Wednesday, January 31, 2007
LOW YAT TIADA LAGI
Plaza Low Yat dan Plaza Imbi adalah merupakan syorga kepada pengguna ICT di Malaysia, malahan dari seluruh pelusuk dunia juga. Anda boleh memperolehi apa jua perisian yang mungkin tidak boleh dapat ditemui di mana-mana pelusuk dunia dengan hanya RM5 bagi sekeping CD atau RM15 bagi VCD. Suatu industri cetak rompak yang banyak membantu pengguna ICT memiliki perisian dengan harga patut.
Namun kini (agaknya sempena dengan tahun melawat Malaysia), Plaza Low Yat dan Plaza Imbi tidak lagi menjual perisian sebegini. Ia telah diputihkan (barangkali).
Anda tahu di mana lagi untuk mendapatkannya?.
Sunday, January 28, 2007
RESEPI TEH TARIK
RAMAI orang berpendapat bahawa teh tarik kedai mamak adalah sedap dan ada umph!.
Apakah resepi dan apakah petua membuat teh tarik ini?
Hanya mamak yang tahu.
Semalam saya minum teh tarik di La Cucur.
Harga dia memang dua kali ganda teh tarik dari kedai mamak
Rasa dia?. Barang kali dua kali ganda kurang sedapnya.
Walau bagaimanapun saya rasa, rasa dan mutu teh tarik di La Cucur adalah sama sahaja, bukan kadang-kadang manis, kadang-kadang tawar, Sebabnya, teh tarik di sini seolah-olah sudah ada resepi yang tetap. Pelayan hanya tarik sahaja kerana memang tehnya telah tersedia.
Namun dalam resepi membuat teh tarik yang La Cucur lupa nak berguru sampai khatam ialah, berapakah suhu air panas yang paling sesuai untuk teh tarik. Suhu teh tarik di sini adalah sepanas-panas, semaksima yang mungkin. Akibatnya ...... melecurlah bibior (kata orang Perak) ataupun tunggulah dalam 30 minit untuk menikmati teh tarik tersebut!.
PENALTI
Walau bagaimanapun dalam dunia pekerjaan, biasanya penalti bermaksud:
Tambahan beban kerja kerana anda telah menyempurnakan kerja yang diberikan dalam masa yang singkat/ditetapkan atau kerana rakan sekerja anda memang lembat membuat kerja (baca sedang berfikir).
Adalah menjadi sesuatu yang paling biasa:-
1. Ahli yang datang awal untuk bermesyuarat dikenakan penalti menunggu ahli yang datang lewat.
2. Pekerja yang cekap dikenakan penalti membuat kerja lebih banyak dan lebih berat
3. Pekerja yang rajin dikenakan penalti bertugas pada masa cuti dan biasanya tidak boleh bercuti
4. Pekerja yang pandai dikenakan penalti memberi kursus @ tunjuk ajar kepada pekerja yang dungu lagi lembab. Mereka dijadikan batu asah kepada belakang parang yang tidak pernah menjadi tajam, malahan batu asah yang jadi semakin nipis.
5. Pekerja yang rajin lagi cekap tidak boleh meninggalkan ofis hatta untuk berkursus wajib, sementara pekerja yang kurang cekap dihantar berkursus jauh-jauh di sebarang sungai atau laut.
6. Pekerja lemah dikenakan penalti berkursus yang mahal-mahal.
Adakah ianya benar di tempat anda?.
Setelah menghadiri bengkel Pemikiran Lateral minggu lepas, saya telah mengamalkan penalti hanya kepada yang bersalah dan ganjaran kepada yang baik.
Saturday, January 27, 2007
HOMEATAY LAGI
Puan Norimah adalah OKU (penglihatan). Beliau telah menerima latihan lanjutan reflexologi dari JICA di Okinawa, Jepun. Yasmin (nama Melayu yang digunakannya) adalah seorang guru sekolah kanak-kanak istimewa di Jepun. Beliau sudah 7 tahun berkhidmat di sekolah tersebut. Dia mengambil cuti selama dua tahun untuk ke Malaysia menyertai JOCV dan akan ditempatkan di Sabah.
