Labels

Wednesday, October 27, 2010

BERGENANG AIR MATA


SAYA ceritakan kepada staf saya, air mata saya bergenang. Belum lagi berlinang. jauh lagi sebelum menitis. Sebelum cuti raya, saya memanggil staf bawahan datang ke pejabat saya. Ajak duduk di kerusi rehat.Bertanya khabar sebelum beri sedikit sumbangan hari raya.

Seorang sataf berkata. "terima kasih banyak-banyak tuan. Inilah kali pertama saya berpeluang duduk di kerusi ini". Saya bertanya beliau "awak tidak pernah masuk bilik inikah dulu". Dia kata "Saya hanya masuk untuk hantar surat kepada bos dulu. Tidak pernah cakap. Tidak pernah sureuh duduk". Itulah yang membuatkan air mata saya bergenang.

Minggu lepas ofis kami menerima permohonan untuk mengadakan majlis meraikan bakal pesara di hotel. Alasannya ialah ada pekerja kami, sehingga sudah hampir sangat dengan usia pencen, tidak pernah sekalipun masuk ke hotel. Masyaallah, ini boleh buatkan air mata saya berlinang.

Satu cerita lagi ialah apabila seorang pekerja diberitakan menempah pakaian baru kerana beliau telah dipanggil berkursus, iaiatu kursus sebelum pencen. Kursus itu adalah kursus yang pertama dalam perkhidmatan beliau. Beliau tidak berpeluang hadir kursus walau seharipun sebelum ini. Beliau sangat-sangat bersyukur kerana majikan masih ingatkan beliau dan panggil kursus sebelum pencen. Masyaallah. Boleh menitis air mata dibuatnya.

nota: MBA tidak pernah sekalipun berpeluang menaiki kapalterbang sepanjang perkhidmatan di sebuah jabatan. Hmmmm.... akan dirakamkan sebaik mungkin dalam ALING.

Tuesday, October 26, 2010

SIAPA YANG MEMBINA KLCC ?


SEBUAH senario yang mungkin terjadi. Seorang pekerja asing pulang ke kampung halamannya dan bercerita kepada teman dan kaum keluarganya.

"tahukah kamu KLCC itu adalah bangunan paling tinggi di dunia?"

"Lantas kamu kira, siapa yang membinanya jika bukan saya?". "Sayalah yang mengangkat batu bata, membacuh simen dan menyusun batu-batu menjadi bangunan paling tinggi di dunia itu".

Senario yang sangat biasa kita dengar bukan?.

Semalam saya bertemu dengan seorang kontraktor. Dia mengaku bahawa dialah yang membina sistem ICT di sebuah hospital di Malaysia yang merupakan sistem ICT yang pertama seumpamanya dalam dunia. Saya hanya senyum sinis dalam hati. Apakah peranan kontraktor itu agaknya? Tarik kabel ataupun bekalkan plug?. Sebabnya nama kontraktor tersebut tidak tersenarai langsung di mana-manapun. Bahkan sayalah salah seorang daripada Ketua Jabatan ICT di hospital tersebut ....

Siapa sebenarnya yang membina KLCC ya?.

Semasa pelancaran KLIA, Perdana Menteri memberi anugerah Tan Sri (bagi pihak Agong) kepada pengurus projek KLIA. Dialah yang bertanggung jawab terhadap pembinaan KLIA. Walaupun dia tidak mengankat batu, tidak membacuh simen secara fizikalnya, tetapi suara dan buah fikiran beliaulah yang menjadikan batu terangkat dan simen terbancuh sehingga KLIA berdiri megah.

entahlah labu ...

Monday, October 25, 2010

MASALAH KONTRAKTOR DAN KONTRAKTOR BERMASALAH



ADA satu kontraktor menghadapi masalah dan memohon temujanji untuk khidmat nasihat. Oleh kerana masa semuanya sudah dipenuhi dengan jadual-jadual lain, maka saya berikan satu slot pada jam 7.30am hari ini.

