Labels

Tuesday, September 30, 2003

REKABENTUK BARU

REKABENTUK BARU

Ada rakan yang bertanya, apa maknanya banner pada blog mba sekarang?. Jawabnya mba tak reti nak buat rekabentuk cantik-cantik.Tak ada seni dalam grafik. Agaknya kena upah perekabentuk grafik ni :-). BTW logo-logo tersebut adalah sebahagian daripada organisasi/institusi yang pernah/masih mba berurusan, samada pernah belajar atau pernah bekerja di situ. Banyak juga ya?. mba baru bekerja di lima buah organisasi. Purata selama 4 tahun bagi satu organisasi. Ia tidaklah banyak, sebab ada rakan yang bekerja hanya 2 tahun sahaja di setiap organisasi dan ada pula yang 20 tahun hanya di satu organisasi sahaja. Inilah seronoknya perkhidmatan gunasama atau boleh juga dikatakan malangnya perkhidmatan yang tidak mempunyai jabatan sendiri.

Yang bekerja hanya dua tahun sahaja, mungkin terlalu excited, terlalu pantas bekerja atau mungkin juga tidak pernah serasi dengan bos dan anak buah, lantas minta tukar atau ditukarkan. Yang sampai berpuluh tahun di sesebuah organisasi, mungkin terlalu bagus, hinggakan oerganisasi mereka tidak akan lepaskan mereka keluar. Setiap kali naik pangkat, perjawatan sentiasa menunggu atau KUP (khas untuk penyandang) disediakan. Atau mungkin juga dia jenis yang dah jumud, iaitu tak berani nak keluar sebab macam-macam perkara. Bagi yang macam ni, dalam tidurpun dia dah boleh buat kerja, semua selok belok dan liku-liku dia dah tahu semua. Kalau yang bagus tu... "belum bos panggil dia dah sampai, bos belum suruh dia dah siapkan" tapi bagi yang culas tu 1001 malam dia boleh reka alasan.

Berbalik kepada bekerja lama atau sebentar di sesebuah organisasi ni, ada pelbagai strategi. Ada staff yang buat dokumentasi dengan lengkap, jika dia tiada orang lain boleh lakukan perkara tersebut berdasarkan dokumentasi tersebut. Jadi dia tidaklah rasa terlalu sebok dengan perkara rutin. Ada juga yang dokumentasi tak pernah lengkap dengan alasan sebok. Semua perkara dibuat sendiri dan dia rasa dirinya penting dan bos juga terpaksa bergantung kepadanya. Dia rasa boleh menonjol dengan hal tersebut. Tetapi ada kalanya ia akan menjerat diri sendiri, misalnya nak keluar pejabat untuk kursuspun tidak dibenarkan sebab "pentingnya" dia.

Saya tertarik dengan falsafah dan amalan bos dulu "jika 90% daripada masa saya dihabiskan di luar pejabat dan pejabat saya masih OK, maka itulah kejayaan besar saya". Sememangnya beliau selalu tiada di pejabat kerana mesyuarat, seminar, simposium, kursus dan meronda. Namun pejabat kami pada masa itu menerima banyak anugerah samada dari pihak swasta mahupun dari pihak kerajaan. Itulah kejayaan beliau dan sebenarnya kamilah yang 'terlentang' sebab dia dapat melintang.

Monday, September 29, 2003

FAHAMI HIRAKI PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

FAHAMI HIRAKI PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

Sehingga pertengahan tahun 1990an, pegawai kerajaan tidak dibenarkan menggunakan kad nama (business card), kecuali atas sebab-sebab yang khusus sahaja. Pada masa itu apabila saya bertemu dengan rakan dari sektor swasta atas urusan rasmi, biasanya saya akan menerima kad mereka dan memberitahu sambungan telefon saya jika ingin dihubungi. Pada masa itu handphone dan internet belum ada. Pihak swastapun faham, orang kerajaan tidak mempunyai kad dan tidak akan memintanya.

Setiap kali bertemu, kita akan ditanya soalan yang sama. Iaitu dari mana, selepas mengetahui nama (biasanya pegawai kerajaan memakai tag nama). Setelah mereka tahu organisasi saya, soalan sama yang mereka tanya ialah ‘which department?’. Soalan ini agak pelik untuk dijawab oleh pegawai kerajaan yang memang bekerja misalnya di jabatan ABC (Department of ABC atau ABC department). Sepatutnya soalan tersebut tidak ditanya begitu oleh rakan di sektor swasta ataupun pegawai kerajaan boleh menjawab soalan tersebut dengan senang hati. Namun kerapkali soalan begini adalah amat mengelirukan. Bagi sektor swasta (barangkali), kerajaan dianggap sebagai sebuah company (yang besar) yang di dalamnya terdapat beberapa departmen seperti sales, marketing, HR dan sebagainya. Namun organisasi kerajaan adalah terlalu besar untuk diukur sebegitu. Misalnya Jabatan Kerja Raya, di situ terdapat cawangan jalan, jambatan, pelabuhan, bangunan, kerja kesihatan, kerja tentera, elektrik, ukur bahan dan banyak lagi. Jadi apabila saya ditanya di JKR di jabatan mana saya bekerja, maka susahlah untuk dijawab kerana JKR itu ialah satu jabatan. Walaupun saya faham akan maksud yang bertanya, namun kadang-kadang kita perlu memberi sedikit pelajaran supaya lain kali lebih memahami struktur kita.

Kakitangan kerajaan dibahagikan kepada 16 klasifikasi perkhidmatan, iaitu A.pengangkutan, B.bakat&seni, C.sains, D.pendidikan, E.ekonomi, F.sistem maklumat, G.pertanian, J.kejuruteraan, K.keselamatan, L.undang2, M.tadbir & diplomatik, Q.r&d, R.mahir/separuh mahir S.sosial, U.perubatan

Dari 16 klasifikasi ini, semuanya mempunyai jabatan/kementerian sendiri (contoh: U di kem.kesihatan, D. kem.pendidikan), kecuali klasifikasi D (Tadbir & Diplomatik) dan F (sistem maklumat) yang merupakan skim gunasama dan ketua perkhidmatan ialah ketua pengarah perkhidmatan awam. M & F ini boleh berkhidmat di mana-mana jabatan/kementerian/negeri di pelbagai peringkat jawatan. Namun hanya “M” sahaja yang boleh menjawat jawatan Ketua Setiausaha dan ke atas.

Dari segi struktur saya hanya ingin menjelaskan tentang kementerian dan jabatan sahaja.

Kementerian diketuai oleh ketua setiausaha dan dipecahkan kepada kementerian yang diketuai oleh setiausaha. Jabatan diketuai oleh ketua pengarah dan dipecahkan kepada cawangan yang diketuai oleh pengarah.

kementerian (ketua setiausaha), bahagian (setiausaha), cawangan (ketua penolong setiausaha), unit (penolong setiausaha)

jabatan (ketua pengarah), cawangan (pengarah), seksyen (ketua penolong pengarah), unit (penolong pengarah)



* kebanyakan jawatan mempunyai “Timbalan”

Sunday, September 28, 2003

SEMINAR “Trade and Investment Promotion in 2003”

SEMINAR “Trade and Investment Promotion in 2003”

Bagi sesiapa yang berminat untuk hadir, sukacita dapat hubungi JICA-net melalui telefon/Fax/e-mel seperti di bawah:-


Seminar Title : The Recent Japanese FDI and Globalization
Seminar Date : 3rd October, 2003
Time : 9 a.m. to 11.30 a.m.
Venue : JICA-Net Satellite Center
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Pusat Satelit IT,
Level 3, Imatec Building,
Kampus Utama Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Tel/Fax No. : 03-20872637
Email : mss@jica-net.com


Seminar Lecturer : Dr. Tejima Shigeki
Fee: FREE



Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini

RUTIN AHAD

RUTIN AHAD

Ahad
Rutin wajib tak perlu dirancang :. Pergi pasar beli lauk untuk seminggu
(dalam perjalanan pulang, singgah kedai mamak makan tosei)

Rutin yang sentiasa dirancang (angan-angan):. Pergi joging di KLCC
(ada le dalam 2-3 bulan sekali. Sekarang Ahadpun dah kena bayar parking)
Nampaknya yang dapat bukannya khasiat joging, tapi khasiat niat sajalah
(kalau kita berniat nak buat baik, tapi tak buat, kita masih dapat pahala)

Rutin yang tak pernah dirancang, tetapi kerap kali berlaku:. Tidur :-)
dan hari ini... ahad lagi.

.: Hari ini nak cari idea untuk menulis "haiku ke-100". Oh... dalam diam tak diam menyertai eSastera dah siap 99 buah haiku rupa-rupanya. Selepas tersiar haiku ke-100 ni, bolehlah buat Tanka atau senyru pulak. .:



Saturday, September 27, 2003

USIA TUA

USIA TUA

Terasa benar usia sudah meningkat tua. Bukan hanya selepas ulangtahun kelahiran, namun jauh sebelum itu lagi. Anda akan berasa tua apabila mendapati beberapa penyakit orang tua mula singgah. Dulu mungkin tak kisah apa-apa pun mengenainya. Makanlah apa sahaja tiada pantang. Buatlah apa sahaja, tiada yang menentang. Tapi sekarang mulalah sakit badang, sengal-sengal tulang. Anda akan berasa tua jika budak-budak muda yang dulunya memanggil anda abang, kini dah panggil pakcik.

Dulu saya tidak pernah terfikir, malah tidak pernah memahami apa masalah orang tua. Melihat bos yang dah tua-tua datang kerja, pernah berkata 'aku tak mahu sampai tua begini masih jadi kuli, lambatnya lagui umur 40, nak pencen dan buat kerja sendiri'. Bila usia dah 40, lain pulak jadinya dan sedikit fahamlah mengapa bos dulu tu masih kerja sehingga pencen wajib. Walau bagaimanpun saya masih belum faham mengapa orang yang dah patut wajib pencen, memohon kepada kerajaan supaya ia disambung kontrak dan diambil bekerja lagi. Mungkin 10 tahun lagi fahamlah kot...

Diri berasa tua apabila orang sekeliling semuanya muda-muda belaka. Masuk geng palm majoriti semua muda. Masuk gengjurnal memanglah teramat muda. Masuk geng eSastera, OKlah ada jugalah geng sebaya. Tapi rasanya kalau masuk geng POP (Persatuan Orang Pencen) tentu diri akan berasa muda!.

Tapi kan, muda atau tua tidak ada apa-apa maknanya, semua akan pergi menemuiNya. Perbanyakkanlah bekalan.

Friday, September 26, 2003

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN



Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada MBA

26 September 2003


-- Yasumijikan!. (time break)

Thursday, September 25, 2003

SOAL JAWAB MSS

SOAL JAWAB MSS

S: Mengapa sdr hentam teruk sangat novel tu?. Ia baru nak bertunas, usahlah beri pukulan KO.
J: Tidak. Saya hanya memberi ulasan mengenai kesilapan dalam bidang IT sahaja. Jika tidak ditegur, takut nanti pembaca terima bulat-bulat perkara tersebut, sedangkan ia adalah tidak betul.