Meraka adalah Ibu dan anak angkat program homestay myJICA
DUA MINGGU YANG SINGKAT
Hari demi hari bersama keluarga angkat. Dari kenal timbul sayang. Bila tiba hari perpisahan, jantung hati lagi berdebar kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu dipisahkan. Namun setiap pertemuan mesti berakhir dengan perpisahan jua. Ya empat sukarelawan akan terbang ke Sabah dan Sarawak mulai besok untuk memulakan tugas sukarela mereka selama 2 tahun dan seorang lagi akan bertugas di Pahang.
Selamat bertugas di negara kami.
Thursday, January 25, 2007
PM AKAN LARI?
PM akan lari ke mana?. Meninggalkan Malaysia?
Oh tidak!.... "run" bukan "lari:. Cuba baca betul-betul
PM: I’ll run in next elections
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wants to run in the next general election and continue leading the country.
“I think so. I think so. There is a lot of work to be done. There is a lot of work. Yes,” the Prime Minister said when asked if he still had the appetite for the job and planned to contest in the next elections, expected in 2009.
Monday, January 22, 2007
JIBUNSHI
Di Jepun, tradisi menulis dan menerbitkan jibunshi ini telah lama berakar umbi. Ia ditulis oleh orang-orang awam untuk menceritakan pengalaman hidup khususnya saat-saat sukar dan trauma melalui zaman Perang Dunia Kedua. Mereka kemudiannya menjadi saksi mata bagi perubahan radikal dalam masyarakat. Sejarah mereka begitu penting untuk tatapan generasi muda yang tidak pernah melalui `zaman penderitaan'. Sekiranya kisah mereka tidak penting untuk tatapan umum, ia tetap penting untuk tatapan keluarga dan kaum kerabat.
Sehingga kini banyak bengkel dan pertandingan penulisan jibunshi diadakan untuk mencungkil bahan sejarah yang tidak tercatat dalam mana-mana penerbitan.
peserta dalam sebuah bengkel jibunshi.Di antara dokumen yang terkenal dalam penulisan jibunshi ialah "How to jibunshi: Making and Marketing Self-Histories of Showa among the Masses in Postwar Japan"
Di Malaysia penulisan jibunshi atau lebih tepat lagi memoir tidaklah begitu popular dan dianggarkan lebih sedikit daripada 30 judul telah diterbitkan.
Adakah anda berminat untuk menulis dan menerbitkan jibunshi sendiri? Dengan hanya RM10 anda boleh menghadiri bengkel penulisan jibunshi. Klik di sini.
Friday, January 19, 2007
TAHUN BARU
Wednesday, January 17, 2007
WAKARIMASEN
AHAD lepas, satu majlis penyerahan anak-anak angkat dari Jepun kepada keluarga Melayu/Malaysia telah dilaksanakan dalam keadaan serba sederhana tetapi meriah (ayat standard media masa negara kita). Anak-anak angkat ini sebenarnya bukannya budak-budak (tak layak masuk puteri umno), tetapi adalah remaja matang (lewat dua puluhan) yang sudah 7-8 tahun bertugas di negara mereka setelah keluar dari universiti di sana.
Betapa siksanya mencari keluarga angkat kepada mereka ini boleh dikarang dalam suatu bab lain. Namun rata-rata masyarakat kita tidak begitu gemar mengambil 'anak angkat' ini adalah kerana perbedaan budaya dan ugama. Jika begitu sampai bila ugama kita mahu berkembang? KEsemua mereka ini mahu mengetahui agama kita dengan lebih lanjut dan mendalam. Hidayah? Oh itu Allah punya kuasa.
Mereka datang ke sini untuk menjadi sukarelawan di sekolah-sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa, yang cacat anggota. Selama dua tahun mereka akan ditempatkan sebagai pengajar dan pengasuh kepada kanak-kanak kita. Mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Mereka diberi latihan intensif mempelajari bahasa Melayu selama dua bulan di negara mereka dan sebulan lagi di negara kita (termasuk 2 minggu homestay). Berbekalkan keupayaan tersebutlah mereka akan ditempatkan di lokasi-lokasi pendalaman yang telahpun dikenalpasti.
Secara singkatnya, kita dapat khidmat profesional mereka secara langsung untuk mengasuh kanak-kanak istimewa kita.