Hari ini saya agak lewat datang ke pejabat kerana anak-anak lambat bersiap. Biasanya jam 6.30am saya sudah memandu menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke pejabat. Sekitar 7.00am saya sudah mulakan kerja di pejabat. Hari ini saya tiba pada jam 7.30am dan risaukan kontraktor tersebut sudah menunggu. Saya tidak sempat minum pagi dan terus buat kerja sementara menunggu. Hingga kini (jam 9 pagi) dia tidak muncul dan sahlah masalah kontraktor ini sebenarnya ialah kontraktor bermasalah.

sekian.

Wednesday, October 20, 2010

MYJICA DAN BUDU

bertandang ke rumah rakan
dijamu makan malam
singgang dan budu
teh secawan
dan
aku terpandang
myJICA terpampang
(ada gunanya juga rupanya)

Monday, October 18, 2010

NASI MENTAH


SEMASA rehat daripada mesyuarat tengahari tadi, kami dijamu dengan makan tengahari. Apa yang menariknya ialah kami dijamu dengan nasi mentah. Saya tidaklah bermaksud bahawa mereka dengan sengaja menjamu nasi mentah. Apa yang terjadi sudah tentulah suatu kesilapan. Mereka menggunakan katerer untuk menghidang makanan. Nasi mentah ini sudah tentulah angkara katerer berkenaan. Katerer itu sudah tentulah sangat jahat makhluknya. Sudahlah dibayar akan perkhidmatannya, masak nasipun tidak tahu. Nasi mentah diberinya kepada pembesar-pembesar jabatan yang datang bermesyuarat. Memang tidak patut. Sangat tidak patut. Tidak boleh diberi maaf langsung.

Memasak nasi bagi tetamu dalam 40 orang bukanlah susah benar. Jika digunakan pemasak nasi, tidak mungkin nasi akan mentah ataupun hangit. Jika digunakan periuk biasa, ada kemungkinan mentah. Walau apapun, jika telah diketahui nasi adalah hangit, usahlah dijamu. Masaklah semula atau pergilah beli nasi di kedai lain, bukannya susah benar. Namun memandangkan betapa jahatnya hati perut katerer ini, dia hidangkan juga nasi mentah untuk dimakan. Nasib dia memang baik, kerana semua tetamu yang datang adalah orang baik-baik belaka. Tidak seorangpun komplen. Semuanya mengikut sunah, iaiatu tidak makan nasi, cuma makan lauk dan tidak bercakap apa-apa. baik sungguh.

Cuma seorang sahaja yang kurang baik, dia tidak komplen, tetapi tulis dalam blog.

Saturday, October 16, 2010

Thursday, October 14, 2010

50 JAWATAN TERPILIH DALAM KERAJAAN




WAH seronoknya apabila pengarang diberi peluang untuk memilih cover buku...
Yang mana satu pilihan anda? Pertama atau kedua?

Wednesday, October 13, 2010

iSTOCKPHOTO TERBAIK OKTOBER

MERAKAM foto bukan lagi kerja susah
Sesiapa sahaja boleh merakam foto, malahan kanak-kanakpun boleh merakam foto yang baik. Buat duit dengan foto juga kerja senang. Asalkan sudah ada foto yang baik, maka ia adalah bersamaan dengan duit. Apa yang anda perlu tahu, selepas merakam foto yang baik ialah bagaimana foto boleh buat duit. Ya, buat duit dengan foto.

Berikut disertakan foto terbaik bulan oktober yang telah berjaya buat duit. Jika foto anda setaraf atau lebih baik dari ini, sudah tentu anda sudah lama dapat buat duit. Jika belum, rakamlah foto yang berada dalam kategori "baik", kemudian carilah buku panduan bagaimana anda boleh buat duit dengan foto. Salah satu bukunya ialah "Buat Duit Dengan Foto".