S: Maknanya selain dari IT, masih ada lagi fakta lain yang silap?
J: Saya hanya komen dalam IT sahaja. Sebagai contoh, ada adegan mendaftar syarikat (perniagaan sebenarnya) dengan Pendaftaran Negara juga saya biarkan, walaupun saya berasa sedih.

S: Ulasan begini boleh mengurangkan jumlah pembeli, itu sdr tak sedih?
J: Mungkin jika ada kontriversi, jualan akan meningkat dan terpaksa diulang cetak. Tujuan saya bukan untuk menjatuhkan, sekadar memberi tahu. Saya dah maklumkan hasrat saya dan ‘meminta izin’ dari pengarangnya beberapa hari sebelum saya menulis, ya menulis, bukannya publish. Lagipun berapa orang sangat yang baca blog saya, tak sampai 200 orang sehari. Dari jumlah itu mungkin tak sampai 10% yang baca novel. Kemungkinan bertambah lagi ada, sebab mereka ingin tahu lebih lanjut lagi.

S:Pengarang bukan dalam bidang IT, jadi ulasan tersebut adalah kurang wajar.
J: Oh… jika pengarang adalah orang IT, tentu dia ingin menyebarkan ajaran sesat J. Tetapi saya yakin beliau ramai kenalan di kalangan pakar IT. Namun saya bukan menyalahkan pengarang. Jika adapun pihak yang bersalah, mereka ialah panel pengadil, penyunting dan penaja. Sepatutnya novel begini perlu mengambil kira pandangan pakar dalam bidang yang berkaitan, bukan orang sastera semata. Saya faham, novel bukanlah buku rujukan sains, namun fakta adalah fakta, ia perlu ditulis supaya meyakinkan, walaupun ia adalah cereka.

S: Berapa bintang novel ini pada pandangan sdr?
J: Saya belum habis baca pemenang pertama & kedua. Minggu lepas habis satu novel (dalam satu hari sahaja) dan ia adalah lebih bagus, pada pandangan saya. Saya tak mahu berikan bintang, bacalah sendiri dan berilah bintang yang bersesuaian.


Ulasan Novel Merentas Sungai Sejarah

Ulasan Cik Easy

Hari ini entah mengapa [Comments] down pulak. Macam tahu-tahu je ramai orang nak beri komen. Pleh kerana Cik Easy banyak menulis di TagBoard yang agak sukart dibaca, jadi saya cut&paste ulasan beliau dan saya beri ulasan balas di sini untyuk faedah bersama. Jika ada apa-apa tambahan, bolehlah kita berkongsi.

cik easy: Hmm pocket hardisk bawah 30 gigabyte mmg tidak memerlukan kabel kuasa, namun apabila atas 30 gigabyte ia memerlukan support dari satu lagi kabel usb ataupun ps2 kabel (sambung)

MBA: Hardisk USB lebih 30GB masih baru di pasaran. Kisah Nurli ni tidaklah baru sangat. Oklah kita andaikan sajalah Izwan bawa balik dari US model terbaru ni. Bekalan kuasa?. Oh dia dah convert siap-siap. OK. Tapi setelah menutupmati komputer, buat apa lagi menukar cakera keras?.


cik easy: (sambung) mungkin enmiya memaksudkan mobile hardisk (cakra keras ide biasa yang di letakkan dalam casing mobile) hardisk seperti itu memmang memerlukan kabel kuasa utk beroperasi.t

MBA: Kita andaikan saja andaian itu betul. Tetapi ia bukanlah suatu kelaziman membawa cakera keras ke mana-mana. Dalam plot lain diceritakan cakera keras itu disimpan dalam beg (beg wanitalah tu agaknya). Maksudnya saiznya tidaklah besar sangat. Jadi lebih elok ditukar cakera keras ini kepada cakera poket (pocket harddisk) atau pemacu pen (pen drive) atau thum drive dan sebagainya yang lebih lumrah digunakan.

easy: saya merasakan perbandingan notebook dgn pc bukan peribahasa hanya analogi yang merumuskan bagaimana sifat notebook dan pc. Saya merasakan walupun notebook lebih sering didampingi (sambung)
easy: namun pc/workstation masih menjadi central repository dan selalunya cerdik pandai IT akan masih sync data2 dari notebook kepada w/station
easy: masing2 lantaran vulnerability noteebook berbanding pc ..jauh notebook lebih tinggi vulnberabilitynya


MBA: Saya bersetuju bahawa perbandingan PC-Notebook bukanlah peribahasa, Cuma perbandingan antara isteri dengan kawan-kawan beliau (Izwan). Pengarang (Nazmi) rasanya hanya cuba membawa sedikit kelainan, memandangkan semua watak ketika itu adalah orang IT. Namun…. Pembicara (takyah sebutnamalah) terlalu mengagungkan ungkapan ini seolah-olah suatu perkara baru yang terlalu kreatif (pada pendengaran dan pemahaman sayalah). Walhal ia tidaklah sebegitu, apatah lagi membandingkan PC sebagai isteri kerana di simpan di kamar tidur dan notebook sebagai rakan2 kerana dibawa ke mana-mana. Tempat isteri bukan hanya di kamar tidur!. Apatah lagi bila balik ke kamar, tak sentuhpun PC sebab semuanya dah diperolehi dari notebook L Jika kerja menggunakan PC, balik rumah hanya untuk sync saja…. Notebook di sini macam PDA je J


easy: "Virus yang di bekukan" IMHO bukan bermakna virus yang dizipkan lantaran salah satu medium penyebaran virus adalah berasaskan kompressi data, (smbg)

MBA:Mungkin lebih baik menggunakan ungkapan lain untuk ‘menjinakkan’ virus, mengapa harus “dibekukan”. Beberapa terma keselamatan lain boleh digunakan untuk mempastikan virus tersebut selamat diterima oleh penerima melalui talian internet.

easy: tiada yg tidak mustahil bagi virus bersaiz 1.39 mb ini kerana virus masakini sudah makin pandai menyamarkan dirinya.(smbg)
easy: (smbg)namun pembekuan virus adalah dengan cara qurantine atau menyahfungsikan virus tersebut. Kerana perisian av standard punya fungsi nyahfungsi @ qurantine
easy: (smbg)Lantas trend masakini memperlihatkan embedded-type-virus muncul dgn menempelkan dirinya kepada .ppt, .rm, .mp3 dan lain file format menjadikannya satu virus berskala besar


MBA: Saya rasa pengarang menyebut 1.39MB adalah semata-mata untuk menunjukkan bahawa virus tersebut adalah kecil dan muat dalam satu disket. Tetapi sesungguhnya saiz tersebut adalah terlalu besar. Jika virus tersebut embedded kepada .ppt, .rm, .mp3 maka dokumen yang telah dijangkiti itu yang besar, jika virus sudah sebesar itu sudah tentu amat sukar untuk Izwan menghantarnya melalui mel kepada rakannya di US. Walaupun tiada perkara yang mustahil mengenai perkara ini, namun pada pengetahuan saya (kemungkinan besar saya silap, harap betulkan) masih belum ada virus sebesar itu. Virus bersaiz KB pun dah dikira besar, ini MB.

KESILAPAN FAKTA DALAM NOVEL MERENTAS SUNGAI SEJARAH

KESILAPAN FAKTA DALAM NOVEL MERENTAS SUNGAI SEJARAH


MS16:-Nurli yang menyucuk kabel elektrik ke cakera keras komputer, mengangkat muka dan tersenyum manis …. Nurli gelak sambil menekanhidupkan komputer. Dia menggosok-gosok lembut permukaan kotak unit pemprosesan pusat seperti mengusap-usap rambut kanak-kanak comel.

Banyak kekeliruan timbul di sini mengenai jenis komputer yang digunakan. Adalah terlalu asing menggunakan sebuah komputer yang cakera kerasnya berada di luar lantas terpaksa menyucuk kabel elektrik sebelum menghidupkan komputer. Andaikata ia adalah memang sebuah cakera keras, maka ia perlu mempunyai kabel untuk disambungkan ke komputer tersebut yang perlu dicucuk terlebih dahulu. Sekiranya ia adalah cakera keras poket (Pocket HardDisk - PHD), maka ia hanya memerlukan kabel USB sahaja dan bekalan elektrik sudah memadai daripada komputer atau notebook yang digunakan.

Walau apapun yang penulis mahu gambarkan, tertib begini untuk menekanhidup komputer adalah bukan suatu kelaziman.

MS18:Nurli menutupmati komputer, kembali mencabut kabel daripada cakera keras, menggantikannya dengan cakera keras yang lain, ….

Selepas menutupmati komputer, kabel elektrik dicabut daripada cakera keras. Ini adalah suatu kejanggalan sekiranya menggunakan PHD. Pada kebiasaannya peranti USB perlu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum menutupmati komputer.

Setelah menutupmati komputer, apakah gunanya menggantikan dengan cakera keras yang lain….?


MS17:- Umpama membandingkan antara notebook dan personal computer.
MS18: Aku rasa kitalah motebook itu, dan tentu Kak Ain sebagai PC
MS19: Tentulah kerana pc tempatnya di kamar, di rumah. Sesuatu yang dikamarkan lebih peribadi, akrab, dan mesra. Manakala, notebook sifatnya dibawa dalam perjalanan kan selalunya sebentar dan asing?


Penulis ingin memperkenalkan satu peribahasa yang baru, umpama notebook dan PC. Dari ayat-ayat dialog yang disusun menunjukkan PC adalah lebih dihargai berbanding notebook. PC diibaratkan sebagai isteri, di simpan dalam bilik tidur, maka ia lebih akrab. Sedangkan notebook dibawa dalam perjalanan dan sementara sifatnya.

Ini adalah suatu peribahasa yang bagi saya menyimpang maksudnya. PC dan notebook telah hampir tidak mempunyai apa-apa perbezaan lagi dari segi fungsi dan keupayaan. Walau bagaimanapun notebook adalah lebih mahal berbanding PC. Tanyalah kepada sesiapapun, mana yang lebih utama antara PC dan notebook, nescaya jawapannya ialah notebook. Jika ke sana ke mari bawa notebook, tidak boleh berpisah maka tentulah notebook lebih dihargai. Bila pulang ke rumah, ke kamar tidur PC tidak akan disentuh lagi sebab notebook telah memberi segala-gala yang diperlukan. PC kat rumah tu untuk anak-anak bermain games sahaja, jika rosak sekali pun tak mahal untuk dibaiki semula. Jadi perumpamaan tersebut adalah terbalik, masakan isteri kurang penting berbanding kawan-kawan!.