Persoalannya apa yang mereka dapat?. Apa yang negara mereka dapat?. Mengapa harus bersusah payah meninggalkan jawatan sekarang untuk menjadi sukarelawan?. Mengapa perlu bersusah payah mempelajari bahasa asing?.
Jawapannya hanya ada mereka.
Walau apapun, tahun ini ada tiga batch homestay sebegini yang perlu kami cari ibu-bapa angkat mereka.
p.s wakarimasen = saya tak faham
Monday, January 15, 2007
NAMA, GELARAN DAN PANGKAT
Kaptan Abu
Inspektor Dolah
Penguasa Ali
Prebet Mat Zen
Kemudian jawatan-jawatan tertentu juga, misalnya:-
Ustaz Jusuh (ustazah pagi ustaz perempuan. Ini sahaja gelaran yang ada jantina)
Cikgu Zakaria (guru besar atau guru kecik, dipanggil cikgu juga hingga meninggal)
Dr.Ramasami (pembacuh ubat Chandran tidak digelar)
Ir. Wong (Pembantu Teknik Senik tidak digelar)
Sister Esah (walaupun penjawatnya lelaki, dipanggil sister juga)
Matron Che' Jah
Profesor John (dekan Mat Sepiah tidak digelar)
Tetapi tidak semua jawatan atau pangkat yang digelarkan. Misalnya Presiden Bush (orang kita tidak gelar Perdana Menteri Abdullah, macam Mat Salleh gelar Prime Minister Abdullah).
MUNGKIN sudah tiba masanya pangkat-pangkat lain juga turut digelar bersekali dengan nama penyandang agaknya:-
KP Sharif
KSU Bahadur
Hakim Mat Lela
Pengarah Che Kub
Pemandu Mat Saman
JADI, bila mereka bersara bolehlah simpan gelaran tersebut KP(B), KSU (B), Pemandu (B). PM (B), MB (B), AP(B).
ha ha ha ha.
Sunday, January 14, 2007
APA GUNA MESYUARAT?
Berikut adalah petikan dari satu mesyuarat besar yang saya pernah hadiri:-
PENGERUSI: Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang logo ini. Sebarang komen boleh dikemukakan dan akan dipertimbangkan.
ORANG KECIL 1: Terima sahajalah logo ini, lagipun ia telah dicetak.
PENGERUSI: Tara boleh terima. Mesyuarat ini tada kuasa terima, kita boleh cadang saja.
ORANG KECIL 2: Ada softcopy tak?. Saya mahu letak dalam homepage.
PENGERUSI: Kita akan edar softcopy setelah logo ini diterima. Sekarang tak boleh edar.
ORANG BESAR: Saya fikir logo ini kurang bagus. Logo sudah ada Japan-Malaysia, mengapa huruf masih perlu ada lagi?. Memadai dengan Friendshi Year lagi, tulis besar-besar.
PENGERUSI: Ya .. ya... idea sangat bagus. Saya mahu bincang. Tapi.... berapa besar kita boleh cetak?.
ORANG KECIL 1: Jika boleh pinda lagi, saya tengok huruf "M" bukan macam "M", tapi "AA". Saya cadang tulis betul-betul biar jadi betul macam "M"
PENGERUSI: Ini logo sudah pakai tahun lepas, komiti tahun lepas sudah terima ini logo, tukar tahun saja. Mana boleh pinda lagi. Oh ya... ini logo sudah cetak, sudah edar, sudah mau guna. Kita tara boleh pinda lagi.
HADIRIN: JIka begitu kita cadang terima saja logo ini, tanpa pindaan, habis cerita.
PENGERUSI: Jika semua setuju, kita terima ini logo. Terima kasih.
