solat Isya terlebih dahulu?.
PCM kali ke-11 barangkali adalah merupakan PCM terakhir untuk saya sekiranya pihak penganjur masih tidak mampu untuk menggunakan jam. Mengapa lewat? Siapa yang kita tunggu?. Jika memang sudah dijangka lewat (sudah 10 kali, malam tadi kali ke-11), mengapa masih mempercepatkan waktu?.
Malam tadi juga menyaksikan beberapa orang basikalis pulang ke rumah sebaik sahaja PCM bermula ...