MS30:Lihat saja pemproses pertama yang diperkenalkan Intel pada tahun 1982, iaitu mikropemproses 80286 atau 286 dengan 16 bit register, pemindahan maklumat melalui data bus dengan kadar 16 bit dan menggunakan 24 bit untuk menyimpan memori. Kemudian Intel mengeluarkan pula 386 pada tahun 1985, 486 akhir tahun 1980-an, dan boom, Pentium pada tahun 1993. Dari Pentium II sehingga sekarang Pentium IV atau Xion.

IBM PC dimulai dengan 8088, diikuti dengan 8086 dan barulah muncul 286, 386, 486 pentium dan sebagainya.
Pentium IV dan Xeon adalah berbeza. Xeon (bukan Xion) berasaskan adalah pemproses Intel berkuasa tinggi untuk server dan berasaskan Pentium II dengan mikropemproses P6.

MS32: Izwan ditawarkan Bank Negara untuk menyelenggara sistem komputer daripada masalah pepijat alaf.

Sekiranya penulis menggantikan “Bank Negara” dengan “MAMPU” ia adalah lebih realistik. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyelaras masalah pepijat alaf ialah MAMPU. Mungkin penulis berpendapat, adalah tidak wajar seorang dari Sun Microsystem untuk bekerja atau menjadi perunding di MAMPU kerana mungkin gaji yang ditawarkan adalah rendah berbanding dengan Bank Negara. Tidak begitu sebenarnya.

MS32: Lihat sahaja penstoran data komputer yang pada mulanya menggunakan cathode ray tube [CRT] yang hanya menampung 128 bit dan keseluruhan memori komputer ialah kilobit

Kenyataan ini adalah mengelirukan dan sukar dimengerti. CRT adalah merujuk kepada skrin atau monitor komputer dan ia bukanlah peranti penstoran. Penstoran lebih tertumpu kepada cakera liut, cakera keras, CD dan sebagainya.

MS48: saya boleh membetulkan mainboard, tapi tidak enjin kereta

Penulis beberapa kali merujuk kepada “mainboard” yang sepatutnya ditulis “motherboard” atau MOBO.

MS262: Izwan lantas menghantarkan contoh virus yang dibekukan melalui program anti-viral peribadinya kepada Gwyneth

Ungkapan ‘virus yang dibekukan’ mungkin untuk menyedapkan bahawa, namun bagaimanakah caranya mmebekukan virus. Saya amat khuatir pembaca akan menyangka virus komputer adalah sama seperti virus jangkitan pada manusia yang boleh dibekukan. Mungkin lebih baik ditulis “virus yang dizipkan”

MS262: Saiz asal virus itu hanyalah 1.39 megabyte, yang boleh muat sebuah floppy disc.

Tidak mungkin virus adalah sebesar ini, mustahil rasanya pada masa ini. Virus adalah program komputer yang direka untuk merosakkan sistem komputer dari pelbagai aspek. Oleh itu saiznya perlulah sekecil yang mungkin supaya ia sukar dikesan dan diperhati. 1.38MB adalah terlalu besar. Mungkin penulis ingin menekankan yang ia dibawa melalui disket, namun oh… tak mungkin sebesar itu!.

Wednesday, September 24, 2003

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN - PTK

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN - PTK

Saya percaya topik yang paling hangat diperkatakan oleh setiap penjawat awam pada masa ini ialah PTK. PTK bermaksud, setiap penjawat awam perlu diuji samada melalui peperiksaan ataupun kursus dan ujian mengikut gred masing-masing. PTK ini dilaksanakan setelah Skim Saraan Malaysia (SSM) diterimapakai oleh kerajaan bagi menambahbaik Skim Saraan Baru (SSB) yang begitu banyak menerima kritikan dan rasa tidak puashati di kalangan penjawat awam. Saya boleh katakan 95% daripada penjawat awam yang berjumlah hampir 1 juta tidak menyukai SSB. Sebabnya hanya 5% sahaja (2% melintang & 3% menegak) yang menerima kenaikan gaji secara melintang atau menegak. Keputusan pergerakan gaji ini dilakukan sepenuhnya berdasarkan kepada penilai prestasi oleh pegawai atasan (dengan beberapa komiti ditubuhkan). Rasa tidak puashati berlaku apabila hampir setiap penerima anugerah ini adalah terdiri dari kalangan mereka yang rapat dengan bos. Maka direkalah beberapa ungkapan SSB ini seperti 'Saya Sayang Bos', 'saya suka bos' dan bagi yang tak dapat 'sengsara sampai bersara' dan 'susah-susah berhenti'.

Kini SSM menggantikan SSB. Anjakan gaji tidak lagi semata-mata kepada laporan prestasi, tetapi juga berdasarkan markah peperiksaan. Jadi, walaupun prestasi diberikan bagus jika tak lulus peperiksaan, maka tak dapat jugalah. Adillah nampaknya tu. Akan tetapi PTK dalam SSM ini juga tidak terlepas dari pelbagai kritikan... Umpamanya soalan yang diberikan tidak ada kena mengena, terlalu mudah, terlalu susah, perlu menghafal bukan menganalisa dan menyiksa bagi yang bekerja. Bagi mereka yang tidak ada kerja, banyak masa untuk baca sedangkan bagi yang banyak kerja, tak ada masa untuk membaca. Bermacam-macam lagilah rasa tidakpuashati terhadap PTK ini ditimbulkan. Entah bila akan berakhir.

Desas desus mengatakan markah lulus PTK ialah 80 dan setakat ini 'mungkin belum ada yang lulus'. Jadinya.... 5% dalam SSB adalah lebih baik dari 0% dalam SSM agaknya ;-)

Tuesday, September 23, 2003

Langgar Lampu, Langgar Undang-Undang, Langgar Polis

Langgar Lampu, Langgar Undang-Undang, Langgar Polis

I. Langgar Polis
Pernahkah anda terlibat dalam kemalangan jalanraya?. Mudah-mudahan dijauhkan kerana ia adalah mengerikan. Samada anda yang melanggar atau dilanggar ia adalah tetap pedih. Jika kemalangan kecil, biasanya tiada luka di badan, namun biasanya luka di hati sebab pertengkaran untuk menegakkan benang basah masing-masing. Tetapi apa kata jika anda melanggar seorang polis yang sedang bertugas?. Wau!... usahlah dibayangkan macamana seksanya.

Lama dulu, dalam perjalana ke ofis, dalam hujan renyai-renyai, saya ke ofis bersama isteri seperti biasa. Dipendikkan cerita, entah bagaimana, entah apa yang silap tiba-tiba tummm terpelanting seorang polis trafik dengan motorsikal besarnya 'terlanggar' oleh saya. Semua kereta yang ada di kiri-kanan jalan berhenti (jalan memang sesakpun). Diri tergamam, panik tapi nampaknya polis tu tak tercedera. Tiada yang datang membantu dan dia bangun sendiri untuk mengankat motornya. Dia terlalu marah (rasanya) hinggakan dia tak terdaya untuk mengangkat. Isteri kata, pergilah tolong angkat. Saya pergi dan setelah selesai, dia letakkan motornya, dia terus merapa poket dan mengeluarkan buku biru dan meraba pen dipoket. "eh kena saman ke ni" saya cakap macam iklan dalam TV dulu-dulu. Dia menghampiri skrin kereta ingin melihat cukai jalan. Terpandang akan stiker kat cukai jalan dia memandang saya. Kerja mana? katanya. XXX jawab saya. OKlah lain kali hati-hati sikit memandu, OK boleh pergi!. Dalam kereta kami ketawa sepanjang perjalanan.

II. Barisan Berkembar
Dalam perjalanan dari utara ke KL mengikut jalan lama. Kereta berduyun-duyun. Tak sabar lalu 'terpotong' barisan berkembar. Kat depan pak polis melambai. Berhenti dan tak sempat keluar pak polis tu marah-marah" dah tahu kerja XXX mengapa berhenti?". "Encik tahan, saya berhentilah". OK Jalannnnnnnnnn!!!

III Cermin Gelap
Dari KL ke Terengganu. Tiba di Pahang kena tahan lagi sebab ada operasi bersama Polis/JPJ. Polis datang, awak tahumengapa awak kena tahan?. Entah saya tak tahu. Ini lari laju ni, tak tak laju. Dia 'over-over' dengan kawan dia, sah bukan speed trap. Oh awak ditahan sebab cermin gelap. Tak encik, saya tak pasang cermin gelap. Mana boleh, ini gelap ni. Dia belek-belek buku saman dan membuka cermin hitamnya matanya. Dia tersenyum... OKlah bukan cermin gelap (dalam hatinya .... celaka! cermin mata aku yang gelap!). OK boleh jalan.

Monday, September 22, 2003

AHAD YANG PENUH TAPI KOSONG

AHAD YANG PENUH TAPI KOSONG

Jam 10pagi meninggalkan rumah dan sampai semula jam 10malam, mengalahkan orang yang bekerja atau pemain golf profesional. Seawal pagi sudah terpacak memunggah hadiah ke stor, menguruskan senarai pemain, berurusan dengan penaja, membuat koordinasi dengan kelab. Menerima dan membuat panggilan yang bertalu-talu. Yang datang bersama cuma seorang. Yang seorang lagi sudah jam 12 masih di rumah. Yang lain-lain memang ditugaskan untuk datang 12:30. Tetapi goodies masih belum semuanya tiba, masih berbaki dua untuk dimasukkan dalam bag. JAm 11 telefon, berjanji akan datang segera selepas mandi, jam 12:30 masih belum siap-siap mandinya?. Apa jenis mandinya ni....

Sebulan sebelum itu juga sudah sibuk begini. Beberapa mesyuarat bersama yang dibuat di KGPA, kedatangan cuma sekerat-dua. Majoriti yang datang dari sebelah sana. Kita ni jika kerja tak bermesyuarat dikatakan buat kerja sendirian dan tidak mendapat mandat. Bila dibuat mesyuarat tak nak datang. Alasan paling kerap yang didengar ialah 'oh... kucing aku nak beranak, kena balik kampung nak tengok ni, ini anak sulung dari bapak siam yang dikasi ni'.

Waktu pendaftaran ialah jam 1pm. Seawal jam 12 sudah riuh ramai peserta yang datang, sedangkan petugas masih bersantai. Pendaftaran kali ini agak "sedikit" kecoh kerana beberapa kesilapan kecil, ada nama yang tercicir, soal siapa dah bayar siapa belum dan yang paling besar menyumbang kepada kekecohan itu ialah apabila ada walk-in flight yang terpaksa diterima. Ini menjejaskan semua flight yang telah diatur. Insiden yang paling menebalkan muka aku ialah apabila ada penaja yang sumbangkan hadiah bernilai RM20,000 (sumbangan terbesar) tidak dapat bermain walaupun dia datang paling awal. Sebabnya namanya tidak tercatat dan kebutulan ada nama lain yang sama namanya dengan beliau. Itu kesilapan organizer. Akhirnya beliau dapat juga bermain setelah aku pujuk-rayu Naib Presiden supaya mempengaruhi seorang pemain lain di kalangan organizer supaya menarik diri. Organizer ni kira OK jugalah, ada datang mesyuarat sekali dan hari ini datang pagi. Selain dari tu, hampeh... satu perkarapun tak buat, kira nak main free aje. Sorang lagi datang macam VIP dan langsung tidak menghairaukan apa yang berlaku dan dengan sehingga saat ini tidak tahu apa-apa rasanya. Main free jugalah ni, nasib baik kau tak dapat hadiah PDA yang diidam-idamkan tu.