Friday, January 12, 2007
SEKOLAH KITA SEKOLAH ORANG
Tiap-tiap tahun kena isi borang yang sama. Nak bil air, nak bil api, nak salinan myKAD, nak slip gaji, nak cukai pendapatan. Cikgu nak buat apa dengan benda-benda ini semua?. Nasib baik bukan tiap-tiap tahun cikgu minta surat nikah emak-bapak!. Saya tak pernah pinjam buku sekolah untuk anak-anak saya, sebab saya tak layak dan tak mahu menipu kata pendapatan terlalu kecil walaupun anak ramai. Dah kata tak layak, maka tak layaklah. Jadi saya tulislah NAK BELI BUKU SENDIRI (TAK MAU PINJAM BUKU SEKOLAH). Itu macam punya tulispun kena disahkan dengan cukai pendapatanlah, slip gajilah. Nak beli buku sendiri dengan duit sendiripun tak boleh? Mesti yengok slip gaji?. Ayo... yo... sami, bukan saya mau pinjam la.....
Betapa perihatinnya sekolah kita kan?.
Menyekolahkan anak sendiri di negara sendiri ni kadang-kadang banyak risaunya.... Risau anak hilang dalam sekolahlah, risau anak jatuh @ cederalah, bergaduhlah, lapar tak makanlah, tertinggal baslah dan macam-macam lah lagi.....
Habis saja waktu persekolahan @ 1pm, murid-muridpun menyerbu pintu pagar. Ada yang balik naik basikal, naik bas, naik van, jalan kaki, dijemput oleh penjemput dan sebagainya. Cikgu pula buatlah kerja manusia biasa selepas jadi cikgu. Adakah cikgu kelas kenal murid dia? Kena penjaga murid dia? kenal drebar van murid dia? kenal drebar peribadi murid dia? kena penjemput murid dia?. saya rasa TIDAK.
Semasa menyengolahkan anak di negara penjajah, kerisauan ini tak muncul. Sebabnya cikgu darjah adalah manusia yang terakhir meninggalkan bilik darjah. Cikgu akan hantar anak murid dia kepada bas sekolah, kepada kereta penjaga, kereta penjemput dan sebagainya yang semuanya dikenali oleh cikgu. Jika tak kenal... minta maaf, anak tu tidak akan dilepaskan dengan sewenang-wenangnya. MENGAPA? adakah negara mereka tidak aman atau cikgu dia berdedikasi?. atau kerana faktor alam sekeliling?.
Entahlah labu.... (dulu labu kena jajah, tapi labu tak ikut jejak langkah penjajah yang baik-baik).
Wednesday, January 10, 2007
ULANG TAHUN KE-50
2007 adalah merupakan ulang tahun ke-50 persahabatan Jepun dengan Malaysia. Persahabatan ini terjalin selepas kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 dan 9 hari kemudian kedutaan Jepun telah ditubuhkan di Malaya.
Sempena dengan ulang tahun ke-50 ini, beberapa program telah dirancang untuk diadakan. Di antaranya ialah:-
* Seminar Pendidikan Jepun
* Persembahan Drum Jepun
* Persembahan OKU Malaysia/Jepun
* "Pinokio" (musikal Konnyaku)
* Bengkel Layang-Layang Jepun
* Rakugo (sesi bercerita Jepun)
* Tarian kontemporari Jepun "three sisters"
* Tarian kontemporari Jepun "Odori ni ikuze"
* Pertandingan Bertutur Bahasa Jepun
* Pameran Kartun Asia
* Festival Filem Jepun
* Pameran Foto Jepun
* Persembahan Tarian Okinawa
* Konsert Jazz (Tetsuya Shionoya)
* Konsert Muzik Tradisional Jepun
+ Pertunjukan "Marshal Arts"
+ Perlumbaan GT Jepun
+ Bonodori
% Seminar Jibunsyi
% Bengkel & Pameran Haiku
* Yuran masuk: PERCUMA
Nak turut serta?. Sila rujuk di sini dari semasa ke semasa.
Tuesday, January 09, 2007
MENGAPA JADI BEGINI?
DULU (lama dulu) semasa saya belajar di negara matahari terbit, seorang kawan teringin sangat untuk membeli kereta dan membawanya balik ke Malaysia. Sebenarnya saya juga teringin, cuma tidak mempunyai kemampuan dan tidak membuat sebarang persediaan. Kemampuan kewangan tidaklah teuk sangat memandangkan elaun kursus kamipun jika dikumpul memang boleh membeli sebuah kereta terpakai yang masih elok. Cuma dari segi persediaannya, perlulah ada. Pada masa itu AP perlu dipohon terlebih awal. (Itulah pertama kali saya dengar apa itu AP pun, jadi macamana nak apply AP?).
