Labels

Tuesday, January 25, 2011

YUSMAR



Yusmar - WorldCare.

Monday, January 24, 2011

BUDIN



Sabaruddin Mohamed - Naib Presiden myJICA.

Sunday, January 23, 2011

ERNA FEZURA



Erna Fezura - Huawei

Saturday, January 22, 2011

AMRI



Amri - KometSoft.

Friday, January 21, 2011

BUKU WAJIB BACA



Sri Diah Shaharuddin Sem. Malaysia RM18.00 Sabah/Sarawak RM21.00

Tuan dan puan boleh juga beli dengan penulisnya secara online. Sila add Mba San di Fb - mana tahu jika tuan penulis mahu hadiahkan sesuatu kepada setiap pembeli buku ini melaluinya :)

Thursday, January 20, 2011

POSTER



Terima kasih Oasis Buku

Wednesday, January 19, 2011

HAFIZA ANOM



"TQ MBA for the book"

Tuesday, January 18, 2011

NILAI TERAS (CORE VALUE)



Safety (keselamatan)
Courtesy (hormat)
Integrity (integriti)
Profesionalism (profesional)
Continous Improvement (peningkatan berterusan)

Monday, January 17, 2011

TANITA



Berat Badan: 76.1kg (ideal .... 62.8kg)
Tinggi: 169cm
BMI: 26.6. Hmmmmm ..... normal ialah 23
%Lemak: 25.7
Obesiti: 21.2%

Lemak kena buang: 2.7kg.

Bagaimana ni?..... ada cara?...

Sunday, January 16, 2011

BUKU SAYA TOP 500


SEINGATNYA saya mula mengenali dunia penulisan penerbitan pada tahun 2007 apabila menghadiri bengkel penulisan PTS. Dari situ saya menulis buku Travelog Jepun.

Pada tahun 2008 buku saya berjudul "Kerjaya Dalam Bidang ICT" diterbitkan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 saya sudah menjadi seorang penulis. Buku ini diterbitkan secara kebetulan sahaja. Saya membuat cadangan kepada editor dan ia ditolak kerana buku tersebut sedang ditulis oleh pengarang lain. Namun entah bagaimana, pengarang asal gagal menyiapkan kerjanya. Saya ditawarkan untuk menulis. Saya mula menulis dan menyiapkan manuskrip buku tersebut dalam masa sebulan. Tiga bulan menunggu proses editan dan penerbitan. Akhirnya terbitlah buku pertama 2008.

Editor meminta saya tulis dua buah buku lagi. Saya tulis "50 jawatan terbaik dalam ICT" dan "50 jawatan terpilih dalam kerajaan". Ia juga disiapkan dalam masa satu bulan. Ia bermakna dua minggu bagi satu buku. Namun penulisannya berselang-seli. Bukan dua minggu satu buku, tetapi sebulan dua buku. Ia diserahkan kepada editor dan diperamkan tanpa berita. Saya menulis surat meminta manuskrip dipulangkan dan editor memohon maaf kerana gagal menerbitkan buku saya dan memulangkan manuskrip. Beliau sudah tidak lagi bekerja di peneribit tersebut.

Dalam 2009, saya menghadiri kursus penulisan buku "buat duit dengan ...". Proposal saya "Buat Duit Dengan Kamera" diterima. Saya mula menulis. Tidak lama. Manuskrip disiapkan. Akhirnya buku "Buat Duit Dengan Foto" diterbitkan. Editor mengubah "kamera" kepada "foto". Tidak mengapa. Alhamdulillah.

Dari situ saya berazam untuk keluarkan 1 buku setiap tahun sebelum bersara daripada pekerjaan maan gaji. namun 2010 agak malang. Tidak ada satupun buku saya diterbitkan. Manuskrip "Travelog Jepun" yang ditulis semenjak 2007 sudah bertukar ke beberapa tangan editor. Ia tetap tidak diterbitkan. Beritanya juga disembunyikan. Permohonan untuk mendapatkan kembali manuskrip juga gagal dan hampa.

Walau bagaimanapun hujung 2010 sebuah buku saya "50 Jawatan Terpilih dalam Kerajaan" telah diterbitkan oleh sebuah penerbit lain. Syukur sangat. Tiga tahun Tiga Buku masih tercapai. Tempahan demi tempahan terhadap buku tersebut saya terima. Ramai orang ingin membeli dan memilikinya.

Kini 2011, saya mengharapkan buku keempat "50 Jawatan Terbaik dalam ICT" dapat dikeluarkan. Ia telah dikemukakan bersama dengan buku yang ketiga.

Buku "Buat Duit Dengan Foto" adalah buku TOP 500:-

Senarai Judul TOP 500 PTS Berdasarkan Nilai RM Jualan 1 Januari - 31 Disember 2010

Senarai Judul TOP 500 PTS Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual antara 1 Januari - 31 Disember 2010

Saturday, January 15, 2011

SURAT SAMAN


SUDAH menjadi lumrah harian saya, apabila pulang ke rumah akan terus melihat perti surat. Ada kalanya ada surat, ada ketikanya kosong. Hari ini selepas pulang berkayuh, terdapat sekeping surat dari pejabat peguam. Alamak..... siapa pula yang menyaman?.

Berdebar.

Aku ada pukul orang ke?.
Ada khianat orang ke?
Ada buat apa-apa salah ke?
Pusing jadinya.