Jam 3 masih belum selesai semuanya. Majlis ditinggalkan kepada VP yang dah kenyang dan kami pergi makan, gunakan kad keahlian yang diberikan. Selesai makan, solat dan yang lain pulang ke rumah ataupun shopping. Ada yang datang semula dan ada yang terus ghaib. Tinggal aku berdua dengan ajk lain. Buat semua kerja yang berbaki seperti uruskan minuman pemain yang bertukar hole, dan yang paling memenatkan mengangkat, memindah dan menentukan kategori hadiah dari stor ke dewan utama. Apabila siap saja kerja, yang lain sampai. Pandai sungguh depa ni. Bertuah isteri dan anak-anak hangpa semua dapat suami misali begini.

Dato' Aseh tiba jam 7:20pm, sedangkan sebahagian besar masih belum habis bermain (mula lambat sebab tak cukup buggy). Apa-apahal pun solat dulu dan tukat tshirt penaja sebelah malam pula (tanpa mandi). Hampir jam 8 dewan belum dipenuhi dan kali ini VIP menunggu pemain. MOga-moga dato tidak kecil hati. Yang paling membingunkan ialah juruacara majlis masih belum dapat dikesan (beliau bermain flight terakhir). Markah masih belum diperolehi dari club. Sementara semuanya selesai, hadirin dijemput makan dulu. Makanan OK agaknya sebab aku sorang je yang tidak ada kesempatan untuk makan, bukan tak cukup makanan tapi tak cukup masa. Mengintai ke dewan makan, sah penaja utama tadi tidak kelihatan dan khabarnya sudah balik. Nasib baik dia tak balik sebelum bermain. Dia orang yang bersabar dan gentlement (kalau aku jadi dia, memang balik awal-awal lagi). Sebelum itu dua pemain dari IBM pulang sebelum bermain kerana ketiadaan tempat. Sebabnya dia datang lambat dan faktor adanya walk-in tadi. Tapi yang ni tidaklah ralat sangat, moga dia tidak serik (sebenarnya aku yang serik - malu sebenarnya).

Ucapan alu-aluan oleh kedua-dua presiden dan majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan jayanya. Pemenang hadiah utama, perisian MS bernilai RM10,000 datang menemui ku di akhir majlis, mengembalikan semula hadiah, minta dijual separuh harga sebab beliau tidak tahu apa benda ni sebenarnya. Ini satu lagi beban..... Di akhir majlis juga seorang paling penting dalam penajaan ini datang memberi komen. Bagi aku komen ini adalah terlalu ikhlas dan memang tepat. Kami dapat hadiah tajaan lebih kurang RM30,000 semuanya dari lebihkurang 10 penaja. Apa yang penaja mahu? Kalau boleh bermain dengan VIP (Tan Sri Sam batalkan seminggu sebelum tarikh, dato' aseh dua hari selepas tan sri yang lain-lain dah tak dapat dikejar dan memberi alasan-alasan valid mereka - kena hormati). Atas nasihat beliau yang mewakili semua penaja, kita panggil VIP yang tak boleh bermain samada untuk datang lunch atau dinner. Itu sudah mengembirakan penaja. Alhamdulillah dato' aseh setuju datang dinner atas usaha pegawai beliau yang juga orang kuat persatuan. Jadi penaja mahu mendengar nama syarikat mereka disebut dalam ucapan atau pengumuman. Tentu mereka rasa kecewa bila syarikat mereka tidak disebut, tetapi principal mereka yang tidak menyumbang disebut. Apa salahnya sebutkan sekali. Tak tahulah aku mengapa kurang pekanya para pengucap sedangkan senarai penaja telah diberikan.

Akhir sekali setelah semua jemputan pulang, kami masih tidak boleh ke mana-mana kerana menguruskan soal bayaran. Duit yang dipungut dan diterima tidak seimbang dengan senarai. Rasanya sampai pagipun tidak akan selesai. Ambil keputusan ringkas (kuasa veto), perkara ini dibuat offline dan kita perlu balik. Dalam perjalanan ke rumah singgah di stesen petronas untuk beli roti sardin untuk mengalas perut yang dah lama menyanyikan lagu keroncong, nasib baik kepala tak sakit sebab perut kosong (biasanya begitu). Sampai jam 10 lebih, anak bongsu menunggu di pintu (dia tak akan tidur sebelum dapat tengok abah dia - kebiasaannya begitu). Makan roti dan berkongsi air dengan Aqur (nama ciptaan dia sendiri untuknya).

Begitulah sebuah Ahad yang terlalu penuh, tetapi sebenarnya kosong.
Dahlah begitu, Sabtu juga dari 11am hingga 4pm juga di luar kerana dua tugas tidak bergaji.

Maaf kepada semua yang selepas ini dapatlah mudah-mudahan membaca isi hati
Maaf kepada isteri yang selalu ditinggalkan hinggakan terpaksa ke pasar sendirian
Maaf kepada anak-anak yang terpaksa menunggu hingga larut malam
Maaf kepada kariah surau al-Islah kerana dah lama tak jenguk muka
Maaf kepada ahli rukun tetangga kerana selalu tersilap haribulan.
Maaf kepada semua-semua.

Sunday, September 21, 2003

Program hari ini (Ahad):- Pertandingan Golf di KGPA


Pertandingan Golf PERJASA-JICA Alumni. KGPA

Saturday, September 20, 2003

KESILAPAN FAKTA TEKNIKAL DALAM KARYA SASTERA KITA

KESILAPAN FAKTA TEKNIKAL DALAM SASTERA KITA



Bicara Karya: Novel Alaf Baru 2001
20 September 2003 - 11 pagi
Kedai Buku MPH, Mid Valley Mega Mall, KL
11.oo pagi: Memperkenalkan Karya
Dominasi Tebrau, Aminah Mokhtar oleh SN Dato' Dr. A. Samad Said
Arca, Muhd Nasruddin Dasuki oleh Faisal Tehrani
Merentas Sungai Sejarah, Mohd Nazmi Yaakub oleh Zaharah Nawawi
11.45 pagi: Baca Naskhah oleh Marlia Musa
12.oo tengah hari: Memperkenalkan Penulis
12.2o tengah hari: Jamuan Ringan/Bersama Penulis/Bersurai



Buat pertama kali saya hadir ke majlis yang seumpama ini. Namun terlewat tiba dan hanya sempat mendengar pembicara ketiga membicarakan tentang buku ketiga. Saya teringin sangat untuk membuat ulasan mengenai Bicara Karya tersebut, namun terpaksa ditangguhkan dahulu, takut nanti ada yang tersinggung. Namun rasanya saya tetap akan meluahkannya suatu hari nanti, terutamanya jika berpeluang hadir ke majlis lain pula oleh pengulas yang berlainan.

Di Majlis tersebut saya bertemu dengan rakan lama, sdr Zulkifli Salleh, Ketua Bahagian Majalah DBP. Dulu beliau bertigas di DBP Sabah dan kedatangan beliau ke majlis tersebut adalah atas tugas rasmi DBP. Di antara ramai-ramai yang hadir, mungkin hanya saya seorang sahaja bukan penulis rasanya. Pengacara juga hanya mengalu-alukan hadirin dari DBP, Dawama dan MPH sahaja. Begitu juga dengan orang-orang kenamaan dan orang bergelar, hanya dari organisasi tersebut sahaja yang disebut-sebut. Di satu sudut (paling depan) saya lihat Dato' Prof Hashim Yaakub (VC UM) juga hadir dan seolah-olah tidak dipedulikan (oleh MC). Selang tidak berapa lama, beliau meninggalkan majlis (bukan kerana perkara remeh tersebut, tetapi kerana ada urusan lain saya fikir).

Tiga keping gambar yang saya ambil ada disimpan di okinawa.fotopages.com

Apabila majlis berakhir, saya membeli tiga buah buku tersebut dan mendapatkan tandatangan daripada pengarangnya. Ini juga kali pertama dalam sejarah rasanya. Tujuan utama buku-buku tersebut dibeli ialah untuk melihat sejauh mana buku-buku cereka yang berkaitan dengan IT digarap dan ditulis oleh pengarang. Saya mahu tengok aspek IT dari kacamana pakar IT. Setelah membaca 5-6 muka surat (dalam kesesakan jalanraya semasa pulang), saya telah menemui beberapa kesilapan IT yang kritikal ditulis oleh pengarang. Malah kesalahan ini tanpa sedar telah diberikanpelbagai pujian oleh pengulas buku. Ini menggambarkan kedua-dua penulis dan pengulas bukanlah faham IT. Sememangnya pembaca biasa tidak akan dapat mengesan kesilapan ini, kecuali pakar IT yang cakna sahaja. Ini juga bermakna panel penilai buku-buku cereka berbentuk teknikal ini tidak dianggotai oleh orang teknikal ataupun yang mempunyai latarbelakang teknikal hatta tidakpun meminta nasihat dan pandangan dari mereka. Saya amat khuatir banyak lagi pembohongan teknikal akan dikarang dan diterima bulat-bulat oleh pembaca.

Saya akan membuat ulasan bagi setiap kesalahan teknikal yang dikarang dalam buku-buku ini setelah selesai membacanya.

program hari ini

PROGRAM HARI INI (sabtu)

11am: MPH Midvalley Megamall - jumpa penulis
2pm-5pm: Lot 10 - JICA Photopanel Exhibition - Jumpa DJ Radio

Esok (Ahad): 10am - 8pm: KGPA Pertandingan Golf PERJASA/JICA

Friday, September 19, 2003

Rekabentuk Ensiklopedia Macam Quran

Rekabentuk Ensiklopedia Macam Quran

Sekali pandang berita harian hari ini di mukasurat 5, nampak sebiji macam Quran. Rupa-rupanya ia adalah sebuah ensiklopedia Dr. Mahathir Bin Mohamad. Ensiklopedia 10 jilid ini dalam 3 versi iaitu English, Arab serta English & Arab. Saya ni agak kuno sikit pemikiran, bab-bab ensilklopedia ni tak pernah baca, nak ejapun berbelit-belit. Setakat tengok tu adalah. Biasanya rekabentuk dia kosong saja. Bila tengok rekabentuk yang macan Quran ni, macam-macam persoalan timbul dalam kepala. Kalau saya ada kitab ni kat rumah dan saya suruh sesiapa "tolong ambil Quran atas meja tu", nescaya ada yang akan terambil kitab ini dan bukannya Quran. Apatah lagi kitab ini katanya akan menjadi bahan rujukan yang penting yang sama pentingnya dengan pemikiran sarjana Islam terkemuka dan pemimpin dunia yang dihormati.