Dipendekkan cerita, saya dan kawan saya ini dan kawan-kawan dia serta kawan-kawan saya dan kawan-kawan kami semua keraplah pergi dari satu kedai ke satu kedai meninjau harga dan model kereta. Setalah ada yang berkenan, dia ajak pensyarahnya menemaninya untuk membeli kereta tersebut. Sebuah kerata Honda (saya dah lupa Accord ataupun Civic). Amat menarik sekali proses jual belinya. Tidak ada sebarang wang pendahuluan atau bayar muka atau yang seerti dengannya berlaku. Tuan punya kedai beritahu, awak boleh bayar apabila tiba masanya untuk membawa kereta ini pulang ke Malaysia nanti. Urusan perkapalan dan kastam serta prosedur di Jepun dia akan uruskan. Wau! enam bulan lagi masa nak balik tu.... (masa tu AP boleh dikeluarkan walaupun tempoh berada di luar negara kurang dari setahun).
Sebenarnya apakah yang menyebabkan penjual membuat transaksi sedemikian?. Jawapannya hanya satu, iaitu KEPERCAYAAN.
ii. DI MALAYA
MINGGU lepas kami membuat kursus @ bengkel ICT secara PERCUMA kepada murid-murid tua (alumni) kami, termasuk yang belajar dari kolej yang disebutkan di atas.
Kelas percuma selama dua hari ini tidak memungut sebarang wang sebagai deposit atau pengeras. Ia adalah percuma, malahan makan minum juga diberikan percuma. Apa yang diperlukan hanyalah beritahu nama dan contact bahawa "saya akan datang". Selainnya adalah KEPERCAYAAN, sebab semuanya pernah belajar di negara matahari terbit. Namun sehingga matahari terbenam, tidak seorangpun yang telah berjanji untuk hadir telah muncul. Kesemuanya uzur (barangkali) tanpa sepatah pesan. Yang hadir (lebih ramai guru dari murid) ialah yang "dipaksa" untuk hadir.
iii. MENGAPA demikian?.
Monday, January 08, 2007
BUNGA DI PEJABAT
Dia memang tidak terkejut melihat ofis kami yang besar, sebabnya memang dia dah jangka. Namun dia terkejut, katanya mengapa pejabat-pejabat kerajaan di Malaysia banyak dipenuhi dengan bunga-bunga dan bunga-bungaan?. Secara berseloroh saya memberitahunya bahawa jika saya dah lulus kursus seni taman Jepun ataupun ikebana, nanti ofis saya akan dipenuhi dengan ikebana atau seni taman Jepun. Kami sama-sama ketawa.
Habis tu orang Jepun letak bunga di mana?.
Kubur, jawabnya sepatah.
Honto desuka? saya cuba guna kemahiran berbahasa Jepun yang hanya tahu sepatah dua saja.
Adakah dengan adanya bunga-bungaan yang banyak ini akan meningkatkan produktiviti?.
Sebenarnya.... ia boleh membekalkan Oksigen kepada manusia. Ia bagus!.
Alahai.... ini bunga plastiklah MBA-san, bunga bunga betul!.
OKlah.... biar saya berterus terang. Bunga-bunga ini dibeli semasa Christmast shopping. Awak faham maksudnya kan?.
Ya, saya tahu apa itu Christmast shopping, tapi mengapa beli bunga?. Mengapa tak beli buku, gambar, poster, lukisan, karya seni atau barang-barang lain yang lebih bermenafaat?.
Entahlah.
Bagaiamana pula hiasan dalam pejabat-pejabat di Jepun?. Tanya saya.
Biasa saja, tetapi setiap sesuatu yang dijadikan hiasan mempunyai makna yang mendalam. Ad "roh"nya.
Ooooo begitu rupanya.
Sunday, January 07, 2007
MEE SEGERA
Pencipta mi segera meninggal dunia
TOKYO 6 Jan. – Pencipta mi segera, yang kini merupakan antara makanan popular, meninggal dunia di sini semalam pada usia 96 tahun.
Momofuku Ando (kiri) meninggal dunia kerana penyakit jantung, kata jurucakap Nissin Food Product Co., syarikat yang diasaskan oleh beliau.