Tuesday, October 12, 2010

BUNGA KERTAS TEPI RUMAH


TERDAPAT tiga pohon bunga kertas di laman rumah saya. Pohon pertama dan kedua agak mahal harganya kerana bentuknya yang 'menarik'. Ada seninya. Pohon ketiga, lurus melengkong sahaja. Ia dicampak terbiar sahaja. Yang dua lagi itu disiram, dibelai, dibajai. Namun..... pohon yang terbiat juga yang tidak jemu-jemu untuk berbunga ...

Monday, October 11, 2010

ARAK DAN HALAL


SEBELUM

SELEPAS

RAMADAN tahun ini JAKIM membuat satu kejutan yang amat baik. Banyak sekali bufet Ramadan yang dikategorikan sebagai tidak halal. Apa tidaknya, kedai arakpun buat bufet ramadan. Bagaimana?. Sangat tepatlah tindakan JAKIM tersebut.

Selepas Ramadan, muncul Syawal. Tiap-tiap hari ada rumah terbuka. Bab rumah terbuka yang dibuat di hotel dan restoran ini, kita tidak terdengar pula mengenai halal-haramnya.

Saya dijemput ke satu majlis. Saya enggan pergi sebab setahu saya hotel tersebut tidak ada dalam senarai Halal-JAKIM. Mereka kata hotel mereka memang halal, cuma belum dapat sijil. Masih dalam proses. Saya kata, dalam proses, belum lagi halal, kena tunggu proses selesai dulu. Mereka kata, hotel mereka adalah kepunyaan sebuah 'organisasi' yang tentunya halal ....

Dan sayapun pergi. Saya temui Carlsberg di sana, halalkah?. Saya tegur dan apa mereka buat?. Cuba perhatikan foto sebelum dan selepas....

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

HARI ini ialah hari sepuluh yang sempurna (perfect ten), ia itu 10.10.10. Hari ini dimulakan dengan memberi ceramah EA (Enterprise Architecture) untuk pelajar-pelajar masters di UiTM. Kemudian bergegas pulang untuk menghadiri kenduri kahwin seorang saudara. Kami sekeluarga ditempatkan di sebuah meja yang dikhususkan untuk kaum keluarga. Meriah sekali majlis ini.

Selesai majlis, para tetamu berpusu-pusu untuk bergambar.Hmmmm.... bukan bergambar dengan pengantyin, tetapi dengan artis yang menjadi tetamu undangan dalam majlis ini. Rupa-rupanya dia juga sedara kami ;-)

Wednesday, October 06, 2010

KASUT PEGAWAI LELAKI

RAMAI orang kurang jelas, apakah jenis kasut yang boleh atau perlu dipakai oleh pegawai kerajaan yang lelaki. Kebanyakan yang saya dengar ialah "kasut kulit hitam bertali". Benarkah begitu?. Maknanya kasut selain daripada warna hitam tidak dibolehkan?. Kasut hitam yang tidak bertali juga tidak dibolehkan?. Saya mencari takrifan sebenar "kasut pegawai lelaki" ini, namun yang ditemui rata-ratanya hanyalah bagi pegawai tentera sahaja.


kasut pegawai tentera udara

kasut pegawai tentera darat

kasut pegawai tentera

Tuesday, October 05, 2010

PETUA BUNGA KERTAS


SAYA sudah bosan melihat bunga kertas dalam pasu di laman rumah saya. Ia tidak segar. Ia kurang subur. Ia tidak berbunga. Menyampah saya tengok. Buat menyemak sahaja.

Petua Orang Melayu terhadap bunga kertas yang buat pe'el begini ialah buang sahaja. Campak sahaja. Jangan dimanja. Jangan dibelai. Nanti ia akan berbunga lebat. Lebih lebat daripada yang dibaja dibelai.

Hmmmmm.... entah betul entah tidak. Saya akan campak dua pasu bunga kertas di laman lumah ini ke luar, di tepi jalan. Tengoklah nanti apa yang akan jadi ....