Mungkin agaknya kerana adanya bahasa Arab atau kerana tuan punya dari Mesir, maka itulah rekabentuknya. Ia bukan menyerupai al-Quran, tetapi rekabentuk klasik Mesir. Tapi bagi saya yang tak pernah baca kitab-kitab Mesir ni, (dan tentu ramai lagi orang yang setaraf dengan saya) menjangka ia adalah rekabentuk yang sebiji macam Quran.

Salah faham begini dalam masyarakat Melayu adalah biasa.... umpamanya dalam tahun 80an dulu, heboh diperkatakan bahawa orang-orang di Mesir sana mempersendakan muzik yang menjadi iringan kita berbuka puasa. (orang-orang yang seusia dengan saya mungkin ingat, yang lebih muda mungkin tidak). Ini adalah kerana muzik tersebut adalah muzik iringan talian gelek di Mesir. Rupa-rupanya sebab RTM yang ambil muzik tarian gelek untuk mengiringi waktu berbuka puasa. Namun kerana telinga dah sebati dengan muzik tersebut, maka telinga tetap nak mempertahankanya sebagai "muzik suci" :-)

Apa salahnya jika rekabentuk kitab ini dibuat lebih universal, lebih menyerupai ensiklopedia biasa?.

Thursday, September 18, 2003

Tukang Melayu

Tukang Melayu

Semalam selepas waktu kerja, ke Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), buat mesyuarat dan persediaan terakhir untuk pertandingan golf perjasa/jica 2003. Saya bukan seorang golfer, tetapi ia tidak menjadi halangan untuk menganjurkan pertandingan yang agak besar begini. Dulu saya anjurkan pertandingan bowling yang disertai oleh 60 pasukan, walaupun saya bukan seorang pemain. Tidak ada yang salahnya bukan?. Begitu juga saya fikir banyak pengurus bolasepak di Malaysia (mahupun di dunia) yang bukan asalnya seorang pemain bola.

Kembali kepada tajuk, saya dapati dalam masyarakat kita ni banyak tukang. Misalnya tukang jahit, biasanya fesyen pakaiannya jauh ketinggalan zaman (atau selekeh?). Tukang gunting (barber), biasanya rambutnya juga tidak dipotong mengikut fesyen terkini (tidak terurus?), tukang masak yang kebanyakannya kurus kering (tak cukup makan ;-) . Begitu juga dengan pakar, misalnya pakar laman web, laman webnya tidak ada atau tudak boleh dijadikan contoh, pakar Internet yang tidak pernah sekalipun melakukan e-traksaksi dan banyak lagilah contohnya.

Mungkin disebabkan banyaknya tukang-tukang begini agaknya timbullah peribahasa "rumah siap pahat berbunyi".

Wednesday, September 17, 2003

Sebuah Kesetiaan

Sebuah Kesetiaan Dengan Bank

Saya menggunakan kad kredit MAYBANK semenjak 1983. Ini bermakna sudah 20 tahun!. Ada sesiapa yang setia dengan sesuatu brand selama itu?. Tiada yang istimewa sangat dengan kad ini, tetapi ia tidak banyak menyusahkan atau menyakitkan hati.

Pada tahun 1990an, kad kredit jenama MBF begitu popular. Ia popular kerana mudah mendapatkannya dan dengan senangnya had kredit dinaikkan. Maknanya memudahkan kita berhutang. Saya juga mempunyai kad kredit jenama ini. Namun semasa saya tinggal sementara di UK, MBF telah membawa saya ke mahkamah kerana katanya saya lewat membayar bil. Saya rasa agak pelik kerana setiap bulan saya membayarnya. Lalu saya tamatkan penggunaan kad ini dan bersumpah tidak akan membuat sebarang urusniaga dengan MBF lagi. Padan muka, kena sumpah agaknya, kini dah jadi mendiang.

Setelah itu Hong Leong pulak menawarkan kad kredit beserta dengan Touch&Go. Perkhidmatan ini agak unik dan saya mendapatkannya. Setelah setahun menggunakannya, tiba masa pembaharuan, saya pergi ke bank dan katanya kad saya telah dimusnahkan kerana terlewat datang menuntutnya. Saya hulukan surat mereka dan ternyata tarikhnya masih belum terlewat. Ah ini awak kena tanya HQ, saya tak tahu kata kerani bank. Amboi sedap mulutnya. OK terima kasih sajalah, saya tak minat lagi dengan kad awak. Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak sangat. Lagipun Touch & Go telah ditamatkan. Sampai sekarang setiap bulan saya terima bil penyata dari HLB, tapi yang seronoknya ia berbaki negatif. Maknanya bank berhutang dengan saya. Sepatutnya mereka bayarlah hutang tu, bukan hantar bil menyatakan baki negatif. Ini punyalah bongok punya bank.

Satu lagi jenama popular masa kini ialah Citibank. Popular bagaimana ya?. Ah ini bank Yahudi, jangan consider.

Jenama kad yang tak popular tetapi unik ialah EON Bank. Ia unik kerana yuran tahunan tidak perlu dibayar. Saya rasa ia adalah bagus dan strategi bank boleh membawa kepada kesetiaan yang berkekalan. Jika kad biasa, pakai saja 12X setahun dan jika kad emas pakai 24X setahun, dapatlah free bagi tahun hadapannya. Nak pakai 24X bukan susah, pergi ke stesen minyak aje dah berapa kali?. Lebih dari cukup dan dapatlah guna kad free!.

Oh ya... pada tahun 1980an saya juga ada kad American Express. Kad ini ialah kad korporat yang 'diberikan' oleh jabatan, Fuh! kad inilah yang paling glamor. Jika pergi kedai, hulur Amex, orang kedai akan tanya 'encik ada kad lain tak?. macam Visa atau Master'. Kenapa?. 'ini kad banyak susah woo... mau konek manyak payah'. Bukan sekali dua saya kena begitu. Huh... belum sampai setahun, kad itu saya potong dua dan pulangkan kepada empunya tuan.

Kad Diners Club juga ada, ia adalah kad affiniti JICA Alumni. Oleh kerana nak bantu Alumni (dan free), saya simpan jugalah kad ini dalam dompet.

Sudah bermacam kad ada, kesetiaan masih kepada Maybank :-)


Tuesday, September 16, 2003

bajet, perbelanjaan, china, tmnet, jaring

Antara Bajet & Belanjawan. Jaring & TMNet

1. Antara Bajet & Belanjawan

Banyak orang (atau ramai?) tidak berkenan akan penggunaan perkataan bajet untuk menggantikan belanjawan yang sudah sekian lama digunakan. Tetapi saya berpendapat di sebaliknya. Belanjawan memang bermaksud urusan untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan dan telah termaktub dalam Kamus Dewan. Perkataan bajet pula datangnya dari budget dalam bahasa Inggeris. Sungguhpun kata-kata belanjawan itu telah sempurna, namun saya berpendapat bajet adalah lebih sesuai. Sebabnya belanjawan adalah dari kata belanja. Ini bermaksud suruh kita semuanya berbelanja sahaja :-)

Jika ditinjau dari kata-kata dalam bahasa Melayu, penambahan "wan" lebih menjurus kepada orang atau juru atau pakar. Contohnya:-
jutawan - orang ada duit berjuta
sasterawan - orang yang mahir (pakar) dalam sastera
budayawan - orang yang mahir/pakar mengenai budaya
usahawan - orang yang kuat berusaha (peniaga dsb)
angkasawan - orang yang mahir dalam selok belok angkasa
belanjawan - orang yang suka berbelanja! :-)

2. Jaring dan TMNET

Saya mempunyai kedua-dua akaun Jaring dan juga TMNet. Sebabnya ialah biasanya untuk dial ke 1511 (jaring) adalah lebih sukar berbanding 1515 (TMNet). Walau bagaimanapun saya langsung tidak menggunakan akaun e-mel TMNet, tetapi lebih berbangga dengan akaun e-mel jaring (mba@jaring.pc.my). Bila Jaring dan TMNet telah diarahkan bergabung, apa akan jadi nanti agaknya?

3. Dasar Pandang Ke Utara?.

Tahun hadapan adalah ulangtahun ke 600 Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka. PakLah mungkin akan mengadakan satu dasar baru, Pandang Ke Utara (China) nanti?. Mengikut sejarah Okinawa, kononnya Cheng Ho bukannya dari China, tetapi dari Okinawa. Betul ke?.

Monday, September 15, 2003

Kuala Lumpur Di Mana Suamiku

Kuala Lumpur Di Mana Suamiku
Sabtu selepas isya' kami sekeluarga bertolak ke Kampar kampung isteri dan Ahad selepas isya' bertolak semula ke KL. Sehari di Taman Sentosa, Kampar, dalam menahan sakit kepala yang amat sangat (migrain ke? atau apasal?) sempat menghabiskan sebuah novel, Kuala Lumpur Di Mana Suamiku oleh Sri Diah. Terpanggil untuk beli novel ini adalah kerana tajuk dan pengarangnya.

Semasa melihat tajuknya, rasa-rasanya ia mengenai sang suami yang selalu hilang dari rumah dan pergi ke tempat-tempat tertentu seperti kelab, padang golf, karaoke atau mana-manalah di KL ini. Walaupun pengarangnya adalah wanita, tidak mustahil untuk beliau menghidupkan watak suami atau lelaki dengan selok-belok KL. Jadi teringin juga tahu, kemana agaknya lelaki hilang di KL ni, sehingga terpaksa di cari di mana suamiku. Hatta yang hilang kerana ke "masjid"pun, akhirnya meletup kera rupa-rupanya bukan ke masjid, tetapi membina masjid baru!. Namun, ternyata tanggapan awal itu meleset setelah membacanya.

Ia menceritakan tentang perkahwinan dan kehidupan kisah suami isteri di antara Natasha (saudara baru) dengan Nazril (duda berhias? - janda berhias ada le). Nazril hilang dan melupakan rumahtangga setelah 2 bulan berkahwin kerana gila talak dengan jandanya. Natasha hidup dengan segala susah-payah dan perit derita menumpang kasih sahabat suaminya Baharim (juga seorang duda). Persahabatan ii mendapat tentangan daripada ibu Baharim.

Pengarang berjaya menghidupkan watak dalam novel ini dan selok-belok KL seolah-olah benar-benar wujud. Misalnya watak dr. Suhaimi di kg. baru, ia adalah memang benar2 wujud. Ini membuatkan pembaca merasakan seperti membaca sebuah memoir kisah benar, bukannya novel rekaan.