Syarikat itu ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua.
Media Jepun memuji beliau atas kejayaannya membawa mi segera ke seluruh dunia dan angkasa lepas.
Ando dilahirkan di Taiwan pada 1910 semasa pendudukan Jepun dan mengendalikan syarikat pakaian dan beberapa syarikat lain di Taipei dan Osaka pada awal kariernya.
Media Jepun menambah, Ando mendapat inspirasi mi segera pertama dunia semasa melihat orang ramai beratur panjang untuk membeli mi ‘ramen’ segar dari sebuah gerai pasaran gelap ketika berlakunya kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Selepas produk Chicken Ramen yang diperkenalkan pada 1958 menjadi terkenal walaupun dijual pada harga RM1.04 (35 yen), beliau memperkenalkan Cup Noodle pada tahun 1971.
Mi segera dalam bekas stirofom kalis air yang hanya perlu disediakan dengan menuang air panas membuktikan satu kaedah pemasaran terbaik ketika penduduk dunia semakin dihimpit kesibukan dengan kerja seharian.
Ando menjadi perhatian ramai ketika muncul di kaca televisyen pada 2005 untuk mempromosikan versi Cup Noodle yang membolehkan ia dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery.
Beliau yang kerap dilihat sedang menjamah hidangan yang diciptanya, turut membuka sebuah muzium yang mengabadikan mi segera di Osaka pada 1999.
Ando meninggalkan seorang balu, Masako.
Kali terakhir mendiang muncul di khalayak ramai ialah pada Rabu lalu apabila menyampaikan ucapan sempena tahun baru di Ibu Pejabat Nissin dan menikmati Chicken Ramen pada majlis makan tengah hari bersama para eksekutifnya.
– Agensi
Friday, January 05, 2007
KENA TIPU
Namun minggu lalu, saya pergi jugalah basuh kereta. Rasa-rasanya ia adalah pertama kali dibasuh (di kedai). Harga basuh cuma RM8. Harga polish RM40. Harga Wax RM40. Harga istimewa ialah RM120. Macam orang kaya, saya ambillah harga istimewa ini setelah dipujuk rayu oleh budak-budak pembasuh kereta ini. Harga ini termasuk basuh, polish, wax dan ditambah percuma basuhan sebanyak 5 kali lagi. PERCUMA.
Dah siap basuh. Dah siap wax. Dah siap polish. Berkilat-kilatlah kereta. Dah bayar, diberikan sekeping kad untuk basuhan PERCUMA akan datang.
"TAPI bang.... basuhan percuma ini hanya laku untuk sebulan sahaja."
"Apa?. Ada ke orang basuh kerata 5 kali sebulan?"
"Ada! ... orang yang dapat kad basuh kereta percumalah"
"(dalam hati) Celaka punya budak. (diluahkan) Itu dah kira tipu dik. Mana ada logik basuh kereta 5 kali seminggu. Saya nak balik duit saya, RM40 (RM8X5)"
"Tak boleh bang. Kami tak tipu. Memang betul percuma 5 kali basuh".
"Tapi tak cakappun 5X dalam sebulan saja?"
"Abang tak tanya!".
"Penipu!. Aku tak akan datang lagi basuh kereta kat sini".
Padan muka aku..... sekarang kereta dah kotor semula dan itulah tanda aku sayangkan kereta aku.
Thursday, January 04, 2007
TIONGHUA, TAMIL LEBIH BAIK DARI ARAB?
Hari pertama bersekolah biasanya kecoh. Menangis adalah perkara biasa bagi budak-budak. (bukankah kita juga pernah jadi budak?. Namun pada zaman kita, semuanya OK, Ibu bapa tak perlu hantar ke sekolah. Kita bawa diri sendiri sahaja ke sekolah. Amboi-amboi hebat sungguh kelentong kita ya, lagipun siapa yang nak tahu? : baca: kita bukanya popular sangat masa kecil).
