20 September 2003 - 11 pagi Kedai Buku MPH, Mid Valley Mega Mall, KL 11.oo pagi: Memperkenalkan Karya Dominasi Tebrau, Aminah Mokhtar oleh SN Dato' Dr. A. Samad Said Arca, Muhd Nasruddin Dasuki oleh Faisal Tehrani Merentas Sungai Sejarah, Mohd Nazmi Yaakub oleh Zaharah Nawawi 11.45 pagi: Baca Naskhah oleh Marlia Musa 12.oo tengah hari: Memperkenalkan Penulis 12.2o tengah hari: Jamuan Ringan/Bersama Penulis/Bersurai |
Buat pertama kali saya hadir ke majlis yang seumpama ini. Namun terlewat tiba dan hanya sempat mendengar pembicara ketiga membicarakan tentang buku ketiga. Saya teringin sangat untuk membuat ulasan mengenai Bicara Karya tersebut, namun terpaksa ditangguhkan dahulu, takut nanti ada yang tersinggung. Namun rasanya saya tetap akan meluahkannya suatu hari nanti, terutamanya jika berpeluang hadir ke majlis lain pula oleh pengulas yang berlainan.
Di Majlis tersebut saya bertemu dengan rakan lama, sdr Zulkifli Salleh, Ketua Bahagian Majalah DBP. Dulu beliau bertigas di DBP Sabah dan kedatangan beliau ke majlis tersebut adalah atas tugas rasmi DBP. Di antara ramai-ramai yang hadir, mungkin hanya saya seorang sahaja bukan penulis rasanya. Pengacara juga hanya mengalu-alukan hadirin dari DBP, Dawama dan MPH sahaja. Begitu juga dengan orang-orang kenamaan dan orang bergelar, hanya dari organisasi tersebut sahaja yang disebut-sebut. Di satu sudut (paling depan) saya lihat Dato' Prof Hashim Yaakub (VC UM) juga hadir dan seolah-olah tidak dipedulikan (oleh MC). Selang tidak berapa lama, beliau meninggalkan majlis (bukan kerana perkara remeh tersebut, tetapi kerana ada urusan lain saya fikir).
Tiga keping gambar yang saya ambil ada disimpan di okinawa.fotopages.com
Apabila majlis berakhir, saya membeli tiga buah buku tersebut dan mendapatkan tandatangan daripada pengarangnya. Ini juga kali pertama dalam sejarah rasanya. Tujuan utama buku-buku tersebut dibeli ialah untuk melihat sejauh mana buku-buku cereka yang berkaitan dengan IT digarap dan ditulis oleh pengarang. Saya mahu tengok aspek IT dari kacamana pakar IT. Setelah membaca 5-6 muka surat (dalam kesesakan jalanraya semasa pulang), saya telah menemui beberapa kesilapan IT yang kritikal ditulis oleh pengarang. Malah kesalahan ini tanpa sedar telah diberikanpelbagai pujian oleh pengulas buku. Ini menggambarkan kedua-dua penulis dan pengulas bukanlah faham IT. Sememangnya pembaca biasa tidak akan dapat mengesan kesilapan ini, kecuali pakar IT yang cakna sahaja. Ini juga bermakna panel penilai buku-buku cereka berbentuk teknikal ini tidak dianggotai oleh orang teknikal ataupun yang mempunyai latarbelakang teknikal hatta tidakpun meminta nasihat dan pandangan dari mereka. Saya amat khuatir banyak lagi pembohongan teknikal akan dikarang dan diterima bulat-bulat oleh pembaca.
Saya akan membuat ulasan bagi setiap kesalahan teknikal yang dikarang dalam buku-buku ini setelah selesai membacanya.
No comments:
Post a Comment