Pengarang menggunakan diari natasha sebagai 'watak' penting dalam novel ini. Memandangkan ia bermula dalam 1999, maka ia adalah sesuatu yang wajar. Namun, untuk lebih menceriakan lagi suasana KL dan mendekatkan lagi pembaca setianya dengan ICT, mungkin pengarang (Sri Diah) boleh menggantikan 'watak' diari tersebut dengan blog. Banyak blog yang indah-indah tentang kehidupan wanita boleh diperolehi dengan mudah. Sri Diah boleh masuk geng jurnal misalnya. Salah satu blog wanita yang saya suka baca ialah nectar (versi BMnya juga ada). Selain dari itu, selain dari Sri Diah boleh juga memasukkan sedikit lagi unsur ICT dengan mewujudkan aksi di mana pelakonnya menggunakan e-mel (misalnya). Selain daripada itu, untuk mewujudkan multi-racial, mungkin watak seorang India perlu dihidupkan.

Akhir sekali, rasanya tidak rugi membelanjakan RM19.90 untuk novel ini dan Sri Diah, jika anda mempunyai blog sendiri, sudah tentu pageview sdri terlalu besar memandangkan sdri telah mempunyai 30,000 pembaca tetap!.

p.s Ini bukan ulasan novel....

Saturday, September 13, 2003

bahasa Melayu

September: Bulan Bahasa Kebangsaan dan DBP
Dalam perjalanan ke kantin untuk breafast tadi terbaca beberapa sepanduk yang bertulis lebih kurang September: Bulan Kembara Bahasa Melayu, lebih kurang macam itulah bunyinya. Maklumat lanjut boleh didapati di lamab web dewan bahasa. Tapi bila tengok ke laman web tersebut, habukpun tak ada. Yang ada dalam link terkini ialah yang bulan Julai. Walau bagaimanapun linknya tak betul (broken-link).

Jika kita ingin buat sepanduk, terpaksa kita pergi ke kedai, untuk upah (biasanya kedai datang ke pejabat). Banyak urusan yang perlu dibuat sebelum sepanduk siap untuk digantung. Banyak juga RM yang keluar. Untuk mengemaskini laman web, biasanya satu senpun tak perlu belanja, memadai dengan gaji bulanan sahaja. Pesanan Tempatan (LO) tidak perlu keluar, malahan tak perlu berganjakpun dari kerusi. Sambil-sambil makan nasi lemak kat ofis, boleh kemaskini laman. Tetapi nampaknya kerja susah adalah lebih senang dibuat daripada kerja mudah. Inilah makan gaji namanya!.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, September 12, 2003

Business Week Ugut PM?

Business Week Ugut PM?

Akhbar-akhbar perdana, TV dan radio semuanya memperkatakan mengenai ugutan daripada business week kepada PM. baca di sini. Kununnya, business week telah memberi ugutan untuk menyiarkan berita-berita yang tidak eklok mengenai Malaysia, seperti rasuah, kronilisma dan sebagainya. Walau bagaimanapun benarkah perkara tersebut. Jika benar setakat mana pula kebenarannya?. Ada ke sesiapa yang telah membaca surat yang dikatakan ugutan tersebut?. Seelok-eloknya semua akhbar menyiar dan menterjemah sepenuhnya surat tersebut supaya rakyat jelata yang tahu membaca dapat membaca dan mengetahuinya dengan tepat. Jika betul ia adalah ugutan, maka rakyat akan percaya dengan penuh kepercayaan.

Saya khuatir, surat tersebut bukannya suatu ugutan, tetapi mungkin business week kata, "sekiranya tuan enggan ditemuramah, maka kami terpaksalah menyiarkan rencana yang telah kami siapkan ini, tanpa merujuk kepada tuan terlebih dahulu samada ianya benar atau di sebaliknya". Setakat itu je kot! yang dikatakan ugutan. PM juga saya rasa memang elok untuk tidak melayan permintaan temuramah tersebut. Sebabnya jika dilayanpun, mereka akan siarkan juga rencana yang memang mereka hendak siarkan. Bezanya ialah, dia letak satu rencana lain dengan gambar PM dengan menyatakan "PM menafikan beberapa perkara dalam rencana tersebut" setakat itu saja kot!.

Jika telus, siarkan sajalah untuk tatapan kita.

BAJET 2004

BAJET 2004

Hari ini bajet 2004 akan dibentangkan. Rasanya inilah kali pertama (agaknya) ia dibentangkan bukan pada bulan Oktober. Apa harapan anda dengan bajet 2004?.

Ungku Aziz: Murahkan kos naik haji. Memudahkan orang kampung/miskin naik haji
Hamdan Adnan (FOMCA): Harga barang jangan naik, kesihatan murah, pelihara alam sekitar
CUEPAC: Bonus 2 bulan utk kakitangan awam
LeeLamThye - Sediakan lebih rumah kos murah & sederhana utk rakyat
PIKOM - insentif baru utk industri ICT

MBA - mansuhkan cukai pendapatan utk penjawat awam. Alahai... cukainya seketot aje, prosesnya kena pakai mainframe. Kalau cukai mansuh, kerajaan dapat jimat bilion-bilion lagi (tak payah bayar gaji orang-orang yg nak proses cukai yg 2-3 sen tu).

Anda pulak?:

Thursday, September 11, 2003

DARI HAL MAKAN

DARI HAL MAKAN

Semua orang perlukan makanan, untuk hidup. "makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan". Walau bagaimanapun ramai "orang mati tak makan dan juga mati kerana silap makan". Makan mempunyai pelbagai etika dan yang terbaik rasanya ialah yang datangnya dari Rasulullah "jangan makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang". Jika dapat diamalkan yang ini rasanya alhamdulillah.

Mengenai amalan makan dan pemakanan ni, ada pelbagai. Ada yang kata kena makan starter dulu, baru main course dan diikuti dengan pencuci mulut. Amalan baru memakan pula ada yang kata makan buah-buahan dulu (supaya senam hazam dsb), kemudian bari hidangan utama. Walau apapun semuanya dari hal makan.

Hari ini sebenarnya adalah hari kedua saya berazam tidak mahu makan tengahari (lunch). Ia dimulakan semalam setelah dua-tiga bulan melanggar janji (selepas PTK). Sebelum itu saya dah 2-3 bulan memang tak makan tengahari dan bada rasa okay... sikit. Diri memang menghargailah beberapa individu yang boleh survive hanya dengan makan (nasi) sekali sahaja sehari. Misalnya Dato' Khalid Yunus, katanya dia tidak makan tengahari semenjak lebih 20 tahun yang lalu. Umur dah lebih 60 tahun, masih boleh panjat gunung Kalapattar lagi. Selain dari beliau, ramai lagilah yang buat amalan begitu. Walau bagaimanapun, ramai juga orang berpendapat, meninggalkan makan tengahari tidak bagus, yang lebih baik ialah tidak mengambil makan malam. Entahlah yang mana satu betul, mungkin mengikut kesanggupan dan keupayaan masing-masing.

Jom!.... boikot makan tengahari :-)

Wednesday, September 10, 2003

Ketua Pegawai Seranta

Ketua Pegawai Seranta

Kita dah biasa dengar jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Operasi (COO), Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Ketua Pegawai Teknikal (CTO) dan sekarang saya telah didiberikan jawatan baru yang dinamakan Ketua Pegawai Seranta (KPS). Dalam b.Inggeris entahlah apa nama dan ringkasannya. Anugerah ini diberikan oleh PERJASA (Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam Malaysia) melalui minit mesyuarat yang diedarkan pada 9.9.03 yang lalu. Juruanalisa Sistem (Systems Analyst) sudah tidak ada lagi di Malaysia, ia telah ditukar dengan Pegawai Sistem Maklumat (Information System Officer).

Berbalik kepada PERJASA ini, saya menganggotainya semenjak penubuhan 1985 dan memegang pelbagai jawatan dari pemerikasa kira-kira, ahli jawatan kuasa sehinggalah kepada setiausaha. Jawatan sekarang ialah ajk (ahli jong kepoh) semenjak setahun setengah yang lalu tanpa apa-apa portpolio. Tapi dengan tidak semena-mena telah diberikan pangkat baru sebagai KPS. Inilah gamaknya dok kepoh sangat...

Sekarang ni tengah nak cari apakah senarai tugas sebagai KPS ni. Sesiapa yang ada maklumat bolehlah bantu teman...

Tuesday, September 09, 2003

MSC - Apa Kata Pakar

MSC - Apa Kata Pakar

Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) ke-7 telahpun berakhir. Beberapa akhbar melaporkan antara lain:-

1. Malaysia tidak boleh bersaing dengan China dalam jangkamasa panjang. Sektor perkilangan (ICT) kita adalah bagus, tetapi China adalah terlalu besar.
2. Malaysia tidak boleh bersaing dengan India dalam perkhidmatan (ICT) sebab India adalah terlalu besar.
3. Malaysia boleh melakukan kedua-duanya (perkakasan dan perisian), namun ada batasannya.
4. Malaysia tidak boleh bersaing dengan China dalam perkilangan. Dalam perisianpun, jangan lakukan pengaturcaraan dan koding (coding & programming). Kenalpasti keperluan, bangunkan aplikasi/rekabentuk dan outsource pengaturcaraan kepada negara lain seperti India. Dengan keupayaan sumber tenaga dan pasaran yang terhad, peluang Malaysia ialah dengan mengekspot aplikasi-aplikasi sedemikian.

MBA - sekadar melaporkan.

Monday, September 08, 2003

17ribu Graduan IT Univ. Tempatan Tak Dapat Kerja

17,000 Graduan IT Univ. Tempatan Tak Dapat Kerja Kerana B.Inggeris?

NST hari ini melaporkan sebanyak 17,000 graduan IT dari universiti tempatan tidak dapat kerja kerana tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa Inggeris. Sumber tersebut menjelaskan faktor ini bukannya kerana bekalan berlebihan graduan ICT dari universiti. Begitu juga kononnya tiada sebarang kesilapan atau kekurangan dari universiti yang menghasilkan graduan berkenaan.

Setakat mana benarnya kenyataan berkenaan?. Saya ada bercakap dengan seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat ICT tempatan yang terlibat dalam projek ICT secara besar-besaran. Syarikat beliau mengambil berpuluh-puluh programmer dari India. Bila ditanya mengapa dari India?. Jawapan yang diberikan ialah, tiada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Saya mahukan programmer dalam bahasa Java dan memahami pengkalan data Oracle. Saya gagal mendapatkan walau seorangpun dari Malaysia. Jika adapun, mereka ini mahu gaji 5 digit, itu sudah hampir menyamai dengan gaji saya!. Tiga orang programmer dari India, baru menyamai gaji seorang programmer tempatan sedangkan produktivitinya adalah disebaliknya.

Seorang lagi pakar ICT menceritakan bahawa pelajar ICT di negara ini terlalu bercita-cita tinggi untuk menjadi jutawan segera. Primadona mereka ialah Bill Gates. Mengikut kajian beliau, tidak pernah terjumpa lagi pelajar ICT yang ingin menjadi seorang programmer yang pakar, mahir dalam selok belok ICT. Yang ada semuanya ingin jadi orang kaya!.