Seingat saya, sekolah dulu mengajar matapelajaran ugama Islam dan murid bukan Islam diberi pilihan untuk ambil matapelajaran tatanegara atau sivik atau yang setaraf dengannya. Kini mata pelajaran tersebut diganti dengan bahasa Arab. Makan bergulunglah lidah anak Cina dan anak Cina mempelajari bahasa Arab. Kepada ibu-bapa mereka cikgu berpesan, ini bukan mau ajar lu punyak anak masuk Islam, ini bahasa Arab saja ma... Anak-anak Melayu juga bergulung lidahnya ahlan wa sahlan. Ia bukan kelas Quran, ia adalah kelas Arab.
Tamat sekolah kebangsaan nanti, anak Cina boleh berbahasa Cina, Melayu, Ingeris dan Arab. Begitu juga dengan anak India. Anak Melayu?. Hanya tahu bahasa Melayu (yang tak berapa betoi).
Apa salahnya jika di sekolah rendah, matapelajaran bahasa Tionghua dan Tamil diajar kepada murid-murid Melayu (dan lainnya)?. Kurang-lurangnya rakyat Malaysia yang tamat sekolah, boleh mengerti bahasa rakyatnya yang berbilang kaum.
MBA: Saja geletek.
Wednesday, January 03, 2007
PERCUMA?
MANA adas barang percuma (yang betul-brtul percuma) di dunia ini?. Mungkin percuma pada peringkat awal (baca beta), kemudian dikenakan caj. Mungkin percuma untuk setahun dua, kemudian kena bayar. Mungkin percuma semasa belum maju, lepas dah laku kena duit.
Adakah yang betul-betul percuma?.
Semenjak beberapa tahun yang lepas, ramai umat manusia yang mendapat perkhidmatan antivirus AVG secara percuma. Antivirus ini memang bagus, me,mang berkesan, sungguh mujarab. Kesemuanya percuma. Selang tidak berapa lama, AVG mengeluarkan antivirus yang berbayar pula, khusus untuk kegunaan korporat. Namun bagi kegunaan individu dan organisasi bukan keuntungan, ia masih lagi percuma.
Walau bagaimanapun selepas 15 Januari 2007 ini, AVG tidak lagi percuma, kesemuanya kena bayar. YA lah, setelah bertahun-tahun menggunakan barangan dan perkhidmatan percuma, jika ia bagus mengapa tidak sanggup untuk bayar?. Jika ia akan diberikan secara percuma hingga akhir hayat, nescaya pendeklah hayat produk tersebut.
Di mana lagi ada antivirus percuma ya?.
Tuesday, January 02, 2007
BILA TALIAN TERPOTONG
Setelah gempa ini berlaku, laman saya hanya dikunjungi oleh 40-50 orang sehari. Mengapa ya?. Jawapan mudah ialah kerana laman ini diletakkan di USA, sedangkan 80% pengunjungnya dari Malaysia. Mengapa begitu? Mengapa meletakkan laman anda di luar negara?. Jawapannya mungkin begini:-
1. Luar negara percuma, dalam negara berbayar
2. Luar negara laju, dalam negara perlahan
3. Anda perlu jadi super-patriotik untuk letak laman dalam negara
Anda setuju?
Monday, January 01, 2007
SELAMAT TAHUN BARU 2007
Berita Harian 1 Januari 2007
Pelancong China pertama tiba
Pembonceng motosikal maut ketika beraya
Wanita bersalin dalam kereta sempena Hari Raya Korban
Korban pertama di Sabah
Banjir pulih seminggu
Kanak-kanak sakit jantung rayu bantuan
Banjir jejas sasaran 20.1 juta pelancong
Polis ambil keterangan pemandu van
Pelancong Singapura korban 45 lembu
Utusan Malaysia 1 Januari 2007
Dua maut enam letupan bom di Bangkok
PM ajak rakyat tingkatkan kejayaan negara
Warga ATM nikmati kenaikan elaun mulai hari ini
Tahun 2007 dinanti penuh debaran
Korban banjir Johor meningkat 13 orang
Budak perempuan korban terbaru
Amaran angin kencang, ombak 4.5m
Tiga dicari bantu siasatan kes curi alat komputer
Dua disyaki anggota Geng Lo Han ditembak mati
Polis trafik cedera dirempuh mat rempit
Wartawan nyaris dibelasah selepas tegur mat rempit
Barangkali;
Apa akan jadi
Bila Utusan + Berita?
Bila Harian + Malaysia?