Setelah surat dibuka, ya..... saman dari Indah Water kerana 'lambat' bayar bil.

Nasib baik.

Tuesday, January 11, 2011

HARI LAHIR MAHARAJA JEPUN



SAYA agak ada lebih dari seratus kedutaan negara asing di Malaysia. Maknanya ada lebih dari 100 duta berada di negara kita.

Selain daripada Jepun, saya juga pernah belajar di UK dan USA. Namun begitu, Jepun sangat istimewa. Pada setiap kali duta mereka bertukar masuk dan bertukar keluar, saya (dan rakan-rakan) akan dijemput ke kediaman duta untuk majlis makan-makan, sembang-sembang. Hari keputeraan maharaja (emperor) mereka juga dijemput sekiranya ada sambutan dibuat.

Terasa kita ini istimewa, sebab mereka membuatkannya istimewa.

Barangkali duta Malaysia di negara asing juga perlu berbuat perkara yang sama bagi warga asing yang pernah menuntut atau bekerja di Malaysia. Apabila kita membuatkan orang lain istimewa, maka kita juga istimewa.

Monday, January 10, 2011

WAJAH DI KALENDAR 2011

PADA tahun ini, terdapat wajah sendiri di kalendar dan diari rasmi Jabatan.
Wow!

Sunday, January 09, 2011

ANAK DI PLKN

PAGI tadi kami sekeluarga menziarahi anak ke-5 di kem PLKN. Saya tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat. Nampak segak anak kita.... mak dia kata.

Monday, January 03, 2011

MENDAKI GUNUNG FUJI 2011




Ekspedisi ke Fuji-san 2011

Hari 01 (30 Jun/Khamis) – Menaiki pesawat MAS / JAL ke Narita, Jepun.

Hari 02 (1 July 2011/Jumaat) – Tiba di Narita / Haneda, Jepun pada awal pagi.~Urusan imigresen dan kastam ~Menaiki bas menuju ke Stesyen Shinjuku ~ Setiba di Shinjuku adalah acara bebas~ Tiba waktu untuk menaiki bas ke Kawaguchiko Stesyen ( 2 jam perjalanan ). ~ Daftar masuk ke Kawaguchiko Inn ~ Acara bebas.

Hari 03 (2 July 2011/Sabtu) – ~Bersiap untuk menaiki bas ke stesen ke 5 Fuji-san ( 1 jam perjalanan) ~ Tiba di stesen ke 5 ~ Membeli kelengkapan untuk mendaki seperti: tongkat / oksigen / makanan. ~ Mula mendaki dari stesen ke 5 ( 2,300 m dari paras laut) ~ Tiba di stesen ke 8 ( 3,100 m) menginap di Taishikan Hut (setelah mendaki sekitar 6-7 jam) ~ Berehat secukupnya.

Hari 04 (3 July 2011/Ahad) – Seawal 12:30 pagi mula mendaki kembali untuk ke puncak (3,776m)~ tiba di puncak pada 3:30 pagi untuk menikmati matahari terbit. Cuaca di puncak adalah sangat sejuk (7c). ~ Pada pukul 6:00 pagi mula untuk perjalanan turun ke stesen ke 5 Fuji –san ~ Tiba di stesen ke 5 sekitar 10:30 pagi ~Berehat dan membeli cenderahati ~Menaiki bas ke stesen Kawaguchiko. Mengambil beg beg di Kawaguchiko Inn ~ Menaiki bas ke stesen Shinjuku ~ Menaiki keretapi ke Ikebukuro untuk ke hostel penginapan ~ Acara bebas.

Hari 05 (4 July 2011/Isnin) – Acara bebas.

Hari 06 (5 July 2011/Selasa) – Daftar keluar. Menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita / Haneda untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur

SAYONARA!!



Pakej termasuk:

Menaiki pesawat Japan Airlines atau Malaysia Airlines ke Narita, Jepun

Cukai / surcaj – tertakluk kepada harga semasa.
1 malam penginapan di Kawaguchiko Inn atau setaraf dengan nya
2 malam penginapan di Sakura Hostel di Ikebukuro atau setaraf dengan nya.
1 malam penginapan di Taishikan Hut setaraf dengan nya.
Pengangkutan dari Narita ke Tokyo (pergi – balik)
Pengangkutan dari Shinjuku ke Kawaguchiko (pergi – balik)
Pengangkutan dari Kawaguchiko ke stesyen ke 5 Fuji-san
Tour Manager dari IGNS Holidays

Harga pakej:
RM 3950.00* seorang untuk pendaki
RM 3990.00* seorang yang tidak mendaki



*Harga tertakluk pada perubahan cukai & surcaj

* Minimum 15 orang
* Pada 28 Januari 2011 perlukan nama nama peserta
* Pada 28 Feb 2011 perlu mengambil deposit1 sebanyak RM500
* Pada 31 Mac 2011 perlu bayaran deposit2 sebanyak RM1000
* Pada 31 May 2011 pendaftaran ditutup dan baki bayaran perlu dilangsaikan

BERMINAT ? - MAKLUMKAN KEPADA SAYA

atau

IMPIAN GLOBAL NETWORK SERVICES (001901459-A)
Head Office : 62 - 3 , Platinum Walk , No. 2 , 53300 Kuala Lumpur
Tel / Fax : 03 - 4142 9390