Berbalik kepada b.Inggeris, saya dapati programmer dari India yang digaji oleh COO tadi tidaklah begitu fasih berbahasa Inggeris (atau saya yang tidak fasih mendengar pertuturan mereka?). Namun kebolehan mereka menguasai ICT dalam bidang yang diperlukan membuatkan mereka menjadi buruan. JAdi saya fikir, bukan b.Inggeris (sahaja), malahan produk yang dikeluarkan dari universiti berkemungkinan besar tidak menepati kehendak pasaran. Dalam sesi temuduga, ada saya bertemu dengan calon programmer yang tidak mahu (takut) untuk buat pengaturcaraan ini. Jadi apakah kerja programmer yang diharapkan?. Mungkin sekadar untuk membuat minit mesyuarat sahaja!. Jika begitu benarlah b. Inggeris diutamakan sebab kebanyakan mesyuarat diadakan dalam b.Inggeris :-)

Sunday, September 07, 2003

Utusan Malaysia Online - Muka Hadapan

TERJEMAHAN MICROSOFT XP & OFFICE 2003 KE B.MELAYU
Akhbar hari ini memuatkan berita DBP dan Microsoft telah menandatangani perjanjian untuk menterjemah perisian tersebut ke b.Melayu.
IKuti berita penuh di sini

Berita tersebut seterusnya memaklumkan bahawa Malaysia adalah antara negara pertama di rantau Asia yang terlibat dalam penterjemahan ini. Persoalannya ialah adakah Malaysia memerlukan Sistem Pengoperasian (OS) dan MS Office terjemahan? Kerajaan telah memulakan persekolahan bagi pelajar tahun 1 dalam bahasa Inggeris (bagi Sains & matematik), tiba-tiba DBP pula berusaha sedaya mungkin buat terjemahan. Khabarnya sebanyak 7.500 istilah akan terlibat. Apakah implikasi terhadap terjemahan ini?. Mungkinkah OS baru dalam BM nanti akan jadi lebih perlahan kerana terdapat dwi-bahasa?. Kita juga tahu bahawa produk M$ ini tidak pernah lalai daripada ralat, pepijat dan kecacatan. Adakah apabila versi asal ditingkatkan maka versi BM juga akan seiring dengannya?. Atau adakah versi BM akan jadi kelas kedua sahaja?. Sepatutnya, jika Microsoft memang ingin wujudkan produk dalam BM, ia boleh dibuat sendiri oleh mereka (boleh menggaji/meminjam orang DBP dsb), bukannya dengan membuat publisiti dengan DBP. Ini nampaknya DBP telah membuat dua kesalahan sekali gus, iaitu dalam kegairahan kerajaan untuk ajar sains dan matematik dalam BI (komputer ni adalah dalam kategori sains & matematiklah rasanya) - DBP buat terjemahan BM. Terjemahan ini bukan kerja DBP, tetapi kerja Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Dalam kegairahan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan Sistem Sumber Terbuka, DBP terjemah produk Microsoft pula. Inilah namanya habiskan boreh ni.

Malaysia kini bukan lagi di zaman memerlukan produk terjemahan, tetapi dah tiba masanya untuk menghasilkan produk sendiri. Misalnya Linux versi BM dan sebagainya, bukan sekadar terjemahan.

Makna MBA

MBA mengikut Googlism - Hanya utk rekod:


Googlism for: mba

mba is still the ticket to a great career
mba is fluctuating in low
mba is core
mba is right for you?
mba is specialization
mba is proving
mba is worth it
mba is the gold standard of graduate business education
mba is safe harbor
mba is first in the us
mba is becoming a career essential thomas
mba is one of best
mba is moving
mba is management 1999
mba is it worth it?
mba is ford scholarship application
mba is
mba is track
mba is best advanced degree for a high
mba is still the ticket to a great career opportunity
mba is important
mba is still the ticket to a great career opportunity by brent e
mba is essential
mba is more than e
mba is at risk of becoming irrelevant
mba is designed for full
mba is for you
mba is a hot commodity
mba is tops
mba is now
mba is a collaborative pro
mba is core class
mba is tailored to meet the needs of working professionals
mba is proving itself a real winner by michael sepanic
mba is worth it by justin pope the associated press boston these should be heady days
mba is the gold standard of graduate business education around the world
mba is an important step in the climb to the top
mba is first in the us a new program this fall at the university
mba is now available in hanoi
mba is becoming a career essential thomas backtell has three classes left to complete his mba degree in computer resources and information
mba is basically a document that certifies that you have a general competency in all the major functional management roles you'll find in the modern
mba is one of a select number of mba programmes internationally accredited by amba
mba is a one
mba is becoming a vital credential among high
mba is no easy task unless you have lots of extra time and no worries about money
mba is ford scholarship application department of management science university of washington business school please answer each item clearly name
mba is a master of business administration degree
mba is taught at the harvard business school more than 100 years ago
mba is the most remarkable step
mba is portrayed by the media as fast becoming a prerequisite to aspiring managers
mba is the fastest road between where you are now and where you want to go
mba is typically a one
mba is often considered as a goal or an end in itself
mba is a highly distinctive programme
mba is a critical decision
mba is still worth the money
mba is it worth it? by
mba is an international mba for outstanding young professionals
mba is aimed at the leaders of tomorrow
mba is a special program created especially for your kvutzah as an extra
mba is designed to change the way you look at work
mba is 13 weeks long
mba is worth $20
mba is regularly reviewed and updated
mba is internationally recognised as the major management qualification for the 1990s
mba is internationally recognised as the major
mba is a professional degree designed for people who need formalized training across the business disciplines
mba is unique in providing an internationally accredited programme
mba is an excellent preparation for becoming a business manager/ leader in companies that are making over ten million dollars in sales
mba is a good foil to a strong analytical degree like engineering
mba is a key part of our activities
mba is only up to you
mba is to provide theoretical and practical training in general or senior functional management
mba is really worth
mba is typically a one year programme
mba is intensive in nature and highly interdisciplinary
mba is an investment
mba is a 12 unit degree and the mba
mba is unique
mba is a route to these goals because it is recognised as the fundamental testing ground for developing
mba is the preeminent association representing the real estate finance industry
mba is also urging congress to continue its appropriations for credit subsidies for fha insurance on multifamily housing until the program becomes self
mba is specifically designed to be delivered in locations outside the united states
mba is designed to serve the needs of working professionals
mba is a complete practice and business management software package written specifically for optometrists
mba is designed with the needs of busy
mba is sure to enhance his career
mba is recognized around the world as a top program
mba is priced as a package
mba is different
mba is and stands for
mba is curriculum must also demonstrate competence in at least one procedural programming language
mba is the solution
mba is an excellent investment in your career as a professional manager
mba is seldom simple
mba is a graduate degree program offered by thunderbird
mba is high


MSC Di Seluruh Negara

MSC Di Seluruh Negara
Membaca berita muka depan akhbar hari ini (Sabtu) - MSC Di Seluruh Negara.
Maknanya negara kita penuh dengan koridor sajalah?. Kala dulu koridor hanya
di kawasan khusus sekitar Cyberjaya saja, kini seluruh negara dah jadi koridor
Boleh anda bayangkan rumah macamana yang koridor dia merata-rata?

OFFLINE

OFFLINE
Sabtu 5 September

Hari ini sepatutnya balik kampung
Tak jadi balik sebab ada temujanji nak tengok orkestra Jepun di Hotel Bluewave, Shah Alam
Tak tengok orkestra juga sebab entah mengapa, malas pulak rasanya
Nak kemaskini blog,
Tak boleh juga sebab blog offline hari ini.

Friday, September 05, 2003

Kegiatan Al-Mansur Haram

Berita Kaki: Kegiatan Al-Mansur Haram

Pada masa ini satu perniagaan dan rawatan tradisional ala refleksologi sedang giat dijalankan. Tidak disangka pula perniagaan tersebut dikaitkan dengan ajaran agama yang berlawanan dengan akidah dan telah diharamkan oleh JAKIM. Berita penuh di sini.

Melihat kepada perniagaan tersebut, saya tidak terkejut ianya diharamkan dan didapati bercanggah dengan akidah. Sebabnya, dari pandangan mata kasar nampak sangat bahawa organisasi ini terlalu mengagungkan pemimpinnya. Ia dilaku dan dipertontonkan dengan pelbagai gaya seperti poster, gambar, makalah dan sebagainya. Jika beginilah sikap bumiputera dalam perniagaan, maka kita (pengguna) adalah wajib sekali berhati-hati. Jika akidah yang paling mahal boleh diselewengkan, masakan produk yang dijual seperti kopi dan sebagainya tidak boleh. Cuba bayangkan jika mereka masukkan sesuatu ke dalam produk seperti kopi keluaran syarikat mereka. Contohnya racun berjadual atau kimia yang diharamkan. Apa akan jadi kepada pengguna dalam jangka masa panjang? Jadi berhati-hatilah dengan produk sedemikian, terutamanya yang diklasifikasikan sebagai produk/minuman kesihatan. Ianya mungkin tidak diuji/diluluskan oleh mana-mana badan profesional. Kita jangan cepat percaya dan terpedaya dengan kopiah putih atau songkok hitam dan terus menyangka baik.

Aduhai perniagaan bumiputera.

RING RING RING

RING RING RING




RING RING RING


Aku merasa berdosa
Melayani panggilan teman lama
Bercerita mengenai kisah duka
Semasa kami muda-muda


Aku merasa berdosa
Tanpa gusar mendengar
Kisah seorang isteri muda
Merengek minta gilirannya ditunai


Aku merasa berdosa
Kerana mencuri dengar
Kisah andalusia bersama kekasihnya
Memadu asmara


Aku merasa berdosa
Kerana membenarkan  ibu muda
Seorang staf bawahan
Menggunakan telefon awam
Sekadar ingin mengingatkan ibunya
Memberi ubat kepada anaknya yang demam


Aku merasa berdosa
Kerana sering mengungkit
Guna telefon sendiri bagi urusan rasmi


Ring ring ring….
Alahai telefon berdering lagi
Hendak dijawab takut berdosa
Mungkin dari taulan, sekadar untuk bersembang
Tidak dijawab takut berdosa
Mungkin dari yang berhak minta pertolongan
Antara jawab dengan tidak – juga takut berdosa
Membiarkan penantian orang


Alangkah bagusnya jika tiada telefon  talian terus
Bolehlah aku mengumpul dosa lagi
Mengumpat pemilik baru
Yang selalu menyalahgunakannya.


 

helpdesk EGAG 4September2003

Thursday, September 04, 2003

Kandungan Tempatan

Kandungan Tempatan (Local Content)

Mengikut beberapa orang pakat, kandungan tempatan adalah merupakan agenda penting negara di masa hadapan. Tujuan utamanya ialah supaya pengaliran wang ke luar negara dapat dihadkan. Pada masa ini dimaklumkan bahawa ISP kita sentiasa terpaksa menaiktaraf talian antarabangsa kerana kesesakan trafik keluar dari negara. Dengan memperbanyakkan kandungan tempatan, katanya akan mengurangkan kebergantungan kepada negara luar dan secara langsung naiktaraf talian tidak diperlukan sangat dan sudah tentu pengaliran wang keluar dapat dibendung.

Saya kurang setuju dengan kenyataan bahawa dengan meningkatkan kandungan tempatan maka pengaliran wang keluar dapat dihadkan. Pada saya kandungan tempatan tidak memberikan apa-apa pemberat, tetapi sebaliknya hosting adalah puncanya. Kita telah ada kandungan tempatan, misalnya laman web peribadi, blog dan sebagainya. Akan tetapi pada jangkaan saya 99% daripada laman ini ditempatkan di luar negara. Jadi walaupun kita ingin membaca sebuah laman dalam bahasa sendiri yang dikarang oleh anak Malaysia, namun kita terpaksa pergi keluar negara. Inilah yang membawa kepada pengaliran keluar bandwidth bagi pendapat saya. Mengapa perkara ini berlaku?. Banyak sebabnya….

Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghasilkan kandungan tempatan, sedikit galakan dan isentif perlulah diberikan. Di Malaysia, di mana boleh kita dapat ruang web secara percuma?. Jika nak e-mel kena bayar, talian kena bayar, ruangan kena, pendikkata semuanya kena bayar, masakan rakyat biasa tidak mahu jika ada yang diberikan secara percuma?. Jadi ramai yang menggunakan perkhidmatan yang percuma. Siapa yang rugi?. Rakyat miskin masih dapat laman web percuma, pengunjung masih boleh mengunjunginya (dengan bayaran yuran laluan dan talian yang sama mahal jika ditempatkan dalam negeri) dan ISP perlu bayar kos talian keluar negara. Ini adalah adil kerana duit ISP memang tak luakpun sebab tidak ada apa yang diberikan secara percuma. Malahan ruang web yang dijual adalah jauh lebih mahal berbanding dengan tempat lain.

Kemudian untuk mendapatkan domain sendiri dalam negara, bukanlah mudah. Jika .com.my atau .org.my maka kita kena sediakan surat daftar dari ROS atau ROC/ROB. Jika .gov.my, .edu.my, .mil.my lagilah susah. Perkara ini dapat dilakukan di luar negeri dengan begitu mudah dan lebih murah. Jadi kita ada pilihan!.

Untuk nama individu pula, khabarnya kita dah boleh daftar .name.my, tetapi ia perlulah seperti dalam kad pengenalan (?). Maknanya kalau nama anda “hodoh”, maka anda tak boleh daftar domain sebagai “comel.name.my”. Anda juga tak boleh daftarkan domain untuk kucing atau anjing kesayangan anda sebab surat beranak mereka tu tak ada nama (agaknya). Begitu juga kalau anda ingin daftarkan domain atas nama PDA, atau motosikal atau kampung halaman anda, ia memang tidak boleh didaftarkan di Malaysia, jadi kita daftarkan sajalah di luar negara. Mereka dapat duit dan kita dapat domain. Penjaga domain negara kita yang tak dapat duit dan tak dapat susah J.

Mengapa agaknya susah sangat nak daftar domain dalam negara?. Mungkin penjaga domain nak kenal dengan kita semua, nak personalise. Tapi awas…. Jika anda terlambat bayar yuran (biasanya RM100 berbanding dengan RM60 jika daftar di luar negara), domain anda akan dipotong begitu saja. Tak kiralah siapa anda!.

Dipendikkan cerita, kita sudah ada kandungan tempatan walaupun tidak sehebat google, kita ada cari. Tidak sehebat hotmail, kita ada waumail (dah mati?). Walau bagaimanapun dalam semangan Malaysia Boleh, pihak berwajib sepatutnya membeli ruang web untuk menempatkan (hosting) kandungan penting dan ternama di dunia di sini. Barulah kita tidak perlu keluar negara, sebaliknya orang luar akan ke negara kita untuk melayari Internet.

Wednesday, September 03, 2003

MSC ICT POLICY SUMMIT - - A Roadmap to Global Competitiveness

MSC ICT POLICY SUMMIT -
- A Roadmap to Global Competitiveness

Summit ini bolehlah dikatakan sebagai berjaya dan besar ertinya kepada perkembangan Multimedia Super Corridor (MSC). Ia dihadiri oleh seramai 368 peserta berdaftar dan ramai lagi oleh wakil urusetia dari pelbagai organisasi. Summit anjuran MDC dan ASLI ini disokong oleh pelbagai pihak yang mempunyai peranan dalam MSC, termasuk PUSPANITA juga (suara wanita dalam ICT untuk menambah bilangan wanita - agaknya). Namun nampaknya kekurangannya ialah tanpa penyokong seperti JPA yang menjaga hal elwal perkhidmatan kakitangan ICT sektor awam dan juga penajaan pelajar serta INTAN, sebuah institusi latihan ulung sektor awam. Begitu juga dengan Kem. Pendidikan yang menentukan dasar dan polisi pendidikan negara. IPTA dan IPTS pula hanya diwakili oleh Universiti Malaya (namun kertas kerja juga ada datang dari akademia).

Sepatutnya summit sebegini perlu juga didokong oleh semua agensi yang menjadi agensi pelaksana aplikasi perdana MSC seperti MyCard, Telehealth, Multipurpose Card, SmartSchool, R&D Cluster dan E-Business. (EG telah diwakili oleh MAMPU).

Sesi berjalan lancar dengan 5 sesi selari yang terdiri daripada e-commerce, broadband, technopreneurship, e-manufacturing, dan capacity building. Summit ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi baru MDC, Tan Sri Abdul Halim Ali (bekas KSN) telah turut hadir.

Tuesday, September 02, 2003

KEAHLIAN MNCC

Hari ini dan esok (2-3 September) saya akan hadir ke MSC ICT Policy Summit, di Palace of Golder Horses. Summit ini dihoskan oleh MDC dan dianjurkan bersama oleh ASLI dengan disokong oleh pelbagai organisasi lain seperti KTKM, NEAC, MAMPU, AMI, MNCC, MIMOS, NEF, PIKOM, PROMUDA, PUSPANITA, SMIDEC, TeAM dan UM. Pemergian saya di taja sepenuhnya oleh MNCC.

Saya rasa begitu beruntung menjadi ahli MNCC. Dengan hanya membayar yuran tahunan sebanyak RM60, saya berpeluang menghadiri pelbagai kusrus, seminar summit, persidangan dan sebagainya. Seingat saya, ini adalah kali keempat saya hadir seminar yang agak mahal ini tanpa membayar apa-apa, iaitu ditaja sepenuhnya oleh MNCC.

Monday, September 01, 2003

testing

ini adalah percubaan posting secara off-line

MASA ITU EMAS

MASA ITU EMAS

Mengikut program yang diterima; majlis HeS.com (Hadiah eSastera.com) bermula pada jam 8:30malam. Saya tiba lebih kurang jam 8:20pm. Kira-kira sedang-eloklah, takut sangat saya kalau terlewat. Setelah tiba adalah dua-tiga orang di dewan tersebut. Ahli Jawatankuasapun tidak kelihatan, mungkin sedang menunggu dif jemputan. Yang ada dan dah lama menunggu nampaknya hanyalah T.Alias Taib dan sempatlah saya bersembang dengan beliau.

Setelah Dr. Victor Pogadaev tiba, saya berkenalan dan bersembang dengan beliau pula. Beliau berasal dari Rusia dan merupakan pensyarah bahasa Rusia di UM. Saya kenali beliau melalui eSastera dengan membaca hasil tulisan beliau dan melihat gambarnya. Jadi tidak sukar untuk saya membiasakan diri dengan beliau.

Beliau amat kecewa. Kekecewaan beliau diluahkan kepada saya seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Beliau kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak menepati masa, malahan dalam banyak hal mungkir janji. Kami bersembang sekitar jam 8:45 sedangkan majlis sepatutnya bermula pada jam 8:30pm. Jangankan dif kehormat, tetamu biasapun masih santai. Sampaikan saya menjadi ragu-ragu, adakah kami yang awal atau mereka yang lewat?. Apabila saya secara berseloroh mengenai jam melayu, Dr. Victor menceritakan mengenai jam karat di Indonesia. Oh bangsaku... sanggup bergadai nyawa melombong emas di Lubuk Mandi, tetapi melepaskan begitu sahaja emas di depan mata.

Dr. Victor juga mengeluarkan kekesalan menganai pembaziran kertas yang berlaku di tempat kerja beliau sekarang. Misalnya untuk memanggil sesuatu mesyuarat yang melibatkan 100 orang, setiap orang akan dapat surat panggilan dalam bentuk kertas. Jika di Rusia katanya, memadai dengan pesanan lisan atau telefon sahaja. Penggunaan e-mel katanya kadang-kadang terdapat masalah teknikal dan kurang boleh dipercayai (wah di negeriku juga begitu!).


Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) 2003

Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) 2003


Malam tadi saya dan isteri buat pertama kalinya hadir ke majlis APAS 2003 yang julung-julung kalinya diadakan. Ia berlangsung di dewan umarak, Kolej Ke-2, Universiti Malaya dan di rasmikan oleh Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Beberapa orang penting dunia sastera yang turut hadir ialah Prof. Hashim Yaakub, T.Alias Taib, A. Rahim Abdullah, Dr Victor, Syukri Abdullah dan lain-lain lagi. Majlis ini ialah untuk memberi penghargaan kepada penulis-penulis dari kumpulan e-sastera di bawah pimpinan Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar atau drirwan.

Malam tersebut sedikit asing bagi saya kerana pertama ramai yang saya tidak kenali dan keduanya budaya penulis dan penyair yang memperkenal dan diperkenalkan menggunakan nama pena. Jadi serba salah apabila pertama kali berkenalan samada ingin menggunakan nama sebenar atau nama pena :-). Kesemua penulis/penyair yang saya temui menegur saya dengan nama pena, kecuali drirwan (yang juga pertama kali bersua) memanggil saya dengan MBA. Sudah tentulah kerana beliau membuat sedikit homework.

Hampir semua penyair yang ada nama dan yang ingin saya temui dapat saya kenali atau cam pada malam tersebut. Inilah pentingnya membuat homework sebelum sesuatu perkara. Saya berpeluang bersembang panjang dengan T.Alias Taib. Saya sengaja membawa beliau bercakap mengenai haiku kerana saya ingin belajar dari beliau. Alhamdulillah rupa-rupanya beliau memang mengetahui haiku dengan mendalam. Dipendekkan cerita, beliau menerima pelawaan saya untuk menjadi hakim penulisan haiku yang bakal saya anjurkan nanti (insyaallah) melalui Alumni Japan International Cooperation Agency